21 Julai 2014

 Salam Blogging, Salam Online, Salam Maya, Salam Ramadhan, Salam.

Sejak beberapa bulan lepas (26 April 2014), aku mula terjebak ke dalam dunia Online Game ni jenis MMORPG (Massively Multiplate Online Role Player Game). Semua ni akibat pengaruh rakan sebaya la ni... pastu di tambah lak dengan pengaruh game online android..lepas tu terpengaruh lak dengan anime 'Sword Art Online'. Apa-apa pun, dengan bantuan line internet wifi yang berpatutan dan kemudahan laptop..Aku menjadi la pemain Game Online tegar ni 'DRAGON NEST SEA'
  
Watak dalam game ni ada beberapa kelas; Warrior, Archer, Sorceress, Cleric, Kali, Academic & Assasssin. 
Watak pertama aku ialah Kelas Warrior.. Kemudian selepas bermain sampai Lebel 40++, aku dah stop kemudian tukar kepada Watak Kelas Sorceress sebab lebih magical.
Semasa mula-mula main agak addictive sebab benda baru kan..Lama-kelamaan menjadi kebiasaan, tapi tak addictive..cuma hobi..
Dragon Nest WikiDragon nest Web
 Sebagai salah seorang peminat anime, manga, fantasi, imaginasi, magical; benda-benda ni agak 'exciting' untuk follow... Dragon Nest ni jugak ada Manga Dragon nest: Shungeki No Sedo (Klik Link untuk baca Manga Online)


 
Ni Watak RPG aku,


Nama Watak : ikkiso
Kelas : Sorceress
Server : Westwood
Guild : LoveLust (Sementara)
Negara  :Malaysia

Posted on Isnin, Julai 21, 2014 by ismiqbal

1 comment

04 Julai 2014

As-Salam-Alaika-ya-Qari,

Kadang-kadang LIKE beberapa Fan Page Blogger, tengok gelagat blogger zaman sekarang. Masing-masing mengejar populariti blog. Macam-macam update setiap saat dengan tajuk post yang bombastik untuk menarik pelawat blog. Biasa lah pernah terbaca yang blogging ni boleh menjana pendapatan pasif. Siapa yang taknak, tapi bila saya blogwalking dari satu blog ke blog yang lain. Walaupun isi entry yang berlainan, tetapi mempunyai fikiran yang sama. Isi boleh sahaja copy-paste, yang penting gambar dan tajuk menarik. Advertisers mungkin melihat populariti blog, tapi kita yang mengupdate blog semata-mata untuk mendapatkan unique visit. Dengan itu dapatlah iklan-iklan masyuk.

At the end, macam tu jer la… Nak blogwalking pun takde feeling. Layan jer la blog-blog ni. Asalkan diorang ‘bahagia’, cukup masa leh cashout; Sumber ‘cashout’ pun daripada post internet jer. Sama macam website Yahoo! News, Metro Online bahagian Luar Negara, Bahagian Fakta-fakta, semua maklumat pusing-pusing benda sama jer..
Nota: Saya lebih hormat dan kagum pada Bloggers yang mengetengahkan idea, pengalaman, pendapat, ayat sendiri berbanding Bloggers yang hanya blogging-for-nothing.
Ala.. macam aku sendiri tak pernah buat copy-paste pelbagai sumber dalam blog ni.... tapi kekadang je la tengok pada isu.. sebab bila dah blogging sejak Tahun 2009 ni, sekarang dah Tahun 2014.. ada la perkara yang belajar



p/s: Apa beza Blog Porno dengan Blog Copy-Paste?

Posted on Jumaat, Julai 04, 2014 by ismiqbal

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll