Pada 13 Mei 2012; Hari Ahad; Jam 12:53 Ptg Bersamaan 21 Jamadilakhir 1433, saya menerima SMS daripada abang no.2 bahawa kakak ipar saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel. Sekarang sudah berusia lebih kurang sebulan 23 hari dah.

Alhamdulillah, gembira menerima perkhabaran kelahiran ini. Kemudian saya teringat tentang mimpi saya pada 13 Januari 2012; 19 Safar 1433 iaitu mimpi mengenai seorang bayi yang comel, dalam mimpi tersebut saya pun tak pasti anak siapa tapi kami agak rapat. Mimpi menjadi kenyataan apabila menerima Anak Saudara pertama!
Nota: Saya sentiasa menganggap mimpi sebagai tunjuk-ajar, motivasi, idea untuk kehidupan sebenar. Sentiasa cuba untuk mentafsir mimpi. Mimpi saya bukan lagi mainan tidur. Ia adalah inspirasi kepada lebih elok atau mengelak perkara tidak baik.
0 comments:
Catat Komen
Terima kasih kerana sudi baca.
Segala penulisan dan penerbitan di dalam blog ini berdasarkan kepada pengalaman, pandangan dan pemahaman peribadi blogger ismiqbal.
Introvert Malaysian Blogger. Personal blog. Quiet person have the loudest mind