25 April 2013

AaaHhh... dah lama tak travel rasanya. Atau Perlis yang kecik molek ni sangat kecik coz di mana berada terasa sama sahaja.

Travel kali ni naik Bas Sani Ekspress. Nak naik Bas Intercity dah habis tiket dah....
Walaupun awek yang jaga kaunter ni cun, tapi yang sangat Tak cunnya ialah perangai...Bak kata pepatah, "You can cure diseases, but you cannot cure stupidity"
Jadi tak dapat nak caj telefon untuk wifi lama2.. 

Harga tiket Bas Sani dari Kangar, Perlis ke KL (Puduraya) dalam RM 45.50... Lebih kurang je mana2 bas, cuma kemudahan dalam bas dan tahap keselesaan je yang membezakan.
Notakaki: Sesekali travel ni bagus jugak, dapat mengubah mood, membuka fikiran dan seronok sesekali...

Posted on Khamis, April 25, 2013 by ismiqbal

4 comments

18 April 2013



persimmon, pisang kaki
Ini ialah buah pisang kaki, walaupun bentuk macam tomato dan rasa macam epal..rasanya manis dan rangup, biji macam buah ciku tapi besar skit.. wah!! Macam-macam karakter buah dalam sebiji buah pisang kaki!

Saya dapat tau pasal pisang kaki ni pun secara verbal oleh kawan aku yang baru balik dari Korea..Katanya sana banyak buah Pisang Kaki ni...

Jika korang singgah di kedai buah dan jumpa Buah Pisang Kaki ni, cuba la rasa.. tadi saya beli RM2 sebiji..memang agak mahal kalau beli di kedai buah, mungkin di Pasar malam atau uptown lebih murah..

Published with Blogger-droid v2.0.9



UPDATE! Hari tu saya singgah Pasar Malam Stadium Kangar yang besar tu, terjumpa la buah Pisang Kaki atau nama komersialnya PERSIMMON ni... ramai peniaga jual buah ni..dah musim kot... murah..muah..!! RM5 UNTUK 4 BIJI JE...kalau kat kedai buah tepi jalan tu, RM2 sebiji!! cekik darah!! kawan pesbuk pun cakap kat KL RM2 Sebiji!!



UPDATE 15/12/2012..

Kali ni bertempat di pasar malam yang sama, Pasar Malam Rabu di Stadium Kangar, Perlis. Harga runtuh untuk buah Pisang Kaki/ Persimmon ni lagi.. dan apa lagi, aku angkat la bawak balik buat stock...

Harga Persimmon ni turun kepada RM6 untuk 10 Biji bagi yang tak berapa masak dan RM5 untuk 10 Biji bagi yang masak ranum....

Posted on Khamis, April 18, 2013 by ismiqbal

2 comments

15 April 2013

Soalan ni memang sudah turun menurun lagi dalam sesi-sei orientasi dan apa-apa lagi.. banyak versinya...jadi.. cuba setel versi ini pula....

A pinjam duit daripada B (RM50)+ C (RM50) = RM100
A membeli barang bernilai RM97 = Baki RM3Daripada RM 3, A membayar hutang B RM1 (RM50-1) ; Bayar hutang C RM1 (RM50-1).
Jadi, jumlah Hutang A dengan B (RM49)+C (RM49) = RM98Jika di campur nilai baki dalam tangan A(RM1) + B(RM49) + C(RM49) = RM99;
Jadi, ke mana nilai RM1 lagi untuk mencukupi RM100???

Jawapan::

Sebenarnya RM1 tidak hilang. Masih pada "A".

Mari kita tengok :

Step 1 :
(A)RM0 (B)RM50 (C)RM50 (Barang)RM97
[Asal : RM100]



Step 2 :
(A)RM100 (B)RM0 (C)RM0 (Barang)RM97
[Pinjam : RM100]

Step 3 :
(A)RM3 (B)RM0 (C)RM0 (Barang)RM97
[Beli : RM100-RM97]

Step 4 :
(A)RM1 (B)RM1 (C)RM1
[Bayar kepada B&C:97+3=100]
<--tada br="">
Soalan trick dekat RM50-1=RM49. Tengok lagi...

Step 1 :
RM50-RM1=RM49

Step 2 :
(B)RM49 + (C)RM49 = RM 98

Step 3 :
Hutang A = RM98 (sebab dah bayar kepada B&C sebanyak RM2)

Step 4 :
Perlu diingat! Harga barang RM97.
Makanya, RM98-RM97=RM1 (ada pada A)


<--tada br="">Sekian... Faham tak? Saya pun pening-pening lalat.

Posted on Isnin, April 15, 2013 by ismiqbal

1 comment

14 April 2013

Salam hujung minggu! Bukan main tajuk.. siap ada musim luruh di 'Korea' (Kangar), Perlis lagi!!
Well, itu lah suasananya.. walaupun dah setahun aku bermastautin di negeri orang ni, ni baru kali pertama melihat musim luruh bunga-bunga yang warna kuning ni..

Suasana sangat cantik, menarik untuk sesi fotografi.. kalau ada awek, anak bini dah ajak berpicnic bawah rimbunan pokok ni..sambil angin sempoi-sempoi bahasa, pastu kelopak-kelopak bunga berguguran macam bunga sakura... wahhh!!! Seriously, absolutely breath-taking scenery..
Orang-orang Perlis (atau orang yang merantau di negeri Perlis yang kecik molek ni) dapat menikmati permandangan, suasana musim luruh ala-ala para-para sakura :)

Posted on Ahad, April 14, 2013 by ismiqbal

1 comment

08 April 2013

Harga sesebuah idea adalah amat berharga sekali, ia bergantung kepada bagaimana idea itu dapat memberi impak kepada orang lain. Mencari sesuatu idea mengambil masa yang lama, dan masa itu akan terus berdetik, tidak boleh di ulang dan di beli. Jadi pada pandangan penulis, harga sebuah idea adalah harga sesuatu masa yang di habiskan untuk mencari idea tersebut.

Harga Idea adalah Tidak Ternilai... Tetapi manusia memberi nilai sebagai perangsang dalam mencari idea lain. Memerah Idea semasa kerja, gaji di bayar.

idea
Source image: IDEA UK
Contoh: Seorang penulis novel menghabiskan beberapa bulan untuk menyiapkan sesebuah buku, jika hendak di bandingkan kos kertas, dakwat, percetakan; ia boleh di cari kerana ia sentiasa ada, tapi masa yang dihabiskan untuk menghasilkan plot-plot novel tersebut tidak dapat di kembalikan. bagaimana kos masa tersebut, Jadi dengan itu harga sebuah idea sangat penting.

Contoh lain: Jika suatu barang terbuang, pada pandangan A, ianya hanyalah sampah semata-mata yang hendak dilupuskan. Manakala bagi B, sampah tersebut dengan sedikit inovatif, idea semestinya. ‘sampah’ itu menjadi suatu yang bernilai dan berguna kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Kita tidak perlu menjadi seorang yang genius untuk mencari sesuatu idea. Idea yang bodoh kadang kala berguna juga, ada idea yang tidak masuk logik akal, tapi dengan pengubahsuaian mengikut keadaan realiti semasa, ia adalah boleh di aplikasikan. 

NotaPositif: Bagaimana perasaan anda apabila anda memberi idea dan kemudian orang cakap “Good Idea!”, “Bijak Idea”,”Nice Idea”.

Posted on Isnin, April 08, 2013 by ismiqbal

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll