18 November 2011

Maybe pengetahuan aku kurang bahagian finacial/ ekonomi, tapi bila disebut *kad kredit*, bukan ker ia melibatkan hutang dengan bank?

Jadi, sesiapa yang boleh terangkan bagaimana konsep zakat melalui kad kredit ni? Bukan ker zakat ni mengikut kemampuan? Jika penggunaan kad kredit yang berlebihan boleh menyebabkan *muflis*.


Via android.


Zakat guna kad kredit


Published with Blogger-droid v2.0.1

Posted on Jumaat, November 18, 2011 by ismiqbal

2 comments

14 November 2011


Hari (14hb) ni baru genap sebulan aku kerja. Rasa seperti cepat je masa berlalu. Minggu ni kerja aku agak padat la. 7 hari bekerja dalam minggu ni (isnin-ahad). Ada jer overtime yang kena buat. Arini (ahad-isnin-13-14hb), paling lama overtime. Ni dah 3pagi masih tak siap lagi packaging tolong bahagian functional food (HACCP area) menyiapkan lebih kurang 26ribu sachet tea gaharu! Setakat jam 3pagi ni. Baki 12ribu sachet kena kira,packaging dan print.

Update via blogger-droid. Walaupn takde internet lagi, leh taip dulu sebelum dapat wifi pulang nanti terus publish je.

Wargh! Blom balik lagi! Dh jam 6.30pg ni.  Lebih kurang 15 jak kerja! Tapi aku dah biasa stay up dan biological clock untuk stay up pn masih berbaki, so, should not be a problem la.

,

Nota: stakat jam 4.20pagi; 14hb. Baki tinggal 8ribu sachet lagi. Esok ada budak praktikal kl nak datang melawat.huhu

Recent:still tinggal 5ribu sachets lg.huhu

Published with Blogger-droid v2.0.1

Posted on Isnin, November 14, 2011 by ismiqbal

3 comments

06 November 2011

Dah hampir 10 hari dah tak update blog ni sejak selepas 1 minggu di tempatkan di Pusat Biotek Herba, TPM Biotech Raub. Nak kata banyak kerja tu takde la jugak, tapi sepanjang berada di Raub tu paling awal yang aku balik kerja dalam jam 6.00 petang la... Yang paling lewat lak dalam jam 01.30 pagi.. Tu pun coz semua staff di kerah tenaga untuk menyiapkan barangan customer yang banyak giler aku cakap!! Dah la bagi tarikh seminggu jer..pastu masa cuti raya la...

Customer tu nak 9 item, 7 item memerlukan 600 botol setiap per item dan 2 jenis item memerlukan 120 botol.. Yang balik jam 01.30 pagi tu baru jer siapkan 3 item, total botol 1800 botol secara manual!! Walaupun training sebagai Executive. Kena la ada empathy gak tolong-tolong anak buah (bakal).

Salam Aidil Adha 1432H kepada semua!!
Kali ni aku beraya aidiladha di Shah Alam bersama kawan aku dan hosmates beliau jer.. Aku malas nak balik Terengganu coz cuti 3 hari jer..Banyakkan habis masa dalam Bas jer la..
Katakan : Balik Kerja dari Raub ke KL sampai Jumaat Malam, (Kalau ada tiket) Naik Bas ke Terengganu sampai Pagi Sabtu, Rehat di rumah sampai ahad Malam bertolak ke KL sampai pagi Isnin pastu ker Gombak tumpang kawan sekerja ke Raub sampai Lewat petang. 
Anggaran masa dalam kenderaan : 10 Jam Pergi, 10 Jam balik.

Pagi tadi masak spageti dan solat di Surau depan taman ni jer, walaupun tak padat tapi boleh la...5 ekor lembu bertelinga panjang, nak kata cute ker comel tapi tetap menjadi korban..

Esok hari isnin kembali Bekerja ke Raub, Pahang.

Nota : Nasib ler dapat claim OverTime (OT),,huhu~ Kumpul duit sebelum berhijrah nanti....huhu~

p/s: tak cite lagi pasal Audit SK1M (Sijil Kesihatan 1 Malaysia) LOL!
First time beraya aidiladha di perantauan.. takde sedih sangat lagi coz ada kawan-kawan...

Posted on Ahad, November 06, 2011 by ismiqbal

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll