Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan pada ketika itu, Lim Guang Eng telah mengumumkan Inisiatif e-Tunai Rakyat berjumlah RM30 seorang yang layak dengan bajet berjumlah RM450 juta melalui eWallet. Jadi, peruntukan eTunai Rakyat dianggarkan diagih kepada 15juta daripada 32.6 juta Rakyat Malaysia. Mungkin kebanyakkan Rakyat Malaysia telah tuntut RM30 ini menggunakan ewallet ini sejak 15 Januari 2020. Sesiapa yang BELUM TUNTUT, masih ada masa lagi sehingga 8 Mac 2020 dan perlu dibelanjakan sebelum atau pada 14 Mac 2020 (menurut terma dan syarat dari Touch N Go eWallet eTunai Rakyat).

etunai rakyat, duit
Sumber : Says.com


SYARAT-SYARAT LAYAK ETUNAI RAKYAT RM 30
  1. Hanya layak menuntut sekali sahaja bagi satu kad pengenalan.
  2. Warganegara Malaysia; 
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020; dan 
  4. Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun (RM 8,333 Sebulan)
  5. Menuntut melalui eWallet Digital sahaja (Touch n Go eWallet, Boost dan GrabPay sahaja)

1. Aplikasi e-Wallet Boost

Sebelum ini saya sudah tuntut menggunakan Touch n Go e-Wallet untuk Isteri, Papa dan Mama. Tapi Sayangnya, saya baru cuba aplikasi Boost App eWallet inisebab tuntut daripada menggunakan eWallet Boost Apps lagi untung walaupun tak banyak. Oleh kerana Isteri, Papa dan Mama kurang faham tentang Apps ini, jadi saya buatkan untuk mereka. Jadi, jika korang yang ada ibu bapa, kawan, saudara yang masih belum tuntut eTunai Rakyat ini bolehlah bantu mereka menggunakan smartphone sendiri, yang penting ada Kad Pengenalan dan email. (kena pastikan orang yang nak tuntut pun ada sebelah sebab nak sahkan secara Live. Nak scan muka pemilik)


duit, etunai rakyat
Image via Boost
  1. Download app Boost terlebih dahulu
  2. Masukkan REFERRAL CODE : muh39ka6
  3. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  4. Upgrade kepada Boost Premium.
  5. Sahkan atau verify akaun Boost.
  6. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  7. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  8. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif sehingga 8 Mac 2020!.
  9. Selepas tuntut eTunai Rakyat ni, anda akan dapat Voucher macam-macam, Boleh shake-shake Ang Pow lagi manatau dapat tambahan RM38 ke.
  10. Lagi satu bila Boost Apps ni dah jadi Premium, Korang boleh transfer semula duit dalam eWallet Boost ni ke Bank Akaun korang. Itu yang penting, takdelah duit eWallet tu tinggal dalam digital sahaja.
  11. Boost Apps ada Points Coins dan Cashback (pulangan tunai) lagi, dan Coins point tu boleh tukar ke Duit juga Cara nak dapat coins bila join Mission diorang, atau buat pembayaran menggunakan Apps Boost ini.. Untung lagi berbanding Touch n Go eWallet.
duit, etunai rakyat
Image via Boost
Download aplikasi Boost: PlayStore | AppStore
Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman Facebook rasmi Boost.

2. Aplikasi Touch 'N Go eWallet

Touc N Go eWallet saya guna untuk Cashless Touch N Go dan ada sekali guna untuk isi minyak di Stesen Minyak Shell (masa itu lupa nak keluarkan duit dari ATM). Bila tuntut eTunai Rakyat menggunakan TNG eWallet ini tiada point yang dapat tapi ada beberapa Voucher yang boleh dituntut dengan perbelanjaan minimum RM20.Walaupun ada voucher Cashback, tapi tiada point yang boleh dikumpul untuk tuntut 'hadiah' akan datang.

duit, etunai rakyat
Image via TnG Digital
  1. Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu.
  2. Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet.
  3. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020.
  4. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam e-Wallet.
duit, etunai rakyat
Image via TnG Digital
Download aplikasi Touch N' Go eWallet: Play Store | AppStore
Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman web rasmi Touch 'N Go.

3. Aplikasi GrabPay eWallet

Saya dah uninstall App Grab ini jadi kurang tahu-menahu dan jarang guna Grab. 

duit, etunai rakyat
Image via Grab
  1. Download app Grab terlebih dahulu.
  2. GrabPay memang ada didalam app Grab.
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  5. Ambil gambar kad pengenalan.
  6. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul.
  7. Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020.
  8. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.
Image via Grab
Download aplikasi GrabPay: Play Store | AppStore
Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman web rasmi GrabPay.