31 Disember 2011

Soalan 
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.


 
 
Sekian

Ust Zaharuddin
8 Feb 2007

Posted on Sabtu, Disember 31, 2011 by ismiqbal

2 comments

30 Disember 2011

Quick Post:
Petang tadi selepas kerja aku dan kawan sekerja ronda-ronda ke kampung berhajat untuk mencari PETAI dan DURIAN. Sekarang ni sudah di kira akhir musim Durian dan Petai. Jadi, Mama aku pun memang minat dengan petai ni, ia menjadi alasan yang kukuh la untuk aku mencari petai!
Ronda punya ronda akhirnya singgah la satu kedai Kakak Kelantan yang menjual buah Durian, Manggis, Cempedak dan Petai.. 
Durian kat kampung ni memang amat murah, RM1.50 per kilogram jer. Kawan aku beli dalam 10 Biji.
Aku lak beli Petai satu ikat penuh, ada hampir 100 keping dengan harga RM30..okay la. berbaloi gak. 
Since kawan-kawan aku nak balik kampung masing-masing, jadi bahagikan la buah tangan Petai jer yer..

Sekarang misi untuk MMBUAT JERUK PETAI ! supaya tahan lama. Maklumlah untuk mendapat petai ni memang agak sukar dan limited. Petai ni boleh di kira hasil hutan jugak since persekitaran sini memang hutan.

Posted on Jumaat, Disember 30, 2011 by ismiqbal

1 comment

27 Disember 2011

Saluran hiburan kalau gunakan dengan betul boleh menjadi satu satu medium untuk membawa mesej yang berfaedah. Jom tengok satu kumpulan Ala-Nasyid versi Ala K-POP  daripada Indonesia. Mungkin diorang guna bahasa Jawa kot, tapi subtitle Indonesia ada bahagian atas tu. JOM LAYAN!!
Siap ada Rap tu.!!
Lirik mesej yang di sampaikan memang untuk berdakwah, nice jugak la...enjoy dan pada masa sama baca lirik yang berdakwah.
Nota : Dah layan? Camne pendapat? LOL?

Posted on Selasa, Disember 27, 2011 by ismiqbal

2 comments

25 Disember 2011

Situasi : Potong Barisan
Tempat : Pusat Beli Belah Tempatan
Pelaku : Remaja Perempuan Berkacamata Bingkai Putih.
Masalah : Potong Barisan.
Semasa aku meminta pekerja untuk menimbang beberapa barang, tetiba muncul seorang remaja perempuan maybe awal 20-an terus meletak barang timbanganya atas penimbang tersebut. Pekerja tersebut tengah membetulkan sticker harga.
Dalam hati mahu jer sindir, aku rasa darah dah naik kepala. Sabar. Relaks dulu. Kalau pekerja tu timbang barang perempuan tu, baru aku bersuara.

Nak dijadikan cerita, barang timbangan perempuan tu terjatuh coz plastik penuh.

Dia pun keluar ayat ni,"ops sorry".

Dalam hati dah, "Hah! Nasib ko!"

Selepas pekerja tu membersihkan tumpahan tu, terus dia alihkan barang tu dan meneruskan menimbang barangan aku. Bagus la kan. Beratur kena ikut GILIRAN.

Perempuan tu pun meletakkan barang selebihnya dan berlalu. Dan aku tak amik kisah.

Nota : Walapun kamu tu seorang perempuan, sila cuma sedikit tertib.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Posted on Ahad, Disember 25, 2011 by ismiqbal

2 comments

24 Disember 2011

Masa aku buat test sarang burung ni, agak *tak boleh digambarkan la. Al-sedia maklumlah sarang burung ni kan mahal..Aku search internet, harga yang paling murah la dalam senarai tu 1 KG = RM4,500!. Jadi, 1 Gram = RM4.5. Sampel yang aku wat test tadi ialah 31 Gram = RM139.50.
Setiap kali letak sampel tu, agak sentap la tengok barang mahal ni...huhu

Nasib ler dapat sampel sarang burung yang telah dibersihkan (memang kena sampel siap pun). 
Masih tak dapat bayangkan sarang burung tu.......



p/s : baru jer wat petang tadi, tunggu 2-5 hari baru dapat result....

Posted on Sabtu, Disember 24, 2011 by ismiqbal

2 comments

12 Disember 2011

Pagi tadi baru jer tengah siap-siap sample Tanduk Rusa (Grinded) untuk buat test mikrobiology, tetiba bunyi telipon Unknown Number mengganggu ketenangan makmal..

Unknown : (Dengan suara agak tidak Melayu asli) "Hello, Ini dari Kilang Poweroot Bukit Jalil"
Aku : Hello
Unknown : Ini dari Kilang Poweroot Bukit Jalil, Ini No.SIM 01484xxxx4 kan?
Aku : (Dalam hati..) Pffttttt.....dan terus letak..LOL!

Menurut dari kawan kat Facebook sambungan dia camni lak :-
"Tahniah Cik, anda telah memenangi cabutan bertuah RM10,000..."
Dia kata diorang mintak nombor Bank.

Aku harap tak baca la Tajuk Utama Akbar yang bertajuk :
"Seorang xxx telah kerugian RMxx,xxxx kerana terpedaya dengan panggilan cabutan bertuah"

Nota : Tak sempat nak tanya mamat Unknown Poweroot tu 'Dah makan ke belom'?

Posted on Isnin, Disember 12, 2011 by ismiqbal

2 comments

11 Disember 2011

Kita familiar dengan lampu fluorescent, lampu LED, lampu kristal dan lampu isyarat. Tahukah semua, dengan simple teknologi dan idea dari sesetengah orang, AIR juga boleh menjadi sumber tenaga cahaya yang mampu menerangi sebuah bilik (dengan bantuan pantulan Cahaya Matahari) bersamaan dengan 50-60-watt mentol!
Fungsinya mudah. Isi lebih kurang 1 Liter air ke dalam 1 Botol plastik. Campurkan sedikit peluntur (bagi memastikan air itu sentiasa jernih dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma). Letak di atas bumbung rumah dengan 1/3 bahagian botol berada di luar. Dan biarkan cahaya matahari (maybe cahaya lain) memantulkan cahaya ke dalam seluruh bilik!
Di adaptasikan oleh seorang pelajar daripada Massachusetts Institute of Technology menumpukan pada "appropriate technologies," Lampu Botol Solar ini telah di pasang sebanyak 10,000 botol seluruh Filipina dengan bantuan organisasi Isang Litrong Liwanag ("A Liter of Light").
Rujukan:
Plastic Bottle Light Bulb
How Stuff Works
50 Watt Light Bulb
Plastic Bottle Bulb

Posted on Ahad, Disember 11, 2011 by ismiqbal

4 comments

10 Disember 2011

Sumber ini dari Blog Lasykar Langit dan Bumi.

Beberapa tahun lepas semasa mula-mula belajar Adobe Photoshop, aku tak tahu macam mana nak tambah jenis-jenis Font dalam PC/Laptop sehingga di bagitahu oleh former Housemates.

Langkah 1# Download Jenis Font di internet (Seperti yang di cadangkan oleh Lasykar Langit Bumi di LINK sini)
[Downloaded Files dalam format RAR/ZIP, Right click dan Extract Here RAR/ZIP dengan Software WinRAR/WinZIP etc.]
Langkah 2# Copy Extracted Files (Format *.TFF) dan Paste di dalam Folder Font di Control Panel.
[Start >>> Control Panel >> Appearance and Personalization >> Font ]

Refresh dan Buka memana Application yang menggunakan Font, cari Jenis Font baru dan Enjoy!

Note :  Sometimes you do not know something you do not know till someone tells you.

Posted on Sabtu, Disember 10, 2011 by ismiqbal

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll