28 Mac 2012

IMAG1150
Setelah beberapa tahun tak makan ketam, akhirnya dengan peluang harga murah dan berbaloi, dapat juga makan Ketam Celup Tepung ni. Walaupun aku tak pernah nampak ketam yang di celup tepung, tapi sekadar ingin merasa. Belilah ketam yang lebih besar dari tapak tangan aku dengan harga RM1.50 seekor!! Murah giler! Terkejut aku dan  sekali lagi memang agak tidak percaya dengan harga ketam tu. Ntah apa jenis ketam yang murah camtu tak pasti la. Yang penting dapat merasai ketam celup tepung buat kali pertama dalam beberapa tahun. Kesian.


Lokasi: Pasar Malam Abi, Kangar, Perlis
Hari: Isnin
IMAG1149IMAG1153

Posted on Rabu, Mac 28, 2012 by ismiqbal

15 comments

25 Mac 2012

Bila buka dompet membelek-beleh jumlah wang yang tinggal, aku terperasan yang wang kertas RM1 dan RM10 mempunyai nombor siri yang berturutan. Bukan mudah dan kerap untuk jumpa nombor siri berturutan ni. Kadang-kadang walaupun ATM keluarkan wang kertas baru, tak semestinya nombor siri wang kertas itu berturutan.
duit kertas, nombor siri wang kertas
RM1 x 4 keping = AES 6390601-AES 6390604
duit kertas, nombor siri wang kertas
RM10 x 5 Keping = QF 4641033-QF 4641037
Nota: Kadang-kala aku ada membuka website Mudah.my dan ada orang jual wang kertas yang mempunyai nombor siri yang Unik/Sama sebagai koleksi.] Aku ni takdelah taksub sangat, kalau dah takde duit, belanjakan jer.

Posted on Ahad, Mac 25, 2012 by ismiqbal

No comments

24 Mac 2012


Dah sebulan lebih (nak masuk 2 bulan) dan aku kat sini, baru nak update pasal ‘Transfer’ Kerja ni.
Sebelum Tahun Baru Cina lepas, aku telah terima surat rasmi untuk berpindah ni. Dan aku terima dengan gembiranya!
kerja kosong, pindah
Lagipun memang ini yang aku tunggukan.
Update previous pasal ‘Transfer’ Kerja DI SINI.

Posted on Sabtu, Mac 24, 2012 by ismiqbal

3 comments

23 Mac 2012

Semalam (22/03/2012) keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2011 telah di perolehi, adik aku salah seorang daripada calon SPM tersebut.

SPM merupakan satu langkah antara simpang. Sama ada seseorang itu pulih untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan memiliki wang poket, amik sijil kemahiran atau duduk di rumah.
Ia memang di pilihan tangan masing-masing, tapi pada umur 18 tahun, seseorang perlu menasihati mereka. Mereka masih muda untuk membuat keputusan yang mungkin mengubah kehidupan mereka untuk jangka masa panjang.

Jadi, sebagai seorang yang pernah mengalami situasi lepasan SPM, pernah menganggur, pernah bekerja, pernah menemu duga calon lepasan SPM yang ingin bekerja; Saya cadangkan supaya bertanya kepada orang yang dapat memberikan pandangan yang berguna.
#1: “Lepas SPM leh kerja dapat duit banyak-banyak dan enjoy!”
Penerangan: Jika lepas SPM nak kerja, kalau kerja sambilan tu tak di ambil kira la. Jika anda seorang yang pemikiran ‘out-of-the-box’, mungkin boleh mencari idea untuk mendapat duit yang banyak. Kalau anda tu seorang yang ‘so-so’ jer, kerja setakat cukup makan, kalau hidup bujang 3-4 tahun boleh la, lepas tu, takde apa tujuan hidup, kawin nak sara anak bini lagi. Kalau kat Perlis gaji pun takat RM400-500 sebulan.
# 2: “Lepas SPM masuk Tingkatan 6”
Penerangan: Minat untuk sambung belajar tu bagus la. Sekurangnya Upgrade skit dari SPM. Kalau tahap gaji tu pun mintak kerja boleh la RM700-800. Skop kerja lebih luas skit. kalau tak dapat memana IPT pun, Tingkatan 6 pun okay walaupun subjeknya agak terhad untuk di kuasai.
# 3: “Lepas SPM Sambung Diploma”
Penerangan: Lepasan SPM ni perlu lihat pada potensi diri, minat dan kelulusan. Kalau nak sambung Diploma, tengok potensi keputusan SPM tersebut. Pilih kursus yang mempunyai peluang dengan keputusan SPM. Bukan sekadar minat semata-mata. Yang penting kemampuan. Penilai untuk UPU ni tak nilai pada minat calon. Minat tu bukannya dapat lihat dalam borang. Setiap kursus mempunyai subjek yang perlu ada. Minat itu boleh di pupuk. Lepasan Diploma boleh la gaji dalam RM1000-1300.
# 4: “Lepas SPM sambung Sijil Kemahiran/ Matrikulasi”
Penerangan: Kenalpasti apa kemahiran diri yang ingin di perluaskan dan pada masa sama potensi kerjaya berkaitan. Jika ambil sijil kemahiran, jangan berhenti separuh jalan jer. Jika mampu, miliki sijil sehingga setaraf dengan ijazah/Diploma. Mengikut tahap-tahap di tetapkan.
Matrikulasi: Rasanya sama dengan Tingkatan 6, jika Matrikulasi 2 tahun, better amik Tingkatan 6 untuk 2 tahun. Saya tidak pasti Sijil Matrikulasi masih di perakui. Tingkatan 6 mempunyai potensi untuk meluaskan minat dan peluang. Untuk Matrikulasi WAJIB sambung Ijazah. Untuk memilih ijazah tu mampu ke memenuhi pointer yang di perlukan.
Pengalaman menemuduga calon lepasan SPM.
Ada beberapa calon untuk jawatan yang memerlukan kelulusan SPM, mungkin ia mengikut tahap bajet gaji, mentaliti. Ada yang kelulusan SPM berumur 21 tahun. mungkin 3 tahun pengalaman kerja pelbagai. Kemudian jawatan A yang di pohon,

