Farm In The City adalah salah satu lokasi jalan-jalan makan angin kami hampir setiap tahun. Petting Zoo yang terbesar di Malaysia ini terletak di Seri Kembangan, Selangor. Lebih kurang 5-10 minit sahaja naik kereta dari rumah saya di Pinggiran Putra, Seri Kembangan. Biasanya orang kata, yang paling dekat itulah yang paling jarang pergi. Saya suka ke Petting Zoo Farm in The City kerana ia mengingatkan suasana kampung, boleh berinteraksi dengan haiwan (sangat berbeza dengan Zoo Negara), walaupun kawasannya luas tapi setiap kawasan boleh nampak haiwan-haiwan bebas (walaupun mereka masuk ke sarang selepas jam 6 petang).
muka depan petting zoo farm in the city
Source:  Here
04 Julai 2020 - Sepatutnya hujung minggu Julai ni kami pilih satu lokasi jalan-jalan makan angin. Al-maklumlah sekarang sudah masuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kami si suami isteri berserabut dengan kerja, maka pergi melihat haiwan-haiwan semulajadi ni salah satu terapi menghilangkan stress.


Dalam lama web Farm In The City telah mengumumkan pembukaan semula pada 19 Jun 2020, dan keluar satu pop-up promosi Harga tiket  masuk ke Farm In The City dengan diskaun 50%!!. Kami pergi secara walk-in dengan harga tiket RM29.00 seorang untuk dewasa, manakala percuma bagi kanak-kanak bawah 90cm. TEMPOH PROMOSI SEHINGGA 19 JULAI SAHAJA!

Kami pergi hari Ahad ke FITC dengan pematuhan norma baru. Untuk masuk perlu pakai topeng muka, daftar MySejahtera untuk lokasi, ambil suhu. Sebelum masuk perlu ambil tag pelawat dan pulang semula sebelum keluar.

Permulaan pintu masuk akan jumpa bahagian kura-kura, kat sini pelawat akan diberi sayur untuk bagi makan kura-kura besar. Ada juga kura-kura besar dalam kolam, Besar giler macam Dinosaur!! yang kura-kura kecik bersemut-semut dalam kandang diorang pun comel je. Bersama dengan Kura-kura besar ni yang menarik untuk ambil gambar, kalau taknak lama di sini..ada lagi kura-kura besar di depan-depan lagi. 
anak kecil main kura-kura di farm in the city petting zoo

Seterunsnya haiwan dalam air, buaya, ular-ular besar. Kat sini tak nampak berapa menarik sebab dalam kurungan (takkan nak lepas ular tu kan..). Boleh la scan seimbas lalu kat sini. Tapi anak saya si Irfan teruja tengok Buaya (walaupun tak berapa nampak sebab cermin kabur), ni akibat terpengaruh dengan Si Kancil dan Buaya la. Kita pergi ke bahagian burung-burungan pula.




ular sawa putih kuning besar berlingkar


sangkar burung terbuka di farm in the city petting zoo
Add caption
Dalam bahagian Sangkar Burung ni memang menarik untuk melawat lama sebab sangkarnya agak besar dan burung-burung dalam tu terbang bebas je. Ada pelbagai jenis burung, ayam, merak, itik. Nampak macam suasana kampung sangat. Masa ini tiada penjaga bagi bijirin kepada pelawat untuk bagi makan burung pada tangan sebab sebelum itu kami pernah pergi bagi makan burung pada tangan.
anak kecil tengok burung dalam sangkar burung farm in the city petting zoo


gambar keluarga dalam sangkar burung farm in the city petting zoo


burung dalam sangkar burung farm in the city petting zoo
Burung-burung dalam ini boleh dikatakan agak mesra manusia, ada juga burung yang berani datang pada manusia kalau ada makanan/ Macam ayam, itik itu biasalah penakut sikit.


 Seterusnya ke kawasan terbuka untuk ke bahagian Mamalia. Ada Liama, Kura-kura besar, kambing. Mamalia dalam ini pun agak mesra dan mudah didekati untuk bergambar. kalau ada lebihan sayuran boleh bergambar untuk bagi makan pada mamalia.

anak dan ayah tengok kura-kura di farm in the city petting zoo
Kura-kura besar memang merayau je dalam ni.


Gambar blogger bersama alpaca di farm in the city petting zoo
Lliama ke Apaca. Bulu dia memang sangat lembut. Seronok je belai binatang ni.


gambar anak kecil bergambar dengan kambing di farm in the city petting zoo
Kambing Perut hitam ni katanya keluarga baru dalam FITC ni.


gambar rusa dan kura-kura tengah makan di farm in the city petting zoo
Antara keunikan FITC berbanding Zoo lain adalah kita dapat lihat dengan dekat dan berinteraksi dengan haiwan.


Lokasi seterusnya ke kolam Ikan, Arnab. Sini hampir ke penghujung dah. Kalau korang rasa macam tak puas hati nak bergambar bersama haiwan-haiwan yang dah lepas, masih boleh pusing lagi
Mungkin jam dah lewat petang, arnab-arnab semua dalam kurungan rumah mereka. Biasanya arnab-arnab pun berkeliaran dalam ruangan bebas bersama pelawat untuk bergambar dan bagi makan.

Banyak betul kura-kura ni, ye lah, haiwan ni kan panjang umur, mudah dijaga dan makan sayur-sayur je. Sebelum ni dalam kurungan ni ada kancil, masa pergi ni takde pula. Ada burung-burung juga.

Masa jalan-jalan kami dah hampir jam 6 petang, jadi krew di sini dah mula bawa masuk haiwan ke kandang, rumah masing-masing. Untuk Pony Ride tiada semasa PKPP ini. Jadi mampu tengok dalam kandang sahaja Pony ni.
dan akhir sekali pusing-pusing satu FITC ini, tembus ke ttik permulaan di kawasan Parrot ni. Masa keluar dah hampir jam 6 petang, krew pun dah siap-siap nak bawa parrot ini masuk rumah dah. Tak dapat  nak tengok pertunjukkan dan bergambar dengan parrot. 


Anak sulung Irfan jenis penakut dengan haiwan, berani dalam gambar je. Jadi memang susah nak bergambar Irfan dan haiwan. Si Imran ikut perangai papanya yang suka haiwan, jadi tak kisah nak rapat-rapat dengan haiwan.