Baru-baru ini berlegar di alam maya mengatakan 'Ikan Singgang Rawat COVID-19?'. Kenyataan pada asalnya daripada Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood yang mengatakan "IKAN singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob''. Maka cerita ini mulalah disensasikan oleh NETIZEN warga alam maya dengan pelbagai versi. Walaupun benda ini TIADA KAJIAN dilakukan, apa yang PROF ini ingin sampaikan adalah bahan-bahan semulajadi digunakan dalam masakan IKAN SINGGANG ini. 

Jadi kita cuba ambil KEYWORD/ KATA KUNCI tentang Rawatan CONVID-19

  1. Ikan Singgang = Kata Kuncinya adalah BAHAN-BAHAN SEMULAJADI yang digunakan dalam masakan Ikan Singgang
  2. Merawat = Kandungan BAHAN AKTIF yang ada dalam Masakan Ikan Singgang yang dimasak. Kandungan Bahan Aktif telah terbukti dengan kajian-kajian berasingan.
  3. COVID-19 = Virus. Mikoorganisma. Kuman. Bakteria.
Walaupun COVID-19 ini masih tengah PANAS sekarang, ramai mula sedar akan kebersihan dan kesan kuman (Bakteria dan Virus) pada manusia. Dan Manusia menjadi sangat takut pada COVID-19 ini kerana tiada ubat yang khusus untuk menanganinya, para penyelidik sedang membuat kajian untuk vaksin. Jadi, kita sebagai RAKYAT MARHAEN ini boleh mengurangkan risiko ini dengan menjaga kebersihan, namun ada juga BAHAN/ RAMUAN SEMULAJADI yang memang kita guna dalam kehidupan seharian kita boleh menentang kuman-kuman ini.

1. BAWANG PUTIH


Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi. [sumber: Wiki/MOH]

2. HALIA


Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

Mengurang Keradangan | Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

Melegakan batuk dan sakit tekak | Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

Membakar Lemak | Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Memperbaiki imuniti dalam badan. | Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

Kolestrol | Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian. [Sumber: Astroawani]

3. KUNYIT


Kunyit mengandungi sebatian bioaktif dengan ciri ubatan yang berkesan. | nyit mengandungi sebatian dengan ciri perubatan yang berkesan. Sebatian ini dipanggil sebagai curcuminoids. Antara bahan yang paling penting dalam sebatian ini adalah curcumin. Curcumin adalah bahan aktif utama yang terkandung dalam kunyit. Ia mempunyai kesai anti-radang yang kuat dan antioksidan yang sangat kuat. Walau bagaimanapun, kandungan curcumin di dalam kunyit tidak begitu tinggi, Ia hanya sekitar tiga peratus mengikut berat.

Melindungi jantung anda | Kandungan curcumin dalam kunyit dapat membantu untuk melindungi jantung anda. Kunyit juga dikaitkan dengan tahap kolestrol yang lebih rendah dan mencegah aterosklerosis iaitu pembentukan plak pada arteri yang boleh menyebabkan strok atau serangan jantung. Selain itu, ia juga boleh membantu untuk melindungi jantung daripada gumpalan darah yang berkembang di dinding arteri.


Meningkatkan kapasiti antioksidan badan | Antioksidan sangat bermanfaat kerana ia dapat melindungi tubuh anda daripada radikat bebas. Curcumin adalah antioksidan yang kuat dan ia boleh meneutralkan radikal bebas kerana struktur kimianya. Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan aktiviti enzim antioksidan badan anda sendiri. Kesimpulannya, curcumin mempunyai dua fungsi iaitu menghalang radikal bebas secara langsung, kemudian merangsang pertahanan antioksidan badan anda sendiri. [Sumber : herinspirasi]

4. LENGKUAS


Mencegah kanser dan tumor | Lengkuas mengandung banyak zat antioksidan dan anti-inflamasi, rempah ini dapat membantu menurunkan kerusakan DNA akibat radikal bebas. Para peneliti Inggeris juga menemukan bahwa lengkuas memiliki sifat melawan kanser. Mereka sudah melakukan percubaan dengan orang yang menderita payudara dan paru-paru.

Lengkuas mampu melebarkan bronkiolus untuk mengurangi asma. Sifat anti-inflamasi dari lengkuas bermanfaat untuk mengendalikan serta menyembuhkan asma dan gangguan pernafasan akut.

Air rendaman lengkuas sangat mujarab kamu gunakan untuk menyembuhkan batuk. Caranya, siapkan botol minuman dan kemudian potong lengkuas kecil-kecil. Masukan lengkuas yang telah dipotong ke dalam botol. Biarkan semalaman dan ambil selama 3 kali berturut-turut hingga batuknya reda.

Mencegah Penyakit Kanser dan Tumor | Lengkuas dipercaya memiliki sifat melawan kanser. Zat antioksidan dan antiinflamasi yang terkandung dalam lengkuas dapat membantu menurunkan kerosakan DNA akibat radikal bebas. [sumber]

5. LEMON


Antioksidan menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. Jadi, untuk memelihara tubuh badan daripada radikal bebas, salah satu caranya ialah mengambil jus lemon secara rutin.

Air perahan lemon yang dicampur di dalam air panas / suam boleh membantu mengatasi masalah pencernaan.

Sangat bagus untuk memerangi masalah sakit tekak, jangkitan tekak dan juga tonsil. Ini kerana lemon punya agen antibakteria. Selain minum air perahan lemon, boleh juga jadikan ia sebagai ubat kumur.

Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Ambil jus lemon yang dicampur dengan segelas air suam dan madu pada setiap pagi untuk tujuan ini.

Vitamin C yang terdapat dalam lemon membantu mengurangkan masalah kulit berkedut, kulit kering kerana faktor penuaaan dan juga lain-lain masalah kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Lemon mengandungi 22 khasiat yang mampu mengurangkan risiko diserang kanser.

Ketika demam atau selesema, adalah sangat bagus jika anda mengambil lemon segar. Ini kerana kandungan asid sitrik, bioflavonoids, vitamin C, kalsium, pektin boleh meningkatkan sistem imunisasi.

Mengawal tekanan darah. Kandungan potassium yang tinggi turut bermanfaat untuk menjaga saluran darah lembut dan fleksibel. Ini boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin B pula memberi manfaat kepada kesihatan jantung. [Sumber : https://www.healthline.com]

6. NANAS

Melawan radikal bebas | Rasa manis, masam dan segar dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan dan boleh menyebabkan banyak gangguan pada kulit atau organ dalaman.

Bagi mendapat manfaatnya, menikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan secara langsung.

Mengekalkan kesihatan jantung | Kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi.

Selain itu, kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolesterol yang tidak baik.

Membantu mengurangkan lemak | Buah nanas mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakar lemak dalam badan untuk berjalan lancar.

Meningkatkan ketahanan | Nanas yang mengandungi banyak vitamin C boleh meningkatkan daya tahan. Kandungan antioksidan membolehkan tubuh sentiasa berjaga-jaga terhadap serangan bakteria, kulat dan virus.

Tulang lebih sihat | Nanas mengandungi sebatian mangan yang bagus untuk tulang dan tendon otot yang mengelilinginya.

Selain itu, nanas juga baik untuk mata, menghindari sembelit, cirit-birit, mengurangkan keradangan usus, mengawal diabetes dan sebagainya lagi.

Sumber: doktersehat.com