kami : ”Kalau mengikut pengalaman awak, awak boleh memohon untuk jawatan B
Calon: “Takper la. Saya ingin memohon untuk jawatan A, untuk mendapatkan pengalaman berbeza
Dia tidak bertanyakan bagaimana Jawatan B yang amat berpotensi menjamin dia mendapat kerja itu. Jawatan B merupakan kerja di bawah seliaan saya. Dia tetap dengan pendirian dia, potensi dia yang hanya untuk Jawatan A, kami letakkan kemungkinan besar tidak tersenarai pendek.
Nasihat
Bagi calon lepasan SPM, fikirlah teramat panjang apa potensi kamu untuk masa hadapan, Baik, buruk, cemerlang, teruk keputusan kamu bukan menjami 100%, selagi ada peratus kemungkinan walaupun 0.01%, kamu masih ada peluang. Yang penting bagaimana kamu menghadapi dan membuat perancangan seterusnya. Untuk hari esok.

Posted on Jumaat, Mac 23, 2012 by ismiqbal

2 comments

20 Mac 2012

07hb November 2011 (07/11/11), Akhirnya dengan gaji pertama dengan keadaan hanset yang super-nazak. setelah aku survey beberapa model telefon bimbit yang berbaloi akhirnya model HTC Wildfire menjadi pilihan hati.
Tak pasti apa nama Plaza kat Shah Alam yang aku beli ni, Mula-mula survey beberapa model telefon bimbit di internet untuk mengetahui fungsi, kebaikan dan harga secara kasar supaya dapat buat plan untuk budget secara kasar. 
Status FB Update 17th July 2011, Dream Comes True: 07th Nov.2011


Kemudian setelah mendapat idea beberapa model telefon bimbit mengikut keutamaan, kemudian aku bersama kawan untuk menemani. Tak banyak kedai sangat, dan kebanyakkan kedai tak banyak pilihan yang mengikut turutan model yang aku senaraikan.

Akhirnya, pada mula-mula aku beli Sony TXT Pro dengan kadar ikut kemampuan. Selepas semalaman guna, aku tidak berpuas hati dengan fungsi yang agak lembab dan agak limit. Aku memang peminat Sony, tapi Sony TXT Pro bukan menjadi pilihan dan tak di galakkan (walaupun semalam jer aku guna)

Akhirnya aku pergi kembali kepada kedai tersebut dan terus menukar kepada model HTC WILDFIRE S yang memang menjadi pilihan utama aku. Walaupun kerugian RM80 coz registration model telefon pertama, aku pun mengambil risiko dengan kerugian RM80, better aku ambil model baru yang tahan lama dan puas hati.
Model HTC yang paling murah di kalangan HTC, RM850, Android 2.2.1. Tambahan SD Memory Card 4GB dengan RM40 kalau tak silap. WiFi, Touch-Screen, Bluetooth, Applikasi Android, GPS, Kamera 5MB, Lawa gak, Tahan lasak (Ini terbukti selepas HTC aku jatuh beberapa kali atas lantai, Jalan tar. LOL). Baru je beberapa bulan guna dah calar-balar akibat jatuh, function still okay.Cuma kadang-kala function RAM agak slow loading, terutama bila SMS yang sampai beribu-ribu, Bila Screen terkena air, fungsi touch-screen agak slow. Bateri yang paling lama aku guna dalam 2 Hari 15 Jam lebih, tapi tak sampai 3 Hari. Ini bergantung kepada penggunaan. Terutamanya GPS dan Kamera.
Model HTC Wildfire sekarang lebih murah dah sekarang ni.


p/s: Aku memang dah menghajati Model HTC Wildfire sempena hadiah untuk diri sendiri Hari Lahir ke-24.

Posted on Selasa, Mac 20, 2012 by ismiqbal

9 comments

10 Mac 2012

awan nano
Awan itu lautan langit, Lebih luas dari lautan di bumi.
Lautan langit dan lautan bumi adalah satu
Lautan bumi membekalkan air kepada lautan langit
bila sampai suatu masa, lautan langit mengembalikan air yang di sejat
Tapi ingatlah, lautan langit lebih luas dari lautan bumi,
bila langit mengembalikan air di pinjam dari bumi
mampukah kita sebagai hidupan melata di permukan bumi menghadapinya?

Awan itu lautan langit,
burung yang berenang di udara dengan kicauannya menjadi lagu alam
alam ini sangat luas, daya pemikiran tanpa batasan
kadang kala perlu mendongak ke langit, dan juga tunduk ke bumi
bukan melihat perbezaan ketara
tapi melihat keagungan ciptaan-NYA –By Ixbarr Abdullah

Posted on Sabtu, Mac 10, 2012 by ismiqbal

4 comments

08 Mac 2012


SHARING ARTICLE.
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan tersebut ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
2. Mencuci perut.
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati..
Rasullah SAW juga suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Fakta minuman manis dan sejuk.
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa:
” Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”.
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut:
” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”.
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum.
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2. Bacalah ” Bismillah”.
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.  [Sumber Blog Rohaizad]








Posted on Khamis, Mac 08, 2012 by ismiqbal

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll