28 April 2011
Posted on Khamis, April 28, 2011 by ismiqbal
Semalam baru 7-Eleven call aku untuk kerja kat sana, tapi since Berita Baik-3 ni, aku tolak jer la...Dah sebulan lebih aku mohon 7-Eleven ni, masa ni la baru dapat...ishk!
Aku cuma temankan sepupu aku tu yang pada masa sama wat praktikal 2 minggu dalam kursus Bisnes..(since dia cuti 4 Bulan, so, teruskan la menjaga 'kedai' ala kiosk produk Singer tu...). Alang-alang jaga, dapat Komisen jual Motorsikal ke Mesin Jahit ker leh la wat duit saku masa Berita Baik ke-3 nanti..
Lancar sekali aku naik moto atas jalan baru tar tu...maklumlah orang besar nak datang, selama ni mau hancur lemak-lemak aku dengan naik moto jer akibat gegaran menggoncang lemak. Jika aku naik moto selama 20 minit di atas jalan dulu, leh la turun lemak skit.. Macam mesin "biar pecah lemak, jangan pecah sendi" Duta Amber Chia tu...
Posted on Khamis, April 28, 2011 by ismiqbal
25 April 2011
Post ni adalah sequel daripada Post yang bulan lepas iaitu : Berita Baik (GoodNews)
![]() |
Anak Kucing Sulung...Masih bertali pusat... |
Updated! : Tak pasti brapa ekor anak kucing tu masih hidup, coz bila anak-anak kucing ada kat umah aku, ada la adik-bradik aku tu gi kacau... Ibu kucing pun bengang la..lalu dia pindah lagi, then di cabuli hak privacy, kemudian pindah ke rumah pemilik asalnya.. lepas tu pindah ke umah aku lagi... Dalam proses pindah terakhir tu, jiran sebelah ada sekor Kucing jantan... Kucing jantan ni ntah mari dia punyer hormon pe ntah gi bunuh anak kucing tu....huhu..
P/S : Kat rumah aku ada 2 ekor anak kucing yang sangat comel dan cute dan aktif dan manja... Bakal kakak ipar aku bagi kat Mama... seekor Jantan dan Seekor Betina... Adik beradik...
Posted on Isnin, April 25, 2011 by ismiqbal
Semasa aku Google pasal Seni Dawai; terjumpa artikel berkaitan Seni Dawai di Malaysia...^__^

Mohd. Fajrul Nor Azmi menunjukkan barangan kraf dari dawai di gerai kraftangannya di Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka
MELAKA 20 Feb. - Semuanya bermula atas desakan hidup sehingga memaksanya mengambil keputusan untuk berhenti belajar bagi menanggung keluarganya yang susah.
Hanya melihat seorang lelaki Cina memintal dawai halus untuk dijadikan pelbagai seni kraf tangan reka bentuk motosikal, kapal layar, basikal, meja, kerusi dan sebagainya, kerjaya itu dilihat sangat unik dan menarik minat seorang anak muda, Mohd. Fajrul Nor Azmi, 22.
Sejak daripada itu, dia mula mempelajari sendiri teknik-teknik memintal dawai apabila bekerja di sebuah kedai kraf tangan di Mahkota Parade.
Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Mohd. Fajrul mempelajari teknik memintal dawai untuk dijadikan barang kraf tangan.
Setelah setahun dia bekerja dan mempelajari segala teknik memintal dawai, Mohd. Fajrul mengambil keputusan berhenti kerja dan mengusahakan kedai kraf tangan secara kecil-kecilan.
Begitupun, pada peringkat awal dia hampir berputus asa kerana tidak mempunyai dawai yang bersesuaian untuk menghasilkan seni kraf tangan tersebut memandangkan dawai yang digunakan ketika itu agak tebal dan sukar untuk dipintal.
Namun segala masalah itu berjaya dihadapinya atas hasil usaha gigih serta semangat kuat untuk menjadi usahawan kraf tangan yang akhirnya menjadi kenyataan.
Hari ini, Mohd. Fajrul boleh berbangga dengan dua buah gerai kraf tangan hasil titik peluhnya yang menghasilkan pelbagai barangan seni dari dawai besi di Perkampungan Makanan Tradisional Newton Banda Hilir dan di sekitar ruang legar Menara Taming Sari yang dibuka lebih kurang setahun yang lalu.
Amrozs Wire Artist adalah gerai kraf tangan miliknya dan bukan lagi terlalu asing kepada pengunjung di Banda Hilir dan ruang legar Menara Taming Sari jika inginkan replika pelbagai reka bentuk.
Yang lebih membanggakan anak muda ini merupakan anak Melayu pertama yang menceburi bidang seni kraf tangan ini memandangkan terdapat lebih kurang enam orang bukan bumiputera yang menceburi bidang itu di sekitar bandar Melaka.
Sebelum mengambil keputusan untuk membuka perniagaan, Mohd. Fajrul terlebih dahulu berkhidmat sebagai pelayan di beberapa restoran makanan segera, sebagai pengawal keselamatan dan akhir sekali bekerja di kedai menjual kraf tangan di sekitar Mahkota Parade.
Hanya bermodalkan RM300 dan sebuah meja, dia menjadi peniaga pertama yang menjual produk kraf tangan di Perkampungan Makanan Tradisional Newton dengan hanya menghasilkan pintalan nama dan beberapa objek menggunakan dawai besi halus.
Tawaran yang diterima daripada bahagian pengurusan Menara Taming Sari untuk membuka sebuah lagi gerai di tapak menara tersebut beberapa bulan kemudian diterima dengan hati yang terbuka.
"Saya sendiri tidak menyangka daripada seorang yang tidak tahu mengenai seni kraf tangan kini saya menjadi pengusahanya.
''Walaupun masih di peringkat awal tetapi saya yakin perniagaan ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Saya perlukan masa dan idea yang lebih bagus untuk memperkembangkan hasil kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dia kini mempunyai dua pembantu termasuk adiknya sendiri untuk menolong menguruskan kedua-dua gerai yang sedia ada.

Antara produk barang kraf dari pintalan dawai yang dihasilkan oleh Mohd. Fajrul Nor Azmi.
Menurut Mohd. Fajrul, sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan terutama sekali pada cuti hujung minggu dan cuti kelepasan am.
"Terdapat juga pelancong dari luar negara yang memberitahu, hanya di Melaka sahaja mereka dapat memperoleh model dan replika daripada dawai besi ini,'' katanya.
Beliau menambah, dia menghasilkan bentuk dan model pelbagai bentuk dawai besi dan yang paling mendapat sambutan daripada pengunjung ialah pintalan nama.
"Saya akan memintal nama seperti yang dikehendaki oleh pelanggan dan harga untuk sebuah pintalan nama hanya RM5," katanya lagi.
Selain daripada pintalan nama, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai model dan replika seperti robot, motosikal Harley Davidson, tempat letak kad nama dan aksesori telefon bimbit.
Lebih menarik perhatian ialah replika menara Taming Sari yang dipintal daripada dawai besi halus menjadi tarikan ramai pengunjung yang datang ke kedainya.
Kesemua hasil kraf tangan daripada pelbagai reka bentuk dijual dengan harga yang berpatutan mengikut saiz.
Pemuda yang berasal dari Kampung Beringin, Negeri Sembilan ini pernah membuat beberapa buah replika untuk dijadikan cenderahati.
Salah satu replika paling unik yang pernah dihasilkannya ialah sebuah taman yang diberikan oleh pihak Menara Taming Sari kepada bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan, tahun lalu.
Mohd. Fajrul juga pernah membuat replika Eyes On Malaysia yang mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk disiapkan dan replika itu kini telah diserahkan kepada bahagian pengurusan tersebut sebagai cenderahati semasa pembukaannya.
"Replika korporat seperti ini memerlukan masa dan bergantung kepada mood untuk disiapkan kerana ia memerlukan penelitian untuk mendapatkan hasil seni yang kemas dan menarik,'' katanya.
Selain dua buah gerai yang sedia ada, dia juga pernah membuat beberapa pertunjukkan di tapak-tapak ekspo, institusi pengajian tinggi dan beberapa buah sekolah di negeri ini.
Katanya, dia juga ada mengambil tempahan untuk dijadikan cenderahati pada hari perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan sebagainya.
''Saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan luar dari negeri Melaka dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
''Apa yang penting, saya perlu memantapkan lagi hasil kraf tangan dengan pelbagai idea yang kreatif,'' katanya.
p/s : Ada readers/viewers yang boleh bagi Idea camne aku boleh 'versatile'kan Wire-Crafting ni lagi?? Amat di hargai....
Posted on Isnin, April 25, 2011 by ismiqbal
24 April 2011
Posted on Ahad, April 24, 2011 by ismiqbal
23 April 2011
KHASIAT ROSELLE* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan -Copy dari Blogger IbuDamia-
NUTRISI ROSELLE
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2.
Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan). -Copy dari Blogger IbuDamia-
p/s :Bila aku search,, banyak lagi khasiat Roselle ni, sebab itu aku amat tertarik dengan Roselle...
Posted on Sabtu, April 23, 2011 by ismiqbal
21 April 2011
p/s: Manik tu aku terjumpa dalam umah jer, adik-adik dan mak aku punyer kot.. Yang putih tu ingatkan plastik biasa jer, rupanya Kristal-pe-ntah...haha! Yang merah tu manik biasa jer..
p/s: klu tak silap aku ada keychain yang diperbuat daripada dawai, asalnya dari Jepun tak silap tapi juga dijual di Malaysia...tak ingat kat mana aku surf..
p/s: Lilitan dawai masih tidak kemas...First-Timer..
Posted on Khamis, April 21, 2011 by ismiqbal
20 April 2011
Posted on Rabu, April 20, 2011 by ismiqbal
19 April 2011
Posted on Selasa, April 19, 2011 by ismiqbal
17 April 2011
2. Search/ Ctrl + F Code tersebut : [Rujukan Post Daripada Blogger Misztrex]
<data:post.body/>p/s: Kalau Korang ada 'Read More' Button : Code yang perlu di cari :
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if>3. Copy Code di bawah ni, kemudian Paste pilihan Code di BAWAH :
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>
p/s: Tukar 'Light; Kepada 'Dark' ; Bergantung pada Background Template..p/s : Kalau nak letak LIKE BUTTON ni ATAS Post.. Sila Paste SEBELUM code : <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if> atau <data:post.body/>Kalau nak letak LIKE BUTTON ni BAWAH Post.. Sila Paste SELEPAS code : <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if> atau <data:post.body/>
[Rujukan Post Daripada Blogger BudingYun]
|
p/s : Kalau korang Malas nak komen, tekan LIKE pun dah memadai...hehe~~p/s 2: Aku Ubah Tutorial ni selepas melihat dan LIKE post Cerpen FaizalSulaiman, Tak perasan lak bila aku tekan LIKE tu, dia auto-publish dalam FaceBook la...oicc~~
Posted on Ahad, April 17, 2011 by ismiqbal
16 April 2011
Masalah :
Semua Application Files Open With Adobe Reader
Penyelesaian yang Aku Jumpa daripada Http://www.winhelponline.com/
- Buka Regedit dalam Command Prompt [Accessories >> Command Prompt >> Taip Regedit]
- Cari : HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ FileExts/.exe
- Dalam Folder '/.exe' tu ada File Application ada tertulis '/.AdbRd.exe' lebih kurang camtu la.
- Buka File Application tu dan ubah Value Data 'AdbRd.exe' kepada '.exe'
- Dan setel masalah bagi aku...
**.xyz tu refers kepada application yang digunakan..
Posted on Sabtu, April 16, 2011 by ismiqbal
Masalah Kali ni :
"Drives" dalam My Computer 'Open With Search Result'
Penyelesaian daripada http://tomshardware.com :
- Buka Command Prompt / Regedit (Accessories >> Command Prompt >> Regedit)
- HKey_Class_Root\Drive ..Ubah 'default' value kepada 'drive' .
- Kemudian pergi kat : HKey_Class_Root\Drive\shell dan set 'default' value kepada 'none'.
- Dan ubah dekat : HKey_Class_Root\Directory daripada 'default' value kepada 'File Folder'.
- Pergi lagi ke : HKey_Class_Root\Directory\shell dan set 'default' value kepada 'none'.
Posted on Sabtu, April 16, 2011 by ismiqbal
15 April 2011
- Tidak dapat nak Transfer/Copy/Cut Files ke dalam External Drive/ThumbDrive.
- Muncul Popup "Remove Write Protection bla..bla..bla"
- Buka Command Regedit atau Pergi kat Accessories >> Command Prompt >> Open >> Taip regedit
- Akan keluar satu Windows ke apa ke yang ada benda ni..Follow jer HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control
- Right click on control and create new key. Name it as StorageDevicePolicies . (Sebijik camni yer dengan Huruf Besar tu.)
- Klik kat StorageDevicePolicies dan kat sebelah kanan tu 'Right Click' dan pilih 'Create new dword'
- Namakan WriteProtect
- Double click kat file WriteProtect dan Set nilai tu kepada 0.
- Sekarang Restart laptop dan cuba copy files ke dalam external drive.
Posted on Jumaat, April 15, 2011 by ismiqbal
Pheww~~ Nasib baik bangun pagi ni aku cuba nasib skali lagi copy SMS, send semula ke No.Admin Ezytopup tu... Berjaya lak!! Kalau tidak rugi la RM100 tu...
Posted on Jumaat, April 15, 2011 by ismiqbal
14 April 2011
Salah Satunya (WASIAT) : Jika aku mati akibat di makan haiwan buas atau mayat aku terbiar dan menjadi santapan makhluk/haiwan lain. Tolong jangan tangisi cara kematian aku sebaliknya gembiralah kerana sesudah aku mati pun masih berguna kepada Makhluk Tuhan yang lain. Daging mayat aku mungkin dapat memberi nyawa yang lebih panjang kepada makhluk lain. Dan Rantaian makanan itu akan terus berjalan dan memberi manfaat kepada semua Makhluk. Setiap kali kamu melihat haiwan lain yang hidup sihat, tumbuhan yang segar, Ingatlah bahawa Aku Adalah Sebahagian Daripadanya!
Posted on Khamis, April 14, 2011 by ismiqbal
- Dail *118#
- Pilih 8. My account
- Kemudian; Reply : 5. Other Services
- Reply : 4. Credit Advance
- Reply : 2. Request Advance
- Reply : 2. Proceed
- Tunggu SMS 28882, Pengesahan Credit Advance : Anda telah menerima pinjaman kredit RM2. RM2 akan ditolak dr tambah nilai yg berikutnya. Caj 50sen dikenakan jika tempoh langganan kurang 1 tahun. (Rasanya aku dah lebih 1 tahun langgan celcom ni, brapa lak caj erk..)
p/s: baru je masuk modal RM100 dalam ezytopup, huhu~
Posted on Khamis, April 14, 2011 by ismiqbal
13 April 2011
Aku : Kan ada belakang tu kang..
Mama : Takdop pun..
Aku : Tak tau, try tanya Peje..
![]() |
Source : http://2log.biz/. |
![]() |
SOurce : http://www.thefilmpilgrim.com/ . Wallpaper aku sekarang! |
Membunuh kerana tokek
2 MAY 2010
Tokek menjadi punca pembunuhan di Kg. Bumiputera(Jalan Silam) Lahad Datu, Sabah. Hasil daripada siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas pembunuh tersebut. Mangsa pembunuhan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediaman mereka. Dipercayai mangsa telah di pukul dengan objek tumpul di kepala dan mati ditempat kejadian. Mangsa adalah sala seorang daripada menjalankan urasan penjualan tokek bersama dua lagi individu lain dan dipercayai mangsa berusia 37 tahun itu dibunuh untuk mengurangkan kerugian sewaktu pembahagian hasil jualan tokek. [TokekBlog]
Penutup : Isunya BUKANlah Tokek tersebut, Tetapi PERBUATAN MENCURI!
Posted on Rabu, April 13, 2011 by ismiqbal
10 April 2011
Petikan Artikel Berita Harian Online 06/04/2011:
GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
....."Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,"...
Langkah-Langkah Buat Telur Tiruan (Sumber : weirdasianews.com)
Kos Chemical yang agak boleh tahan memang senang di buat di rumah jer dan mendapat keuntungan yang memuaskan.
Bacaan Tambahan :
- How to identify Fake Egg
- Berita Harian Online : Telur Ayam Tiruan di Pulau Pinang
- China's 10 Steps to Make a Fake Egg
UPDATED! : Video yang di Share di FaceBook dari Youtube (thestaronline)
Tentang perbezaan Telur Tiruan dan Telur Asli
Posted on Ahad, April 10, 2011 by ismiqbal
04 April 2011
INTRO # Semalam aku cari nak letak Gadget nak tau bilangan "Top Commentators" dan terjumpa lah di Blog TeknikBuatBlog.
CARA-CARA #
1 # Dashboar >> Design >> Page Element >> Add a Gadget >> HTML/JavaScript
2 # Copy-Paste kan Code Ini dalam Add a Gadget (HTML/JavaScript) tu..
<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
document.write('<ul style="list-style-image: url(BULLET IMG URL);margin-left: 20px;">');
var i;
for (i = 0; i < feed.count ; i++)
{
var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ul>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=BLOG URL
&ExcludedNick1=Ixbarr
&ExcludedNick2=Mr.Mushy
&ShowHowMany=11
&_callback=getYpipe
&_id=23022d7836bf2dd3c10a329feb9be26a
&_render=json"
type="text/javascript"></script>
<span style="font-size: 70%; float:center;">Get this widget<a href="http://www.homosapiensz.com"></a></span>
Nota :
BULLET IMG URL - Jika Nak letak Bullet la, tapi aku tak letak..
BLOG URL - Letakkan URL Blog Korang
&ExcludedNick1=Ixbarr & &ExcludedNick2=Mr.Mushy - Yang ni tak pasti apa kebendanya..
