12 Julai 2020 (Ahad) - Saya memang berhajat nak ke Pantai Morib, Banting, Selangor ini sebab pernah pergi tahun lepas bila Memori di Facebook pun muncul sempena Hari Lahir saya. Jadi Pada Hari Ahad yang lepas, kami mula bertolak dari Seri Kembangan, Selangor dalam Jam 2.30 petang. Perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam berlalu pantas bila memandu sambil mengelamun masalah yang tak sudah.

Pada mulanya saya berhajat hendak mengambil pasir pantai untuk letak di anjung rumah tanpa tanah (rumah sewa flat) untuk anak-anak bermain pasir; sebab pasir tanah hitam yang saya buat tanam pokok habis kotor dimain mereka. Guna pasir pantai tak kotor sangat.

Setibanya di sana, memang agak terkejut sebab terlalu ramai manusia datang berkunjung di sini. Sangat berbeza suasana pada tahun lepas. Mungkin manusia-manusia cuba cari ketenangan angin, pemandangan pantai setelah terkurung semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

selfie bersama keluarga di pantai morib
Kawasan Pantai Morib ni bukan yang tempat Dataran Morib tu, ia kena masuk lorong kecil sebelah kanan sebelum selekoh nak masuk ke Dataran Morib. Kami tiba sekitar Jam 3.45 petang dengan mencari parkir kereta yang padat. Hari itu memang panas terik (panat lit lit bak kata orang utara; Panas Dering bak kata orang Pantai Timur). Pelawat lain siap bawa khemah, payung untuk berpiknik, kami bawa topi je masing-masing dengan mainan anak-anak untuk bermain pasir.

ramai orang di pantai morib air surut
Satu permandangan yang tak pernah tengok ni Pantai Morib (sebab baru kali ketiga datang sini). Air surut sangat di Pantai Morib sampai manusia boleh berjalan lebih kurang 500 meter ke tengah laut. Entah apa di cari, ada kelihatan orang menggali-gali lumpur mencari kerang-kerangan.

Setibanya di Pantai Morib, perkara pertama adalah mencari port duduk bersantai. Kawasan-kawasan teduh bawah pokok sudah ditawan manusia lain, maka kami duduk sahaja di pesisir pantai yang panas tapi suasana yang berangin mengurangkan panas.

Masa tahun lepas saya datang sini, air pasang dan anak ada mandi dengan air berlumpur. Kali ini sebentang luas tanah pasir berlumpur terbentang dan biarkan sahaja anak-anak bermain pasir-lumpur. Biarkan sahaja baju, pakaian kotor yang boleh dibasuh tapi ke Pantai Morib setahun sekali.
anak kecil main lumpur di tepi pantai morib

Sebagai budak kelahiran kampung, bermain pasir dan lumpur memang menggamit memori. Jika zaman kanak-kanak dahulu sudah berguling, terdampar, meluncur atas lumpur ini. Zaman dewasa ini boleh nak berbuat demikian tapi anak-anak kena turut serta sebab nanti orang memandang takdelah segan, mesti mereka fikir "oh..seronok bermain dengan anak-anak ni".

selfie tengah laut pantai morib surut berlumpur

Antara perkara yang membuatkan 'hanyut' di pantai adalah tak sedar masa pantas berlalu, berjalan dari pesisir pantai ke tengah laut di dataran lumpur mengasyikkan dan tanpa sedar sudah jauh berjalan ke tengah. Hati-hati bila berjalan di lumpur, risau-risau ada kulit kerang pecah yang boleh lukakan kaki.

orang berkumpul di tengah pantai morib surut
Jika ingin merasa berendam air laut, boleh berjalan lebih kurang beberapa ratus meter je tengah laut, bila pesisir lumpur ini dah habis, boleh mandi air laut yang cetek. Bolehlah setakat nak berendam, walaupun ombak tak berapa kuat, pastikan berhati-hati risau ada pasir jerlus yang boleh buatkan kaki melekat di tanah

bayang anak ayah di tengah pantai morib berlumpur
Kalau ada anak-anak yang berani dengan ketam, boleh buat aktiviti Tangkap-dan-Lepas ketam ketam di lumpur ini. Mesti seronok anak-anak cuba mengejar ketam-ketam. Anak-anak saya jenis manja dan penakut, memang nampak ketam pun dia yang lari. (haha).

ayah main lumpur pantai morib dengan anak
Aktivit yang boleh dilakukan bersama anak-anak ialah Menggali Kolam, Buat Empangan, Buat Kubu, Buat Istana pasir dan lain-lain.

Anak main pasir pantai morib
Anak-anak asyik bermain pasir walaupun kurang mainan yang bawa bersama.

selfie di tengah laut surut pantai morib
Anak bongsu merajuk duduk tengah tu tersangkut dengan ibunya. Tinggallah Papanya sorang-sorang.
ayah anak main pasir lumpur pantai morib
Aktiviti cuba menggali kolam tapi anak bertahan beberapa saat sahaja, seterusnya main-main sendiri termasuk papanya yang bermain sorang-sorang menggali kolam.

gambar keluarga di tepi pantai morib
Bermain pasir sebenarnya satu terapi buat anak-anak. Kita melatih anak-anak tidak takut kotor, tidak geli dengan pasir  halus dan merangsang reseptor sentuhan anak-anak.

gambar di tengah air surut pantai morib
Anggaran jarak saya dengan pesisir pantai (yang tanda putih). Nsmpak agak jauh tapi bila berjalan tak terasa jauhnya sebab fikirkan kaki dalam lumpur tersangkut-sangkut jalan.

anak main lumpur di tengah laut surut pantai morib
anak sulung pun steady je berlari dalam lumpur cuma kelemahannya bila terjumpa ketam memang lari ketam pukang (baca lintang-pukang).

anak main lumpur air surut pantai morib
Bila jadi anak-anak memang tak berapa kisah dengan mainan, tempat bermain; cuma kita yang dewasa je yang memilih ikut selera sendiri.
Saya berada di Patai Morib tak berapa lama disebabkan panas terik, ramai orang, anak meragam walaupun hajat ingin menikmati permandangan Matahari terbenam yang sangat cantik di sini. tapi mungkin di kemudian kali.

pemandangan tepi tali air kampung
Semasa balik, saya lalu di kawasan kampung, di sebelah parit tali air ladang kelapa sawit. Memang dapat merasakan suasana kampung-kampung zaman kecil-kecil yang bermain parit, tangkap ikan di parit. Serba sedikit mengubat kerinduan kampung dan menggamit memori zaman kecil yang dirindui.