'Selfie' atau dalam  Bahasa Malaysia 'Swafoto' atau 'Selca' (self-camera)merujuk kepada self-potrait/ mengambil potrait gambar sendiri. Jika kita mencari dalam internet ada website mengatakan Budaya Selfie ini dikaitakan dengan 'Mental Disorder' dan jika membaca dengan lebih terperinci, sebenarnya ia tidak disenaraikan dalam Manual Sakit Mental DSM-5. Jiika ada sesiapa yang terlalu obses dengan mengambil Selfie ia dipanggil Selfitis. 


Jangan 'ber-selfie' sangat, anda mungkin sakit mental. Sinar Harian. Jun 26, 2018


Pada Tahun 2016, satu kajian hubungan antara personaliti dan kelakuan mengambil Selfie menunjukkan kekerapan 'posting' tentang Selfie tanda tahap keyakinan tidak berkaitan dengan kelakuan 'posting' selfie.[sciencedirect]

Sudah semestinya setiap orang mempunyai smartphone berkecenderungan untuk mengambil Selfie, tak kisah ia upload atau tidak ke dalam Social Media. Dari sudut pemikir Ismiqbal yang introvert mempunyai 5 pandangan untuk melihat Kelakuan Selfie ini menjadi keperluan harian yang boleh menjadi positif. Lagi-lagi dengan kebanyakkan mempunyai Kamera Pandang Depan, lagi mudah nak berSelfie. Bagi saya, Setiap orang perlu mengambil Selfie Setiap Hari (atau dengan kerap) dan di sini saya nyatakan kenapa.

1. SELFIE CERMIN DIRI YANG KEKAL


Sepertimana kita melihat cermin, begitu juga apabila kita selfie. Kadang-kadang kita termenung seketika di hadapan cermin lihat refleksi diri kita dan apabila kita beredar, refleksi pun turut beredar. Ibarat orang kata "Gambar" mampu memberhentikan masa. Bergambar secara Selfie atau self-potrait dapat disimpan dalam galeri album gambar kita.

Tapi hak masing-masing untuk berkongsi dalam sosial media masing-masing untuk tatapan rakan saudara mara keluarga yang amat jarang bersemuka. Nanti bila sesekali berjumpa takdelah terkejut dengan perubahan diri. Apabila imej selfie kita disimpan, jadi kita boleh melihat semula gambar-gambar selfie kita yang bermacam ragam dan boleh melihat pada Point 2 dan 3 seterusnya.

2. SELFIE MENUNJUKKAN PERUBAHAN DIRI FIZIKAL DAN EMOSI


Oleh kerana Imej Gambar ini adalah cerminan yang kekal, jadi kita boleh melihat perubahan fizikal dan emosi kita dari masa ke semasa. Pelbagai emosi mental boleh mempengaruhi fizikal kita, di saat kita sedih, murung, resah, gelisah, gembira, stress, semasa mula masuk kerja, selepas beberapa tahun bekerja dll. Mungkin selfie kita semasa perasaan negatif dapat menjadi pengajaran kepada kita di saat selfie kita semasa positif. Berbeza dengan cermin, imej selfie kita boleh Zoom in dan Zoom out, mungkin semasa kita Zoom imeh selfie kita dapat lihat secara terperinci ..."ohh ada uban la...ada garisan halus, kedut la...mata aku makin sembab...tak cukup tidur ker.."

Kelihatan perkara-perkara fizikal ini memberikan kita Point no.3 (Motivasi Diri). Dan dengan mengambil Selfie lebih kerap, kita dapat mengenal diri kita sendiri sebenar-benarnya sebab hanya diri kita dapat merubah diri kita sendiri. Mungkin jika nampak pipi makin tembam, leher makin menghilang bolehlah mula bersenam dan berdiet sihat.

Jika perubahan fizikal kita disebabkan masalah mental seperti kurang tidur, overthinking, depresi/ murung, kegelisahan, kesedihan boleh menjadi penanda aras untuk kita menjadi lebih baik. Apabila perasaan emosi dan mental kita bertambah baik, selfie kita menjadi bukti dan motivasi untuk hidup lebih baik.

3. SELFIE MOTIVASI DALAMAN DIRI


Dengan perkara Point 1 dan 2 di atas, Selfie boleh digunakan sebagai memotivasikan diri sendiri seperti Transformasi daripada gemuk ke kurus, transformasi dari kurang rupa kepada cantik. Selfie ini adalah rekod peribadi kita supaya boleh melihat dari kaca mata ketigas (kamera). Hanya kita boleh mengubah diri kita sendiri dan untuk mengubah diri kita sendiri perlu motivasi diri yang tinggi. Seperti kata-kata seorang penceramah :Motivasi ibaratkan mandi, kita perlu mandi setiap hari supaya diri kita segar dan bersemangat.'.

Apa pun bergantung kepada diri sendiri, walaupun ada sejenis orang tak suka bergambar, takkan ada kamera depan pun tak sorok-sorok selfie sendiri.

ada juga jenis orang, selepas selfie beratus keping , kemudian delete semula sebab tak cantik dalam kamera dan mungkin beranggapan diri sudah cantik secara realiti tapi ingin lebih cantik dengan sudut, posisi bergambar untuk ditunjuk kepada dunia maya.

Pendek kata: Selfie adalah rekod diari peribadi dan Setiap gambar boleh merungkai pelbagai persepsi atas siapa melihatnya. tapi hanya kita tau makna tersirat di sebalik raut wajah.