Saya memang tak guna line internet yang pasang kat rumah sebab duk rumah pun bertiga sahaja  dan masing-masing ada smartfon dan data internet. Guna yang tu je. Sejak WEBE mula diperkenalkan dengan kadar RM79 (tidak termasuk 6% GST), terus bertukar ke WEBE dengan kekalkan nombor asal Celcom (sebelum tukar tu kena selesaikan masalah nama register lain di Celcom centre walaupun dah hampir 10 tahun guna nombor ni. - yang ni lain cerita).

Line internet WEBE di Seri Kembangan/Serdang Selangor ni memang line 4G-LTE (kebanyakkan line Telcon dah 4G area sini kot cuma sebelum ni guna line prepaid untuk guna Line 4G memang berkira-kira juga sebab Data Internet cepat habis). Sebab guna WEBE Unlimited Data ni memang syok sebab utamanya boleh terus set Mobile Network ke LTE Mode, online tanpa perlu risau habis data internet.

Jadi dengan itu saya mengambil kesempatan untuk download pelbagai movie, video dengan smartfon je. Siapa yang nak baca panjang-panjang, jadi kita ringkaskan camne nak buat kerja ni.

Pastikan storage, memory telefon korang ada kosong dalam 1GB~2GB gitu supaya tak terganggu download

screenshoot, smartphone, sony


1# Pergi ke Google PlayStore. Download & Install secara percuma Aplikasi UC Browser

UC Browser, video, watch online
2# Buka Youtube, Web yang boleh tengok Movie online. Bila dah streaming video, dia akan keluar tanda anak panah ke bawah dekat video tu (tu simbol 'Download'..Tekan je simbol tu dan dia akan download terus...ada sesetengah video tidak dapat download sebab 'protected')

UC Browser, video, watch online
3# Boleh tengok progress download pada 'Notification bar' kat atas yang ada simbol UC Browser atau pada butang 'Download', boleh tengok senarai yang di download juga.


download, uc browser, video
4# Dah selesai download. Kalau guna WEBE ni untuk movie yang 700MB pun dalam 45~40 minit jer.. Laju kan. Nak download yang 1GB ke atas pun takde hal. Pastikan bateri tu full atau cas sebab agak makan bateri ni.

5# Selepas dah habis download, cucuk korang punya USB ke laptop/PC untuk transfer movie yang download tu. Kalau takde subtitle, boleh cari subtitle sendiri online.

psssttt...ni link movie yang saya selalu usha download, ada beberapa lagi.. buka link ni, save kat Bookmark UC Browser je senang...
https://gomovies.sc/gostream-free/

Saya suka guna UC Browser ni juga sebab ada juga paparan-paparan berita pada homepage dia, pagi-pagi memang saya buka web UC Browser ni dulu untuk tengok berita semasa sebelum jenguk-jenguk di Facebook.

Mungkin korang ada aplikasi yang suka atau senang guna untuk download movie, video menggunakan smartfon. Boleh komen di bawah untuk kita sama-sama share.

Oleh Ismiqbal.my@gmail.com