Jadi admin dalam ruangan chat Group WhatsApp bukan masalah besar. Pada asasnya, ia membolehkan anda untuk menambah atau mengalih keluar orang daripada kumpulan. Walau
bagaimanapun di India, sebagai admin WhatsApp sembang kumpulan
tidak lama lagi boleh bermakna lebih banyak tanggungjawab.
Kini di Malaysia menurut akhbar Berita Harian, bertarikh 27 April 2017 (Khamis), Admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari,
berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap
pentadbir terbabit.
Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan
seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan
pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah
Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada
tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan
keterangan bagi setiap kes.
"Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah,
pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu
(pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu
disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya kepada
BH, semalam.
Jailani berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp perlu lebih
bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat
palsu dan seharusnya menjadi gate keeper menapis berita tidak sahih
sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di
medium media sosial lain.
Laksana segera
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata cadangan mengenakan hukuman
terhadap pentadbir perlu dilaksanakan segera.
Katanya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran
dalam kalangan masyarakat malah boleh menggugat keamanan negara.
"Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu
yang mana pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya
ahli kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu.
"Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah daripada ahli kumpulan
terbabit, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman
kerana dia tidak menapis dan memadam terlebih dahulu berita palsu
daripada terus disebarkan," katanya.
Mengikut peraturan oleh majistret India, WhatsApp pentadbir kumpulan boleh akan bertanggungjawab atas berita faktanya tidak benar atau palsu yang dikongsi dalam kumpulan, yang boleh seterusnya membawa kepada laporan kepada pihak polis terhadap pentadbir kumpulan. Matlamat ini adalah untuk membantu membendung penyebaran maklumat palsu.

Mohd Yusof bagaimanapun berkata, hukuman yang bakal dikenakan
terhadap pentadbir terbabit tidak seharusnya terlalu berat sebaliknya
diberi amaran untuk kesalahan pertama.
Katanya, banyak pendekatan lain boleh diambil untuk memantau
penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957,
Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan.
INFO:
Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah - Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan
tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk
menyebarkan berita palsu - Denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Akta Hasutan 1948 - Penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 - Penjara mandatori antara satu hingga 7 tahun.
Sumber: Berita Harian; Uberzimo
Aku dan Mung Bulan Kata:
Senang-senang lantik semua ahli jadi admin group kalau taknak sorang je yang kena nanti. Kena kenalpasti ahli group whatsapp masing-masing, kalau yang tak kenal dan ada isu, terus remove dari group..kang admin jugak yang susah. kata mung

Admin whatsapp mmg kena selalu monitor la perbualan dalam mesej. huhu.
BalasPadamsalam singgah juga di sini. :)
BalasPadam