mySalam : Skim perlindungan Masyarakat

Mungkin ramai yang belum maklum yang Malaysia di bawah inisiatif 2020 ni ada satu pelan perlindungan percuma kepada semua rakyat malaysia yang berkelayakan. 


mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

(Benda percuma tak kisah la siapa yang bagi. Ketepikan keegoan politik tu dulu dan ambil pelan perlindungan diri dan keluarga ni. PENTING!)
Website mySalam : Skim Perlindungan  Masyarakat
Boleh buka website seperti di gambar di atas ni atau klik terus link di bawah untuk daftar sambil-sambil boleh baca info dulu.

KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN mySalam bagi Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup ((Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun)


Bagi Penerima Bantuan Sara Hidup (Golongan B40) boleh buat semakan pada Pendaftaran Kali Pertama di SINI

KATEGORI PERMOHONAN MYSALAM

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020. Penerima-penerima M40 yang layak boleh mendaftar bermula daripada 11 Februari hingga 31 Mac 2020.


Penerima Bantuan Sara HidupPenerima Bukan Bantuan Sara Hidup
  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  4. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
    • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.
  2. Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
    • Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Kategori BSH
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital university.

Kategori Bukan BSH
Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.
Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan "Bukan Penerima BSH" di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat



SENARAI 45 PENYAKIT KRITIKAL

1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4. Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
5. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6. Pembedahan Otak
7. Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
9. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10. Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16. AIDS Dengan Gejala Penuh
17. Hepatitis Viral Fulminan
18. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
19. Pembedahan Injap Jantung
20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Keupayaan Bertutur
24. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27. Sklerosis Multipel
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan Anggota
30. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
32. Penyakit Arteri Koronari Serius
33. Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
39. Penyakit Sistik Medular
40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
41. Poliomielitis
42. Skleroderma Progresif
43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)