&ShowHowMany=11 - Bilangan Top Commentator yang di tunjukkan.
<span style="font-size: 70%; float:center;">Get this widget<a href="###"></a></span> -- Kalau korang nak PROMO Gadget, Letak URL sendiri dan ayat Get This Widget (Untuk Backlink)
3 # Save dan View Blog
Posted on Isnin, April 04, 2011 by ismiqbal
Cara Penyelesaian paling mudah yang aku gunakan cuma DOWNLOAD NEW FOLDER.EXE VIRUS REMOVAL TOOL (652KB) ni dan INSTALL dalam PC/Laptop, Kemudian Scan dan Log Off atau Restart.
- Disabling Task Manager
- Disabling Registry Editor
- Creates a startup entry to start upon system start and
- Creates its own exe files in Shared Documents folder which appear like ordinary folders.
- Disables Folder Options
- Uses your 50% or more processor
Jika terkena Pendrive pun sama, SCAN, Remove dan Cucuk balik...Setel bagi aku...
[Rujukan/Sumber : http://www.technize.com/new-folderexe-sohanad-virus-removal-tool/]
Posted on Isnin, April 04, 2011 by ismiqbal
02 April 2011
![]() |
Aku paling suka yang ni coz fizikalnya hampir sempurna dengan antenna dan kakinya... |
![]() |
Spesis yang sama dengan yang atas |
![]() |
Bug 4 : Pepatung, Bug 5 : Kumbang Unknown, Bug 6 : Lalat Buah, Bug 7 : Lebah |
Posted on Sabtu, April 02, 2011 by ismiqbal
Dalam entry lepas aku ada sebut pasal Hasilkan Arts bertajuk :
"The Fragile Butterflies" a.k.a "Rama-Rama Rapuh"
Posted on Sabtu, April 02, 2011 by ismiqbal
Cerita Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salam Alam Maya Menanti kelahiran bayi merupakan saat-saat yang terindah dalam kehidupan manusia terutamanya Su...
-
Assalamualaikum. Salam Alam Maya. APA ITU AYAM DARA? Nasi Kukus Ayam Berempah atau Nasi Kukus Ayam Dara.. Ahh.. Sedappnyaa... Pernah...
-
Repost: Kemaskini 04 Mac 2020 Saya baru buka akaun Bank Rakyat “Saya Mesti Pilih!!” tahun 2013 di Cawangan Kangar, Perlis. Masa itu bar...
-
Assalamualaikum dan Salam Alam Maya, Nak cerita pasal Cip pada Kad Pengenalan ni. Memang dalam lama Kad Pengenalan ni tersimpan dalam ...
-
Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni? kredit: google-manfaat.co.id. Kisahnya disebabkan my hero Irfan (anak lelaki) y...

Blogger Terpilih
-
-
TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 48 jam yang lalu
-
Sesekali Merasa Aiskrim Strawberry CheesecakeSehari yang lalu
-
-
10 Tips Tipu Bini (Astro First)2 minggu yang lalu
-
Raya 20206 bulan yang lalu

Blog Archive
-
▼
2011
(131)
-
▼
April
(22)
- Berita Baik : 3 Bulan Bioskill Trainee
- Part-Time Salesman Lagi..
- Kisah dan Gambar Kucing Melahirkan Anak
- Wire-Craft (Hand-Made) : Dragonfly Keychain
- Streamyx Slow..(Ada Tips Tak?)
- Kordial Roselle Home-Made Aku (Khasiat Roselle)
- Wire-Craft Pertama Aku : DragonFly/Pepatung Dawai
- Spore : PC Games Kegemaran Aku
- Misi Roselle : Bekalan Roselle Aku ....
- Tutorial #24 : Letak FB Like Button Setiap Entry/P...
- Semua .EXE Files Open With Adobe Reader.
- Computer Drive Open With Search Result.
- Camne Nak 'Remove Write Protection' Pada Laptop
- [close] Ezytopup Punya Hal
- Version 2 : Air Mata Lelaki Ini (Pelik ke Aku Fiki...
- Terdesak Kredit! : Pinjam Kredit dari Celcom
- Cicak Tokek Aku Kena Curi!! Ishkk~~
- [Updated Video!] Telur Ayam Tiruan Kini di Malaysi...
- Tutorial #22 : Gadget Bilangan 'Top Commentators'
- Remove New Folder.exe (Tool)
- D.I.Y : Lagi Koleksi Serangga Guna Wood Varnish
- D.I.Y : The Fragile Butterflies / Rama-Rama Rapuh
-
▼
April
(22)
