25 Oktober 2011

Alhamdulillah.
Setelah seminggu ditugaskan (Lapor diri dan berkenalan dengan Cawangan KL) di 'HeadQuarter' KL, akhirnya aku kembali ke cawangan Raub semula! Bersama 2 orang rakan sekerja.
Suasana memang amat beza. Bergantung kepada individu sendiri la..
Sepanjang 1 minggu di KL, aku kena:-
• Kerja start jam 9 pagi tapi kena bertolak awal dalam jam 7 pagi. Sampai di tempat kerja dalam jam 8.15 pagi. (Pergi Matahari terbit, Balik Matahari terbenam)
• Berkurung dalam LRT, bersesak dengan jem jalan raya, dan dalam LRT.
• Bersarapan di tempat kerja.
• Bak kata kawan aku,"Nak gi kerja stress jem, kat kerja pun stress, balik kerja pun stress jem".
• Di KL aku memang kekurangan air, kena beli air mineral coz tak tahan telan air paip yang di masak. Maybe coz filter paip dah lama. Rasa agak berkeladak..
• Perbelanjaan KL memang agak tinggi, semuanya perlukan duit. bagi aku yang tak seberapa ni maybe tak tahan la walaupun 1 minggu jer merasa suasana kerja di KL.
• Aku kena ulser coz kurang air dan terdedah aircond 9pg-5pm. Sakit bila kena kat lidah dan gusi.huhuu
Di Raub pula, tak dapat komen lagi coz baru jer ahad baru ni sampai sini, rumah yang disediakan pun belum sempat kemas semuanya. Apa pun selesa la, di kelilingi suasana hijau, tenang, Dengan kemudahan Internet as Other World. Its OK for me.

p/s : Tengok 1 minggu di sini camne baru leh komen.

Nota : Menikmati kemudahan di Raub sebelum pertama kali jejak kaki dan bermastautin di Perlis tahun depan!

Posted on Selasa, Oktober 25, 2011 by ismiqbal

6 comments

20 Oktober 2011

Bila dah mula kerja ni perlukan banyak motivasi untuk meneruskan kerja dan bersabar untuk jangka masa panjang. Kalau di sini, Quote dari Steve Jobs memang akan kelihatan di meja-meja staff, kat office, dan agak memberi inspirasi untuk pekerja. Dan I LIKE!
“Sometimes life hits you in the head with a brick. Don’t lose faith. I’m convinced that the only thing that kept me going was that I loved what I did. You’ve got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don’t settle.”
-Steve Jobs, 2005 Stanford Commencement Speech
Jadi renung-renungkan untuk pekerja yang selalu merungut tentang kerjanya. Kalau korang merungut, bukannya boss yang dengar, orang yang tadah telingan gak yang naik menyampah.

Note : Read Quotes from Steve Jobs that might inspire you~ #1 : Quote here! and #2 : Here! too~

Posted on Khamis, Oktober 20, 2011 by ismiqbal

5 comments

12 Oktober 2011

Setelah sekian lama menunggu! Akhirnya terima jawapan gak daripada Technology Park Malaysia (TPM) [Interview Express yang aku telah Post haritu]
Selepas ni dengan bangganya menjadi sebahagian daripada Staff (walaupun kontrak jer since tidak mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan) TPM ni! Syukur alhamdulillah! Lepas ni Selamat Tinggal Terengganu Kiter! Berhijrah lah ke negeri lain la menjadi seorang yang bermastautin.
Aku syukur sangat-sangat dan semua ini adalah hasil internship tajaan Malaysian BiotechCorp iaitu STCA (Special Training in Critical Area), satu program extension julung kali diadakan daripada BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training). Program Internship ni memang bagus untuk fresh graduate coz ia dapat mendedahkan fresh graduate yang 'blurr' macam aku ni ke dalam situasi kerja yang sebenar.
(Aku belum baca lagi Bajet 2012, tapi sepintas lalu ada kalau tak silap sebut pasal Program Intership ni, jadi ia memang suatu yang bagus la.)
Update before naik bas ke KL tonight! Jumaat ni akan ambil offer letter dan lapor diri di Head Quarter (HQ) Bukit Jalil dan dengar kata akan diperkenalkan kepada semua staff. So Exciting kan..
My First Official Job!!
(setelah sekian lama graduate~kawan lain dah konvo habis master dah, aku baru jer nak kerja.)

Nota : Klik SINI nak baca Catatan Praktikal di MARDI (Program BeST)

p/s : Naik Bas Transnasional Jam 10 Malam; 12/10/2011. Dari Kuala Terengganu ke Hentian Putra, Kuala Lumpur. Harga Tiket RM40.20.

Posted on Rabu, Oktober 12, 2011 by ismiqbal

12 comments

07 Oktober 2011

Nota : Tutorial ini di pinjam daripada Blogger Coretan.Kuh!

Pernah aku berblogwalking dan ternampak ada sesetengah blog mempunyai iklan yang terapung-apung kat dalam dia punyer blog. Tercari-cari gak tutorial wat camtu tapi tak jumpa..Akhirnya terjumpa tutorial yang di-ping leh Blogger Coretan.Kuh! ni

Step 1 : Dashboard > Design > Page Element> Add Gadget > HTML
Step 2 : Lepas tuh copy code dibawah ni.

LETAK KOD LEATHERBOARD NUFFNANG ANDA DISINI

Paste kan Kod Leahtherboard Iklan anda di situ.
Nota : Kalau anda ada gadget lain yang nak wat terapung, cuma Paste jer kat Kod Leahtherboard Iklan tu.

Step 3 : Click PREVIEW, kalau takde error, tekan SAVE.

TIPS: Bahagian tulisan warna merah tuh korang boleh ganti dengan image close yang korang nak/ Boleh wat sendiri kalau rajin.

Sumber Tutorial ini diperoleh daripada Blog Coretan.Kuh!

Posted on Jumaat, Oktober 07, 2011 by ismiqbal

4 comments

04 Oktober 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Nota : Sesetengah jawapan perlukan perbandingan kehidupan sebenar.

Posted on Selasa, Oktober 04, 2011 by ismiqbal

5 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll