Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni?
Kisahnya
disebabkan my hero Irfan (anak lelaki) yang baru umur 8 bulan mengalami
panas badan, suhu sekitar 37.6 ‘C di bahagian leher, terlebih sedikit
dari paras normal (tapi di bahagian leher memang lebih panas sebab
berhampiran dengan nadi dan leher pun kena selak skit..."leher
mana...leher mana"), sedikit batuk dan amat sedikit mukus (hingus)
jernih kuar dari hidung, tidak lena tidur, kerap meragam, SuriHati dah
agak panik walaupun papanya agak cool dan mula membuat hipotesis (sebab
tiada simptom selsema, masih super aktif,selera makan biasa, cuma susu
macam lebih kerap lebih dahaga.):
1# Irfan umur 8 bulan dan masih belum tumbuh gigi lagi. kemungkinan proses nak tumbuh gigi berlaku atau ‘teething’
2# Reaksi kepada vaksin baru berlaku. Imun badan nak tengah ‘upgrade’
3# Badan bintik-bintik merah macam ruam (lebih kepada ruam biasa berbanding campak)
4# Sebab terhidu ‘fogging’, meredah fogging di sekitar rumah ni.
Jadi
kami ambil keputusan untuk tengok dulu keadaan Irfan macam mana.
SuriHati kena kerja hari ahad jadi Papaya (papanya) ni kena jadi
house-husband (Sura-Rumah) sehingga petang. Tentulah tiada masalah bagi
Papaya ni untuk jadi bayi umur 8 bulan yang panas badan ni.
Teringatlah
dengan tips tradisional mak (panggil Mama) masa kecil-kecil dulu,
biasanya kalau demam, mama akan guna air beras campur potongan kunyit
dan lap badan selalu. Jadi teringatkan tips tersebut, saya cuba untuk
semburkan pada Baby Irfan ni:
- Ambil dalam separuh cawan beras.
- Potong kunyit matang dengan hirisan kecil (memudahkan ambil khasiat dari hirisan kunyit)
- Isi air suam lebih kurang 4-5 cawan (supaya khasiat beras dan kunyit dapat keluar)
- Rendam beberapa minit pun boleh, beberapa jam pun okay. (Jangan biarkan semalaman atau terlalu lama kerana bakteria boleh membiak sebab ada sumber tenaga dari beras)
- Sedikit air rendaman tu saya letakkan dalam botol spray untuk spray pada badan Baby Irfan, di kepala terutamanya (elakkan terkena mata, dalam telinga)
- Boleh juga lap badan. Saya amalkan sebelum mandi.
Disebalik Tips Tradisional dan Nilai Sains
Hebat
orang dulu-dulu banyak gunakan sumber alam semulajadi untuk mengubati
(mengurangi simptom sakit). Orang zaman sekarang tak pasti la tahu ke
tidak, hampir 90% bahan di dapur kita tu mempunyai nilai perubatan dan
khasiat yang tinggi serta mempunyai manfaat kepada tubuh manusia.10%
lagi tu termasuk periuk, kuali, dapur, gas. Bak kata pepatah
inggeris,"You are what you eat" (Kamu apa yang kamu makan). Maksudnya,
sumber makanan kita daripada dapur membentuk kesihatan dan manfaat diri.
Kunyit
mempunyai banyak khasiatnya yang dikenali beratus-ratus tahun dahulu
lagi, cuma disini saya cuma nak terangkan khasiat dari segi penggunaan
dalam air rendaman beras dan kunyit ni.
Kunyit - Bertindak sebagai anti-bakteria dan antiseptik, anti-radang. Disebabkan terdapat ruam bintik merah pada kulit baby Irfan mungkin disebabkan ketidakselesaan dalam kulit,atau jangkitan bakteria sebab aktif sangat merangkak, bergolek, masuk mulut segala bahan.Beras - Beras memang dah jadi makan asasi orang asia dan wajib ada kat rumah. Orang dulu-dulu buat bedak sejuk guna beras diperam. Kalau orang Jepun-Korea yang lebih canggih hasilkan produk berasaskan beras sebab khasiatnya untuk melembabkan dan menyejukkan kulit.
Rujukan:
1. http://drhealthbenefits.com/health-a-z/skin-health/benefits-of-raw-turmeric-for-skin
Jadi
banyak menu berasaskan rempah ratus ni mempunyai khasiatnya. Yang
menjadi kurang berkhasiat tu bila ditambah garam gula perencah perasa
pewarna yang berlebihan, goreng menggunakan minyak yang diguna
berpuluh-puluh kali (minyak masak boleh diguna bergantung kepada jenis
yang dinyatakan pada label. Ada yang boleh diguna sehingga 2-3 kali.
Jika diguna berlebihan nanti menjadi bahan yang tak sihat kepada badan.)
Sampingan.
Khasiat Ikan Goreng Kunyit
Jangan
nak pelik bila sebut Khasiat Ikan Goreng Kunyit ni. Kalau sekali baca
memang agak pelik, tapi dua tiga kali baca masih tak dapat tangkap, meh
sini nak ceritakan.
Kalau
biasa zaman kanak-kanak dulu, menu Ikan Goreng bersalut kunyit ini
antara yang paling feveret. Makan nasi putih panas dengan kicap manis
dengan ikan goreng kunyit yang lemak masin-masin ini pun dah cukup nak
tambah lagi. Tak habis setakat tu, habis kepala ekor tulang digigitnya
menikmati ikan goreng kunyit ni.
Mungkin
dah dapat agak tang mana khasiatnya Ikan Goreng bersalut kunyit
ni..haa… Tentulah khasiatnya pada serbuk kunyit yang disapu pada ikan
tu. Ikan pun ada khasiatnya juga, minyak pun ada khasiat juga (minyak
gorengan pertama atau kedua), dan pada garamnya juga. Jadi semuanya
mempunyai khasiat tersendiri dan bergantung bagaimana cara
penyediaannya.
0 comments:
Catat Komen
Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal.
Introvert Malaysian Blogger. Personal blog. Quiet person have the loudest mind