27 Februari 2011

Satu lagi cerita melayu yang mengalahkan filem Sembilu ni.. Maybe orang cuma curious jer kot... atau filem ni betol2 'WOW!' ?
Jadi, aku malas nak huraikan kalau citer tak brapa menarik perhatian aku ni.. Honestly, dari awal hingga 15 minit terakhir aku fast-forward dengan kelajuan 2x, 3x.. So, diorang cakap macam kartun ler... Tapi leh jer follow plot coz plot dia tak terlalu complicated, subtitle pun mudah faham, so, Aku tengok sorang-sorang dalam bilik dengan tingkap terbuka dan belakang rumah aku ada semak-samun. Point nya- tak seram pun...

RATE : 1-2/5
p/s: pesakit jantung, pompuan mengandung tidak digalakkan menonton kerana ia mungkin memudaratkan coz mungkin anda akan tergelak-gelak separuh mati apabila tengok cite ni...

p/s: 1st time Jom Heboh di Terengganu.. Malas btol nak gi.... Biarkan..

Posted on Ahad, Februari 27, 2011 by ismiqbal

4 comments

Kelmarin baru aku layan cite yang di gembar-gemburkan sebagai best ni. 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Tajuk pun dah sempoi gitu kan, Kalau 1st expression  memang for sure ler cite ni ada adegan major komedi gitu.
Aku tak faham kenapa Yeti dan Mumia tu dalam Poster ni padahal babaknya hanya beberapa saat jer. Tp, utk menarik orang, nice tactic!

Maka, al-kisahnya aku pun layan ler citer ni, nak 'ce citer' skit ni, bukan mau 'bakor aje' feeling2 peminat filem Kak Limah terlepas sakit jiwa ni. Tapi, dengar jujurnya, bagi aku komedi 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' ni dalam 30% (dan kurang). Selebihnya, agak tak berapa menarik perhatian aku, coz aku fast-forward, 2x, 3x, 4x then baru play normally

Watak Che'-putus-tunang-ngan-awie-kedai makan tu (tak ingat nama watak), memang mula-mula sudah suspicious, dan masa adik aku tengok mula-mula tu dia dah cakap dah "Pompuan tu (refers pada che'-awek-kedai makan) hantu tu...". So, predictable la. yang awek baju merah tu mula-mula ingat pengamal ilmu hitam yang seru hantu kak limah, bila plot di teruskan, mula dapat mengagak awek-merah tu juga hantu.

Untuk manusia macam aku yang suka play-pause movie ni, tak sesuai le tegok kat wayang citer camni... Bukan nak kritik (coz untuk mengkritik itu senang, acu-try-cuba-test wat..hah!), jadi, sebagai Rakyat Malaysia yang duk kat kampung ni. Aku masih tak 'WOW' lagi dengan filem Melayu. tapi BOLEH LAYAN la..

RATE : 3/5

p/s : pasni try layan 'Khurafat' dan 'Haq' lak...Tahap 'WOW!' atau 'SO-SO'

Posted on Ahad, Februari 27, 2011 by ismiqbal

4 comments

25 Februari 2011

Tak tau ler camne aku boleh TERdemam lak... Suhu badan rasa ok jer..cuma deria rasa menjadi sensitif lak dengan suhu sejuk. So, berselubung jer dengan selimut ke hulu-ke hilir dalam rumah ni.

Maybe coz, 3 hari berturut-turut aku main panas kot.. Maklumlah naik moto jer, dah sampai berbelang tanned  tangan aku ni akibat sunbath. Honestly, entry yang merapu so, aku disabled comment yer... Sure takde sape nak komen entry merapu ni. 

agaknya, 1st time demam dalam beberapa bulan ni, @ setahun ni? Antibodi sentiasa upgrade kan.. Ada je kuman, baru yang berevolusi menentang antibodi manusia.

p/s: nak gi Jom Heboh kat Dataran Shahbandar pun dah tak de mood. 
p/p/s: nak layan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang siap download tu pn, takde feeling... Layan Glee, Supernatural, Vampire Diaries jer kot..

Fever in February on Friday, not very Fabulous .

Posted on Jumaat, Februari 25, 2011 by ismiqbal

No comments

Sebenarnya aku sesaja jer join creative comment Premiere Screening dalam Nuffnang ni, tak sangka gak masih dapat Invitation to Premiere Screening Nuffnang yang ke-5 ni.. Filem Beastly

From:
To:homosapiensz@yahoo.com

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Nuffnang Premiere Screening of Beastly happening on;

Date: 2 March 2011 (Wednesday)
Time: 9.30pm
Venue: Cathay Cineplex, e@Curve

Filem Beastly ni lebih kurang macam 'Beauty and the Beast' versi Moden. Mengisahkan sorang mamat yang kaya gila-baban tapi berlagak giler. Pastu satu hari dia kena sumpah ngan 'witch' ni jadi Si Buruk Rupa. Dia kena cari cinta sejati untuk break curse tu. 
Aku tengok pun macam romantic gak cite dier..
Klik Channel Youtube ni untuk tengok Trailer Beastly.
Baca skit info pasal Beastly di Wiki.

Aku reserved je dulu tiket Premiere Screening, tapi wakilkan orang lain jer kot....huhu! Aku tak sempat, xde jodoh lagi nak tengok tayangan perdana Nuffnang ni.

5# Nuffnang Invitation Premiere Screening - Beastly - 2 March, e@Curve

Posted on Jumaat, Februari 25, 2011 by ismiqbal

4 comments

24 Februari 2011

del

Posted on Khamis, Februari 24, 2011 by ismiqbal

3 comments

Aku ingatkan aku sorang jer leh nampak image katak ni kat sesetengah blog yang aku blogwalking, rupanya ada blogger lain yang nampak gak rupanya.. Termuncul blogger update kat dashboard tu daripada Blogger Anon dan Admiral pasal katak puru demam kuning ni..imageshack.us.

Pinjam Pic katak demam kuning ngan Admiral
Imageshack ni web yang bagi upload percuma jer kepada users untuk upload dalam web sendiri.. Contohnya, nak upload untuk edit html, letak favicon, etc. Tanpa perlu daftar, klu nak daftar pun ok gak, coz aku daftar imageshack ni untuk simpanan sendiri dan mudah trace balik.

Setelah di Google, ia mengatakan bahawa Imageshack.us telah di serang Malwares. Di cadangkan menurut Forum tu, bertukar lah ke services yang lain seperti Flickr. Photobuket etc.
Untuk membaca forum berkaitan masalah ini bleh klik beberapa link ni:

p/s: maybe sesetengah user yang menggunakan services imageshack.us sahaja akan kelihatan kata puru demam kuning ni...

Posted on Khamis, Februari 24, 2011 by ismiqbal

12 comments

22 Februari 2011

Pasal Cerita yang aku download kat www.syok.org lagi...Sajer jer wat entry camni coz lebih simple berbanding entries yang ada dalam Folder Blog Update bergambar tu.. Cerita ni daripada Jepun berdasarkan manga/komik jepun 'Gantz'.. Aku pernah nampak komik ni coz masa muda-muda dulu slalu layan Kreko... Sekarang tak layan dah... huhu! Kali ni 'Gantz' Live Action...!!
Oleh kerana aku tak brapa layan, adalah jugak beberapa episod aku TERbaca ... Ceritanya agak menarik  dengan teknologi pembikinan  bahagian 'suit' tu pun cool.. Nampak 'real gak

Cerita ni mengisahkan, watak utamanya Kurono dan Kato yang mati dilanggar keretapi semasa menyelamatkan sorang pemabuk. Selepas di langgar keretapi, mereka dapati berada di sebuah bilik yang ada beberapa orang dan bebola hitam yang besar di panggil 'Gantz' mengawal mereka. Bola Hitam/Gantz memberi mereka satu 'suit' yang leh bagi kuasa 'super-human', senjata canggih untuk misi yang diberi. Tujuan misi tu untuk membunuh alien dan mendapatkan mata bagi setiap misi.. Jika mencapai 100 mata, mereka ada di bagi pilihan:1-erase memory and set free, 2-hidupkan semula orang dari ingatan.

Komen : Cerite ni di alih suara kepada English, malas dan tak jumpa lak subtitle english tu... Total duration 2 jam 10 Minit jadi aku pun tengok kejap2 jer... 
Play-pause-amik air-play-pause-gi kuar jap-play-pause-pusing dalam umah-play-pause-play forward klu babak bosan-play-end...haha!

Posted on Selasa, Februari 22, 2011 by ismiqbal

7 comments

21 Februari 2011

Salam Hari Isnin.. Ada Sesiapa Puasa sunat hari ni?? 
Okay! Straight to the point...Cuma lintasan akal jer...
Aku lebih suka letak tutorial link/entries pasal tutorial pada Blog sendiri.. Mungkin ada terlintas pada pembaca/pengkritik bebas, "Blog hampeh camni nak wat tutorial....?
jadi, Letak tutorial link/entries pasal tutorial di dalam blog sendiri ni dapat :

(1) Membantu Pembaca/Blogger lain yang singgah ke blog kita mengetahui pasal Tutorial tersebut,

(2) Lain blog kemungkinan punyai lain pembacanya.. tapi terdapat juga 'overlapping' followers/readers kan.. 

(3) Sebagai simpanan/backup diri sendiri untuk mengubahsuai blog sendiri pada masa akan datang.. Contoh: aku selalu jer tukar template, dan kadang2 lupa backup template...so aku just refer pada entries tutorial lepas jer...tanpa perlu menghabiskan masa untuk Blogwalking/google mencari tutorial mengemaskini blog.

(4) Jika tutorial tu daripada Blogger lain, jangan lupa bagi kredit yer..sebagai tanda terima kasih..(sesambil naikkan blog traffic)

(5) Memastikan blog sentiasa update dan dikunjungi..Maklumlah, Blogger sekarang semakin berkembang... Mana tau Blog anda terkeluar semasa Carian Google/Yahoo/Bing/MSN Search ker kan....

p/s: sesaja jer wat entry untuk update blog ni...sementara download movieS.. (huruf S di situ yer...!!)
p/s/s : Aku cuba minimizekan masa di depan laptop di siang hari coz masa siang ada matahari, peluang untuk menikmati suasana luar...Nanti malam, baru habiskan masa dalam rumah...

Posted on Isnin, Februari 21, 2011 by ismiqbal

8 comments

20 Februari 2011

Lagi cerita lama yang terkumpul dalam Folder Blog Update aku di Desktop ni...
Cerita 05 December 2010 lepas..dah tahun lepas punyer selepas balik mendaki Gunung Nuang, Selangor nak rehat-rehat tempat sejuk skit malam tu.. Badan-badan pun masih sakit-sakit lagi....
Kali ni kami mengambil keputusan untuk menonton Narnia : The Voyage of the Dawn Treader 3D!!
Ini adalah kali pertama aku menonton wayang versi 3D. bagi Tayangan Narnia 3D ni memang tak berapa memuaskan, aku pun kerap on-off pakai spec 3D tu untuk mendapatkan tayangan yang lebih jelas..

Sinopsis dari IMDb [Link]
Narnia Trailer  [Youtube]

Aku dah download Narnia ni daripada www.syok.org tapi malas lak ak tengok dan terus delete..haha!
Kali ni pengembaraan ke Dunia Fantasi Narnia oleh Lucy dan Edmund jer tanpa Kakak dan Abang diorang, tapi di ganti oleh sepupu mereka.

Rate Cerita : 4/5
Rate 3D : 3.5/5

Posted on Ahad, Februari 20, 2011 by ismiqbal

7 comments

19 Februari 2011

Situasi lama dah ni, gambar-gambar ni memang terkumpul lama di Folder Blog Update di Desktop aku.. Tunggu untuk upload 'n update jer...
Semasa berjalan-jalan ke tepian pantai kegemaran aku, Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.. Sesambil jejalan tu mencari Seaglass gak..
Tapi tak sangka jumpa mayat spesis laut ni terdampar kat Pantai ni, rasanya ni 1st time aku jupe spesis laut Obor-obor a.k.a Jellyfish ni Pantai ni....Maklumlah masa tu musim Monsun timur laut kan...Jadi ombaknya agak kuat...

Besar kan mayat jellyfish ni kan....Lebih besar daripada kepala aku tu...!

Tempat di mana mayat ini di jumpai....tapi aku letak situ balik biarkan alam menguruskannya kan....mana tau jadi makanan haiwan lain ker....

Selepas jer aku terserempak dengan mayat jellyfish besar tu, terjumpa lak mini jellyfish yang hanyut di bawa oleh ombak monsun timur laut tu....Cantik lak mini jellyfish tu di terangi cahaya petang..cam luminescence jer ....
Ambil untuk photoshoot jer, nak amik awet tak leh lak...

p/s: jupe Seaglass yang kecik-kecik jer...tapi ada satu rare seaglass warna solid blue...

Posted on Sabtu, Februari 19, 2011 by ismiqbal

14 comments

18 Februari 2011

Semasa aku bukak emel tadi ada satu campaign daripada Youthsays a.k.a Says.com Campaign For Terengganu Only.. Merupakan Kempen Daripada satu Penyanyi-Penulis Lirik Indie Song yang katanya antara yang 'best' di Malaysia ni selepas Yuna

[Klik Pada Imej atau Sini untuk tengok List Lagu yang BEST!!]
Aku pun dah dengar kebanyakkan lagu beliau daripada Campaign ni dan SERIOUSLY memang best.... Kebanyakkannya lagu english... Lagu melayu pun best gak... bagi peminat penyanyi Yuna, leh try dengar yang lelaki ni yang berkelulusan Bachelor’s Degree in Business Systems di Monash University lak..RECOMMENDED!!

p/s: dengar macam Ronan Keating lak...Best2...

Posted on Jumaat, Februari 18, 2011 by ismiqbal

5 comments

15 Februari 2011

Hari ini merupakan 15 Februari 2011 dan juga 12 Rabiul Awal merupakan hari Maulidur rasul (atau di kenali sebagai Hari Kelahiran Rasul -dan dalam konteks ini ialah Rasulullah S.A.W). Walaupun Maulidur Rasul ini bukanlah amalan Nabi itu sendiri tapi ia di raikan untuk memperingati Rasul Terakhir bagi Umat Manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.|W Ibnu Abdullah yang menyebarkan Agama Mulia Islam ini (kalau seingat masa belajar sekolah dulu..sebelum Rasulullah S.A.W, Agama Islam juga di kenali sebagai Agama Hanif -betulkan yer...-)


Sebenarnya aku dah 'save' info ni dah lama 07/01/2009 lagi daripada Blogger Nasruni iaitu berkaitan dengan Pemikir/Orientalis Barat mengenai Nabi Muhammad S.A.W, Rasul dan Nabi Terakhir Umat manusia.....Dan entry ni pun ditulis beliau pada 14 September 2008..Jadi, Ilmu itu tidak Luput...Jika terdapat kekeliruan fakta-sila betulkan yer-....

Apa Kata Orang Barat (yang neutral) Tentang Rasulullah SAW?

14 September 2008 nAsruni 
Penukilan tentang gambaran Islam yang muram di dalam buku-buku Barat tidak berarti tidak ada orang-orang Barat yang netral. Sebagian dari mereka mengenal Rasulullah Muhammad SAW dan mereka mengenal Islam, kemudian bersikap netral di dalam buku-buku mereka dan bisa kita sebutkan contohnya.

Namun sangat disayangkan bahwa kita melihat kenyataan saat ini, media-media Barat enggan melihat Islam dari jendela-jendela positif yang telah dibuka oleh orang-orang netral tersebut.. Banyak juga orang-orang Barat yang netral lebih mengutamakan untuk diam, atau barang kali media Barat tidak mau meliput perkataan mereka. Berikut ini pendapat sejumlah orang-orang Barat yang netral tentang Islam:

1. Seorang orientalis Kanada, Dr. Zuwaimer di dalam bukunya “Timur dan Tradisinya” mengatakan, “Tidak diragukan lagi bahwa Muhammad adalah termasuk pemimpin agama terbesar. Bisa juga dikatakan bahwa dia adalah seorang reformis, mumpuni, fasih, pemberani dan pemikir yang agung. Tidak boleh kita menyebutnya dengan apa yang bertentangan dengan sifat-sifat ini. Al-Qur’an yang datang bersama Muhammad dan sejarahnya menjadi saksi atas kebenaran klaim ini.”

2. Seorang Orientalis Jerman Bretly Hiler di dalam bukunya “Orang-Orang Timur dan Keyakinan-keyakinan Mereka” mengatakan, “Muhammad adalah seorang kepala negara dan punya perhatian besar pada kehidupan rakyat dan kebebasannya. Dia menghukum orang-orang yang melakukan pidana sesuai dengan kondisi zamannya dan sesuai dengan situasi kelompok-kelompok buas di mana Nabi hidup di antara mereka. Nabi ini adalah seorang penyeru kepada agama Tuhan Yang Esa. Di dalam dakwahnya, dia menggunakan cara yang lembut dan santun meskipun dengan musuh-musuhnya. Pada kepribadiaannya ada dua sifat yang paling utama dimiliki oleh jiwa manusia. Keduanya adalah “keadilan dan kasih sayang”.

3. Bernardesho seorang pemikir Inggris di dalam bukunya “Muhammad” mengatakan, “Dunia ini sangat membutuhkan pemikiran Muhammad. Nabi inilah yang meletakan agamanya senantiasa dalam posisi terhormat dan tinggi, agama yang paling kuat di dalam mencerna seluruh peradaban dan kekal sepanjang masa. Saya melihat banyak dari anak keturunan bangsaku yang masuk agama ini dengan bukti nyata. Agama ini akan mendapatkan kesempatan yang luas di benua ini – maksudnya adalah Eropa. Bahwa para tokoh agama pada abad pertengahan, akibat dari kebodohan dan fanatisme, telah menggambarkan agama Muhammad dengan gambaran yang gelap. Mereka menyebut agama Muhammad sebagai musuh bagi Kristen. Namun setelah saya mengkaji tentang orang ini (Muhammad), saya menemukan kekaguman yang luar biasa. Saya sampai pada kesimpulan bahwa dia bukan musuh bagi Kristen. Namun sebaliknya harus disebut penyelamat manusia. Dalam pandangan saya, sekiranya dia memegang kendali dunia pada hari ini pastilah dia bisa menyelesaiakan masalah kita yang dapat menjamin perdamaian dan kebahagiaan yang menjadi harapan manusia.

4. Professor bahasa Aramaic, Snersten Elasogi di dalam bukunya “Sejarah Hidup Muhammad” mengatakan, “Sungguh kita tidak netral pada Muhammad kalau kita mengingkari apa yang ada pada dirinya, berupa sifat-sifat yang agung dan keistimewaan-keistimewaannya. Muhammad telah terjun di dalam perang kehidupan yang besar menghadapi kebodohan dan kesemrawutan, tetap teguh pada prinsipnya. Dia terus memerangi tindakan yang melampaui batas sampai berakhir pada kemenangan yang nyata. Sehingga syariatnya menjadi syariat yang paling sempurna, dia di atas para tokoh agung sejarah.”

5. Seorang orientalis Amerika Sneks di dalam bukunya “Agama Arab” mengatakan, “Muhammad muncul 570 tahun setelah Isa. Tugasnya adalah untuk meningkatkan akal manusia dengan memberinya dasar-dasar utama dan akhlak yang mulia, mengembalikan kepada keyakinan Tuhan yang Esa dan kehidupan setelah kematian.”

6. Michael Hart di dalam bukunya “Seratus Tokoh dalam Sejarah” mengatakan, “Pilihan saya Muhammad menjadi orang pertama yang terpenting dan teragung sebagai tokoh sejarah telah mengagetkan para pembaca. Namun dia (Muhammad) adalah satu-satunya tokoh dalam semua sejarah yang sukses dengan kesuksesan sangat tinggi pada tingkat Agama dan Dunia. Ada banyak rasul, nabi dan para pemimpin yang memulai dengan misi-misi agung. Namun mereka meninggal tanpa penyempurnaan misi-misi tersebut, seperti Isa di Kristen, atau yang lain telah mendahului mereka, seperti Musa di Yahudi. Namun Muhammad adalah satu-satunya (Rasul) yang menyempurnakan misi agamanya, menetapkan hukum-hukumnya dan diimani oleh bangsa-bangsa selama hidupnya. Karena dia mendirikan negara baru di sisi agama. Sedang di bidang dunia dia juga menyatukan kabilah-kabilah di dalam bangsa, menyatukan bangsa-bangsa di dalam umat, meletakan buat mereka semua asas kehidupannya, menggariskan masalah-masalah dunianya, meletakannya pada titik tolak menuju dunia. Dan juga di dalam hidupnya, dia adalah (Rasul) yang memulai risalah agama serta dunia dan menyempurnakannya.

7. Seorang sastrawan dunia, Lev Tolstewi, yang karya sastranya dianggap sebagai sastra yang paling bernilai tercatat dalam peninggalan kemanusiaan. Dia mengatakan, “Cukuplah Muhammad sebagai kebanggaan karena dia telah membebaskan umat hina yang haus darah dari cakar-cakar setan tradisi yang tercela. Membuka di depan muka mereka jalan yang tinggi dan maju. Bahwa syariat Muhammad akan menguasai dunia karena kesesuaiannya dengan akal dan kebijaksanaan.

8. Dr. Shaberk asal Austria mengatakan, “Sesungguhnya manusia pasti bangga memiliki afiliasi dengan tokoh seperti Muhammad. Dia itu meski dengan keumiannya (tidak bisa baca dan tulis) beberapa belas abad yang lalu mampu membuat undang-undang. Kita orang Eropa akan menjadi sangat bahagia apabila bisa sampai ke puncaknya.”

9. Seorang Filsuf Inggris yang penah mendapatkan hadiah Nobel, Tomas Karlil di dalam bukunya “Para Pahlawan” mengatakan, “Sungguh menjadi sangat aib bagi siapapun yang berbicara pada masa ini mengeluarkan ungkapan bahwa agama Islam adalah kedustaan dan bahwa Muhammad adalah penipu. Kita harus memerangi penyebaran kata-kata yang absurd dan memalukan ini. Sesungguhnya risalah yang ditunaikan utusan (Rasul) tersebut masih menjadi pelita yang bercahaya selama 12 abad lamanya. Apakah ada di antara kalian yang mengira bahwa risalah ini yang menjadi pegangan hidup dan matinya jutaan orang yang tak terhitung jumlahnya adalah kedustaan dan penipuan.”

10. Sedang seorang Sastrawan Jerman Gotah mengatakan, “Sesungguhnya kita warga Eropa dengan seluruh pemahaman kita, belum sampai kepada apa yang telah dicapai Muhammad. Dan tidak akan ada yang melebihi dirinya. Saya telah mengkaji dalam sejarah tentang keteladanan yang tinggi untuk umat manusia ini. Dan saya temukan itu pada Nabi Muhammad. Demikianlah seharusnya kebenaran itu menang dan tinggi, sebagaimana Muhammad telah sukses menundukkan dunia dengan kalimat tauhid.”
Demikianlah, mereka mengakui kemahsyuran dan keagungan Rasulullah SAW, mengapa kita masih saja mengidolakan yang lain? Semoga tulisan ini mampu menambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Sama-sama kita fikirkan........Terima Kasih kepada Blogger Nasruni untuk Info di atas - Jika salah fakta sila betulkan yer-


Posted on Selasa, Februari 15, 2011 by ismiqbal

7 comments

14 Februari 2011

 Masa aku jalan-jalan dulu, pastu selipar kampung aku putus lak...ishk! So, memang hajat sudah terkumpul lama nak beli sebuah sepatu baru.. Oleh kerana selipar kampung aku putus, bertambah kukuh lah aku mencari sepatu baru..bukan untuk ke sekolah yer...

 Kemudian Mr.Penunjuk Arah mula membawa ke satu Uptown Danau Kota untuk bersama-sama meninjau sepatu baru... Satu gerai demi satu gerai aku intai..Dah sampai satu kedai tu tanya harga, pastu cari kedai lain gak untuk mencari model yang lebih yang aku impikan.... tapi takde la plak....

 Namun, Kasut Converse model ni juga yang menjadi pilihan hati kalbuku.. Walaupun design dia 'high cut' dan design lama... tapi aku lebih suka yang ni...
Kasut Uptown jer menjadi pilihan aku...wahh... Ingat nak cari kasut yang Sporty+Kasual+Travelling..... ada ker..?

Posted on Isnin, Februari 14, 2011 by ismiqbal

15 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll