24 Ogos 2011


Harini dah 24 Ramadhan 1432H (24 Ogos 2011), Masih tinggal lebih kurang 1 minggu lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Sudah siap beli barangan raya? Mesti raya tahun ni meriah kan....

Jadi, dengan rezeki kita yang mencukupi untuk menyambut Aidilfitri itu, sudah jadi kewajiban kita untuk menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ni...Tak banyak pun.. Tengok senarai jumlah zakat di seluruh Malaysia tahun 2011/1432H ni. Sudah mesti kita mampu kah... Kalau seorang pelajar pun agaknya mampu untuk bayar ni, apakan lagi orang yang sudah bekerja....


Kalau takde masa sangat nak gi jumpa wakil pengutip zakat, Malas nak beratur panjang-panjang...Sekarang teknologi makin canggih, lagi memudahkan umat islam kini. Boleh bayar zakat fitrah melalui SMS jer, jangan bimbang, kredit akan dipotong melalui jumlah zakat jer..Setiap SMS yang kita reply tu takkan di charge!

Kalau benda dah mudah camni, takde alasan lagi untuk tidak membayar zakat fitrah. Pelajar IPT pun mampu untuk bayar  zakat fitrah sendiri. Anggap jer Bayaran zakat fitrah ni sebagai 'TopUp' kita untuk bulan Ramadhan ni..Tak sampai RM10 pun.. Kita mampu untuk TopUp Handphone bulanan, Bayar Broadband, beli pakaian berjenama, Makan sedap-sedap..

Nota :

Zakat Fitrah di tunaikan jika rezeki kita untuk aidilfitri melebihi bagi tanggungan kita.

Jika mampu pakai pakaian berharga puluh-puluh, ratus-ratus ringgit di pagi raya, takkan zakat tak sampai RM10 tak mampu.


Link :

Wikipedia Zakat Fitrah
Zakat Fitrah Celcom
Maidam Terengganu

Posted on Rabu, Ogos 24, 2011 by ismiqbal

6 comments

22 Ogos 2011


Semasa ber'blogwalking' beberapa hari lalu, terjumpa satu entriy yang tak ingat dari blogger mana pasal 'Create Own Avatar' sendiri ni....Tunjukkan skill wat avatar korang sendiri *kalau nak wat bajet hensem/cun ker leh la ni...

Sama tak? hahah


1# Klik LINK ni...Face Your Manga

2# Pilih Gender : Male/Female

3# Teruskan pilih bentuk, gaya, dan lain-lain untuk avatar anda

4# Bila dah siap, isikan form dulu. *ia akan hantar satu download link pada e-mail anda.

5# Klik Link dan Download jer..





Sama tak ngan 'abang botak' kat header tu??? huhuhu~~ Cam tak ngamm jer...

Posted on Isnin, Ogos 22, 2011 by ismiqbal

6 comments

18 Ogos 2011


Reply Button pada Comment! Baru jer tukar imej....





Sebelum ni...Image yang skema dan Biru skali....








Selepas di ubah image, warna merah menyala gitu..bwahaha!!








UntukTutorial 'Tambah [Reply Comment] Button"; Sila Klik di SINI !




 P/S :  Leh edit sendiri jer Button [Reply Comment] ni....Standard size : Height : 15pixels .. Yang aku wat (100px-130px )

Posted on Khamis, Ogos 18, 2011 by ismiqbal

4 comments

16 Ogos 2011


 14 Ogos 2011 Bersamaan dengan 14 Ramadhan 1432H, Hari di mana bulan mula mengambang (pada setiap 14,15 dan 16 Bulan Islam, Bulan Mengambang dan dikenali sebagai Hari Putih)

Aku pernah berbuka Puasa di Pantai tahun lepas secara kebetulannya bulan mengambang, dan satu suasana yang cantik melihat Bulan Terbit! (Biasa dengar Matahari terbit kan..)

 Permandangan Bulan Terbit (MoonRise) menjadi motif utama aku untuk berbuka puasa kat Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Memang agak ramai family, sahabat handai, kekasih yang berbuka di pantai ni.. (Tak pasti diorang nak enjoy Moon Rise atau sesaja jer kebetulan...)

 Selepas jer gi beli makanan kat Bazaar Taman Shahbandar, kitorang pun mula mencari port kat pantai. Bulan mula terbit sekitar jam 7.45-8.00++ Malam.. Pada masa ni, cahaya matahari mula memantulkan kepada bulan dan mengeluarkan cahaya Merah-Jingga (Gelombang Warna yang paling laju sampai ke bumi..)

 Testing Night Mode Kamera Fujifilm JV250 (Slow Shutter pe ntah istilahnya..).. 

Kagum btol! kamera murah camni leh gak erk...



 Di edit dari Photo di atas jer.... 





Hari ni 16 Ogos 2011/ 16 Ramadhan 1432H, Hari terakhir untuk Bulan Mengambang sebelum ke Fasa lain...

Posted on Selasa, Ogos 16, 2011 by ismiqbal

6 comments

15 Ogos 2011


Puasa dari segi syaraknya ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Antara perkara membatalkan ialah makan dan minum. Jadi kebarangkaliannya ialah lapar.




Sumber Gambar (Sel Lipocytes) : Health Guide: How Stuff Works. (Bayangkan banyak-banyak sumber lemak terkumpul dalam badan)
Berbalik kepada tajuk, Puasa dan Sains; Bagaimana ia dapat mengurangkan lemak.

Kita bersahur pada awal pagi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari semasa berpuasa. Makanan yang kita makan tersimpan di dalam perut seketika sebelum penyerapan nutrient berlaku pada usus kecil dan usus besar yang panjang!
Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.”

Bajet dalam waktu tengahari tu, makanan ‘on the way’ ke usus dah ler…Mula lah perut terasa kosong, lapar, jer… Dah agak sumber karbohidrat korang yang masa sahur tu dah nak kosong tu, bayangkan ler sumber tenaga lemak la digunakan, lemak daripada makanan atau lemak simpanan dalam badan. Kalau plan nak diet bulan Puasa, kurangkan makanan berlemak yer!

Menurut cikgu aku, exercise 20 minit (atau lebih) adalah masa yang baik untuk menggunakan lemak coz pada 15 minit pertama sumber karbohidat di gunakan, dan selepas itu sumber tenaga lemak lak.. Jika bulan puasa sumber karbohidrat kita dapat masa bersahur. Jadi, anggarkan pada petang tu karbohidrat hampir habis digunakan, dan lemak di gunakan. Inferensnya, untuk memaksimumkan penggunaan lemak, lakukan exercise beberapa minit pada waktu petang mungkin mampu mencairkan lemak dan di singkirkan!

Sumber dan Bacaan Tambahan :

Posted on Isnin, Ogos 15, 2011 by ismiqbal

3 comments

14 Ogos 2011


 Testing Kamera Digital Fujifilm JV 250 + Photoshop edit

Subjek : Pokok Setawar Belakang Rumah.





Spesis yang hampir dengan Setawar ni ialah Kalanchoe pinnata.

Pokok setawar ni amat mudah tumbuh dan membiak. Ia boleh di jadikan hiasan dan juga rumpai coz anak pokok tumbuh pada setiap daun yang matang dan jatuh sendiri.


Posted on Ahad, Ogos 14, 2011 by ismiqbal

6 comments

13 Ogos 2011


Okay! Kita buka cerita lama... Minggu lepas (6/8/11 kot..), bermula lah perjalanan balik menaiki bas dari Stesen Bas Shah Alam ke Kuala Terengganu. Ni adalah 1st time aku naik Bas Sani Ekspress ni.. Kagum dowh!! (sama ada aku yang Jakun...)





Siap ada Touch-Screen lagi kat seat tu! Leh tengok Movies!! Layan...(Fine! Aku yang Jakun!) Tapi memang super Cool! Banyak gak pilihan movies; seperti Harry Potter 1-6, 1000 B.C, Cun! dan beberapa lagi ler...


Tapi aku layan citer Melayu Komen-Cinta : CUN! Lakonan Maya Karen & Remy Ishak... Memang komedi....





Nota : Tambang Bas dari Shah Alam ke Kuala Terengganu dalam RM45...2+1 Seat..huhu~~

Posted on Sabtu, Ogos 13, 2011 by ismiqbal

4 comments

06 Ogos 2011

 Semalam (050811), Aku ngan kawan-kawan STCA HERBS; #Siti Haliza dan #Liza pergi ke Pejabat BiotechCorp ni untuk sesi interview 6 Bulan Training (macam Specific Training in Critical Area) gak cuma yang ni di fokuskan kepada Hybrid Seed dengan kerjasama Malaysian BiotechCorp. dan Syarikat Green World Genetics ni.
Bagi aku, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di pejabat Malaysian Biotech Corp. ni. Aku tunggu diorang kat Stesen Ampang Park, tak sangka lak dekat jer Pejabat Biotech Corp dengan KLCC rupanya...
 Kami datang interview training ni suka-suka jer, ingin bertanya lebih skit la pasal training ni pada Biotech Corp dan Green World Genetics ni since, kami baru jer habis STCA (Specific Training in Critical Area) Bahagian Herbal Plant Extraction and Prodution di Pusat Biotek Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd pada 02 Ogos lepas.
 Walaupun ni adalah 1st time aku sampai di sini, tapi tak rasa asing lak coz dari BeST (Biotech Entrepreneurship Special Training) hinggalah ke STCA ni, semua di bawah Malaysian Biotech Corp. (Dengan peruntukan oleh MOSTI)
 Group interview oleh wakil Green World Genetics ni sambil ditemani oleh Wakil Biotech Corp ni berjalan dengan okay-nya. Ia lebih kepada penerangan dan soal-jawab mengenai training ni. Yang hadir pda interview session ni juga graduan dari UMK (Universiti Malaysia Kelantan). Dan perlu di sebut kot.. Lelaki yang hadir 3 orang jer dan selebihnya Perempuan; daripada total lebih kurang 22 orang yang hadir.
 Then! Selepas selesai semuanya, aku pun di kirakan Musafir pada hari jumaat tersebut.. Kami pun lepak-lepak di KLCC (jalan kaki jer...), dan menonton wayang! (Nasib ler puasa..takleh nak makan Popcorn dalam tu...)

 Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 (Finale!)

Since, aku dah follow citer ni bermula dari Buku-buku pada 2003 dan seterusnya movies bermula dari Bahagian 1.. Memang tak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan FINALE Harry Potter ni!! Memang Best! Gambar pun gempak gak... cuma macam biasa.. subtitle font tu mengurangkan image gambar wayang..boleh lah layan....Pape pun Best! Awesome! Cool!
RATE : 4.8/5

nota: [AutoPublish] Balik Terengganu malam ni!! (060811)

Posted on Sabtu, Ogos 06, 2011 by ismiqbal

4 comments

Semalam aku punyer 500GB External Hardisk kena Virus/Worm!!  
Virus/Worm/Malware yang create semua Files menjadi Shortcut dan Original Files jadi Hidden!

Hampir 300GB of Priceless Memories; Gambar masa Kampus Life, Videos yang belum di edit (Movies dan Dramas je yang banyak kot...)
Okay! Jangan menggelabah tak tentu pasal... Google jer cari solution (Nasib la time ni ada internet P1 W1Max yang boleh tahan la..)
  • Method pertama yang aku jumpa kat internet yang kena wat Manual; Command Prompt dan Regitry (Pekebenda tu!! ). Yang ni FAILED!
  • Method kedua la, nak try konon-konon nya nak System Restore.. FAILED!
  • Method ketiga, Shortcut Virus Removal .. oookaayy.. Shorcut files dah hilang.. Mana Original Files nya??? Masih Hidden lagi ni..!! Dah try Folder Option; Show Hidden Files... 1/2 FAILED!
  • Final Method! Download Smadav Antivirus! YESS!! SUCCEED! Simple jer..cuma Scan satu laptop ni .. Pastu Bahagian Hidden tu .. UNHIDE ALL!  
LIFESAVER!!

Posted on Sabtu, Ogos 06, 2011 by ismiqbal

1 comment

02 Ogos 2011

Tika Ramadan membuka tirai, STCA HERBS pula berlabuh kenangan di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd, Raub, Pahang ni..
Sempena bulan yang penuh keberkatan, STCA HERBS mengucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1432H
kepada semua terutamanya STAFF TPM BIOTECH RAUB, MALAYSIAN BIOTECHCORP dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan STCA HERBS ini...
E-Card 'Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak' dari STCA HERBS
Di sini STCA HERBS menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua andai ada tersalah kata, tutur bicara dan tingkah laku sepanjang kursus ini berjalan lebih kurang 3 Bulan. Semua itu mungkin kelemahan kami semua.
Semoga semua dapat menjalani Ibadah Puasa dengan jiwa yang tenang.
Nota : Secara sainsnya :
  • Puasa dapat merehatkan organ dalaman daripada mencerna makanan yang berterusan.
  • Puasa dapat membantu pembakaran lemak sebagai sumber tenaga badan.
  • Puasa membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
Lagi info berkaitan Puasa dan Sains di SINI dan SINI.

Posted on Selasa, Ogos 02, 2011 by ismiqbal

3 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll