30 November 2010

Memang boleh di katakan kebiasaan jugak la bagi sesetengah wat 2,3,4 keje dalam satu masa.
Bagi aku contohnya menonton video/movie di laptop+sambil edit gambar @ tengok movie/video sambil makan+minum @ dengar music+minum+wat catatan @etc.
Jadi, maksudnya aku ni jenis yang tak suka fokus satu kerja.
Adakah ia kelemahan aku? Jadi aku dah detect kelemahan aku. So, harap ada la keinsafan untuk diri sendiri fokus pada yang satu.. Kan?
Boleh tak action ni di kategorikan sebagai habit? Bad Habit?
Ia memang bad habit. Sekarang dengan ke'blur'an otak, Fokus pada satu kerja lebih baik. Sehingga ia selesai.

Posted on Selasa, November 30, 2010 by ismiqbal

2 comments

29 November 2010

Beberapa minggu gak hadapi masalah ni :
Receving Unknown MMS that declined prepaid

MMS ni aku terima sebaik sahaja kredit aku melebihi RM2. Coz setiap kali aku menerima MMS ni , RM2 akan di tolak.huhu.
Biasanya coz aku secara automatik/unknown aku telah subscribe pasal ntah=apa=apa...Tapi aku takde subscibe pape pun.
Penyelesaian :  oleh kerana dah tak tahan akibat gangguan emosi jiwa dan raga, aku pun gi la mengadu ker Balai Biru kat bandar  tu. Menurut Celcom Center tu, aku telah subscribe dari tak-tau-lak. So, On the spot, staff bertugas meminta aku send STOP ALL ke no. yang di berikan..
PROBLEM SOLVED





Posted on Isnin, November 29, 2010 by ismiqbal

4 comments

21 November 2010

Phew~ Selepas seharian menghadap laptop ni menyiapkan website design aku yang ulung kalinya...., baru je nak update blog...Opss! Masih ada lagi yang tertinggal sepanjang praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang tak baru gak habis 31/10/10 lepas.
Seingat aku ni masa dua minggu terakhir aku praktikal di MARDI ni, Kali ini Misi membuat produk berasaskan SALAK! 
Anda kenal Buah Salak? Buah Tempatan~ English Name dia : SnakeSkin Fruit.
Produk Salak ini di hasilkan bertujuan promosi sempena Karnival-aku-tak-ingat-nama-apa.....
Buah Salak ni diperolehi daripada Stesen MARDI Jerangau, Terengganu..(Yang mengkhususkan bahagian Pertanian)
Kali ni kami bernasib baik coz Kami perolehi isi Salak jer...Kalau tak, penat, sakit, calar la nak kupas kulit Salak yang agak tajam tu....
Produk Pertama :  Sos Cili Salak.
Bahan Mentah : Isi Salak, Cili, Bawang Putih
Macam Biasa semua isi salak yang ingin membuat Sos Cili Salak atau Jus/Kordial Salak hendaklah di kisar sehingga halus terlebih dahulu.
Kemudian, langkah-langkah berikut disusuli mengikut jenis produk yang hendak dihasilkan.
Keropok, Nugget Corbia, Cucur
Dah tak-berapa-penat wat keje tu, berehat sebentar sementara keropok tu ada lagi dalam peti dan Pagi tu sesaja nak alas perut wat Cucur Udang-kecil serta ada Tempat Proses Makanan satu lagi tengah wat, Nugget Corbia..Corbia tu nama genus untuk Haruan Tasik (tak silap la...)
Dan semestinya, menggunakan Sos Cili Salak!!
(Rasa dia lebih kurang Sos Cili Thai tapi kurang pedas...Sesuai untuk budak-budak...)
Sos Cili Salak yang sudah siap di proses, di pasteur dan sedia untuk promosi/jualan
Jus Salak yang siap di proses dan pasteur untuk tujuan Promosi/Jualan
 Ok. Dah takde lagi report semasa praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang perlu dilaporkan dalam Blog aku lagi....
Nak gi sambung panjang bumbung umah nak cantas pokok bunga kertas yang menjalar naik ke bumbung...ishk! mendung nak ujan la plak....takde-keje-cari-keje...huhu~ 
Penat gak mengadap laptop duk design website untuk company veterinar ni...hehhe~ Poyo!
p/s: Baru-baru ni ada kuar Iklan Vacancy di MARDI..Ada gak isi beberapa jawatan, terutamanya Pegawai Penyelidik...AMIN!! Harap ada la rezeki..Korang pun doakan yer...Ramai2 doa, tak tahu yang mana makbul kan....Sebab tu bila jemaah berdoa, kita aminkan....

Posted on Ahad, November 21, 2010 by ismiqbal

7 comments

19 November 2010

Setelah 2,3,4 hari panas terik menyejatkan air dari seluruh sumber dan permukaan air di Kuala Terengganu aku ni, Akhirnya Awan tidak mampu lagi menampung kepadatan wap-wap air yang terkumpul.
Hujan mulai lebat di Kampung, Kuala Terengganu ni.
Kalau hujan-hujan biasanya biasa kita dengar manusia menegur,
"Best tido ni...."
 
Source : Google
Kalau kita tidur, jadi masa mana yang bestnyer? Sedangkan tidur itu mati sementara. Kita hanya hanyut dibuai mimpi indah yang menggalakkan kita tidur lebih masa. Padahal kenikmatan bermimpi itu hanyalah khayalan semata-mata. Sedangkan kita hidup di Dunia nyata.Realiti. 

Di dunia Nyata yang realiti ini yang memberikan kita kenikmatan yang sebenar. Kita berupaya merasai dengan segala deria. Tidur hanyalah merehatkan badan yang kepenatan. Bukan menikmati hidup dengan tidur

Jadi, di kala hujan tengah lebat ni, 
Aku bersyukur mampu mendengar titisan air yang turun ke bumi. 
Aku masih dapat bau udara yang segar memenuhi dadaku.
Aku masih mampu merasa kedinginan udara yang menyentuhi badanku.

Best masa hujan bagi aku ialah, Aku masih mampu menikmati setiap detik di kala Hujan sementara badan aku belum mengisyaratkan kepenatan.

Posted on Jumaat, November 19, 2010 by ismiqbal

9 comments

 Macam biasa Aku ingin memperkenalkan ahli penghuni akuarium aku yang terbaru. Semasa jejalan kat Pasar tani pada suatu pagi hari sabtu hujung minggu di Terengganu ni. Aku mula mencari edisi penghuni baru akuariuam selepas Massacre oleh The Puyus yang Carnivorous tersebut. 

Sedang tertarik kepada Cik Blue Betta Splendens yang comel berwarna menggodaku, Aku terdengar pembeli sebelah berkata, "Nak lampam mas ni..". Aku pun tengok ikan lampam tu agak menarik gak lak. So, Aku berjaya memilikinya Sepasang. Lupa lak brapa ringgit seekor dan update dalam Facebook status dulu. Malas nak cek lak.
Ini adalah pic Sepasang Lampam Mas (Bukan mirror image yer...)
Menurut Mr.Wiki bagitau, Ikan jenis ni leh hidup 8-10 Tahun.
Ikan ni memang mempunyai gaya hidup berkumpulan. Kalau dalam akuarium, nampak diorang slalu bermesra-mesra tanpa segan malu.

Scientific Name : Puntius sp. (Puntius Schwanenfeldii / Barbonymus schwanenfeldii)

English Name : Tinfoil Barb
Malay/Local Name : Lampam Jawa/ Lampam Sungai / Lampam Mas
(Ref : Nama saintifik ikan air tawar)

(* tak pasti lak kenapa Ikan Lampam ni boleh berubah menjadi warna camni? Adakah ia kategori albino? Atau genetically modified?)

"The tinfoil barb is an active, peaceful species that spends most of its time in the mid-level and bottom of the water. A greedy eater, it will attempt to fill its mouth with as much food as possible during feedings. In captivity, it will eat almost anything provided to it." -Ref : Tinfoil Barb-

Posted on Jumaat, November 19, 2010 by ismiqbal

2 comments

18 November 2010

 Hari Raya Aidiladha semalam 17/11/10, lepas jer Solat Sunat Aidiladha dan menikmati "Brunch"..Mama kata dia ada wat korban/aqiqah...Sembelihan berlaku di tapak perkarangan Masjid Kampung
 Aku macam biasa macam tunggul kayu yang berbaju melayu merah jer...takde sape yang perasan aku kot...
So, aku cuma amik gambar & video jer.
Merebahkan Lembu untuk dikorbankan. Macam takut-takut jer lembu ni coz dikerumuni oleh orang ramai yang kelaparan.
 Proses melapah kulit
Penamatan riwayat seekor lembu berwarna putih di perkarangan masjid, Sembelihan dimulakan dengan nama Maha Pencipta. Menghalalkan dagingnya untuk permbahagian kepada mereka yang layak. Sembelihan yang mengeluarkan darah-darah daripada terkumpul di dalam badan lembu. Mengelakkan pengumpulan bakteria yang mungkin memudaratkan pemakannya. Itulah HIKMAH SEMBELIH di sudut saintifik.
 Korang pernah nampak tak logo "K.O" yang tanda "X" sambil senyum terjelir tu??
So, dapat bayangkan kenapa icon "K/O" camtu???
Dah habis melapah, mula bahagi-bahagikan bahagian supaya senang untuk mengasingkan daging, tulang dan organ-organ lain.
Ni jer yang 'extra' dari hari biasa.. Selepas-selepas tu hariku berjalan seperti biasa.

Posted on Khamis, November 18, 2010 by ismiqbal

8 comments

Cerita Kreatif Ben Ashaari kembali lagi dan episod kali ini memaparkan :
Blogger Kering Idea???

"Sekering Botol susuku?"


Atau sekering baby sandwich burger patty ni?


Kering Idea? Nampak sangat aku ni memang kering idea. 
Kering idea ni memang tak pilih bulu, tak semestinya anda nampak cengkeding , walaupun secomel-comel dan semontel-monte anda tapi kering idea?? Maybe....


Kalau dah rasa kering idea tu, Jom pekena water-baby-melon! Biar kering kontang, jangan kering tekak....!!


"Kalau kering lampin leh la enjoy2, kalau kering idea????"


Walaupun kering idea, muka kenalah maintain comel, takde lah orang tau kita tengah kekontangan idea ni..
Smile~~Smile~~Smileee~~~ Smileeeeee~~~~~~~


Kalau dah kering idea, jangan nak tunjuk-tunjuk orang lak..
"ko kata aku hitam,
Ko pucat macam mayat,
Idea ko kontang,
Pepandai lah meng-ayat!"
p/s: tarikh tutup malam ni yer...En.Ben kan Mr.Cinderella..Cukup sampai 12.tengahmalam 18/11/2010 sahaja yer....

Posted on Khamis, November 18, 2010 by ismiqbal

18 comments

17 November 2010

Sementara update pasal Lembu yang dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ni. Meh IX cite pasal Ikan akuarium ;
IX beli 3 ekor Silver Angelfish sebagai konon-konon Batch kedua akuarium la semenjak Carnivorous The PUYUS tu...Tapi sekarang tinggal sekor jer. Garang btol Silver Angelfish sekor yang survival ni, kesian Arwah Angelfish yang meninggal akibat dibuli...huhuhu

Sementara meratapi pemergian Angelfish tersebut, Sudikan diri baca pasal Angelfish ni di LINK SINI
Common Name: Freshwater Angelfish
Scientific Name: Pterophyllum Scalare
(Greek : Pterophyllum ="winged leaf" and Scalare = "like a flight of stairs", )



Posted on Rabu, November 17, 2010 by ismiqbal

1 comment

16 November 2010

Kematian bukanlah penghujungnya kerana masih ada perjalanan  yang perlu ditempuhi, hanya bekalan yag kita kumpul di dunia ini menjamin perjalanan kita di alam barzakh.
Mengejutkan apabila adik praktikal bersama di Stesen MARDI K.Terengganu tu mengkhabarkan bahawa salah seorang staff MARDI, EN.Ghani telah meninggal dunia jam 9.30 pagi tadi akibat serangan sakit jantung.

Masa praktikal kat MARDI K.Terengganu dulu sempat juga meluangkan masa dan kerja bersama En.Ghani, Terutamanya untuk Program KPI (Key Performance Indicator) eKASIH.
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. 

AL FATIHAH

Posted on Selasa, November 16, 2010 by ismiqbal

2 comments

15 November 2010

Pic pada 4 Nov 2010, out-of-date btol aku update blog ni, tapi cite sentiasa HOT FROM FINGERTIPS!
Kat kampung aku baru kedengaran KES DENGGI. Menurut Mama, ada la 1,2 orang yang masuk Hospital coz KES DENGGI kat kampung ni. Masa ni lah Pejabat Kesihatan mula amik perhatian.
FOGGING! 

3,4,5 Kali gak diorang fogging kawasan rumah aku, coz budak yang kena denggi tu di kawasan kejiranan kampung gak. Jiran ialah 40 buah rumah di sekitar.

Memang nampak Spooky btol ngan Fogging ni, memang tak dapat lari mana dah, terperangkap dalam kabus (leh jadi idea MONOLOG ni....hahha!)

Pape pun, walaupun tiada KES DENGGI berlaku di kawasan anda, TETAPLAH KENA BERSIHKAN KAWASAN PERSEKITARAN supaya bebas daripada serangga seperti nyamuk dan haiwan yang mungkin memudaratkan serta mengganggu ketenteraman hidup anda.

p/s: Pokok bungan kertas tu la yang aku panjat sampai naik atas bumbung potong sampai calar-balar skali coz nak elakkan tersangkut ngan wayar elektrik.

Posted on Isnin, November 15, 2010 by ismiqbal

1 comment

13 November 2010

Pagi tadi aku berjaya menghadirkan diri ke MTeST KPLI untuk kali ke dua bagi Pengajian Sains SJKC. Pagi tadi aku bangun awal daripada biasa, setelah menyiapkan diri fizikal dan mental, Engine Started! Go!!
Menuju ke IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, 21020, Kuala Terengganu. Agak sesak jugak ngan para calon ni, terutama apabila ingin menyemak tempat kedudukan untuk dalam dewan.

Bagi aku, kali ini sistem peperiksaan agak tidak sistematik (berusaha menyusun ayat...) berbanding kali pertama MTeST dulu. Jadi, banyak masa terbazir hanya ingin menyemak, tandatangan dan mengetahui tempat duduk.

Masa kat sana, terjumpa ex-senior aku tapi dia amik J-QAF, lulusan Mesir la katakan..Aku Terengganu ni jer.., (masa 1st MTeST dia ada gak), Kawan BeST dan Mak Saudara aku yang sebaya (sekelas ngan mak sedara masa Darjah 3 dulu). Kali ini MTeST berjaya aku tempuhi dengan tenang dan yakin. Soalan yang di jawab walaupun ada 2,3,4,5,6 soalan yang kurang pasti TAPI jawapan kali ini lebih yakin. (tak la macam dulu yang merapu-meraban skali coz tak tau jenis soalan...)

Masa : 2 Jam 30 Minit
Bahagian : 5 Buku Soalan (30 Minit setiap Buku)
Buku A : INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) (135 Soalan)
Komen : Walaupun 135 Soalan, Soalan yang dikemukakan lebih kurang soalan kaunselling, sahsiah la. Jawab dengan spontan yer. Tak perlu dilemma.

Buku B : Kuantitatif (30 Soalan)
Komen : Soalan asas Matematik katanya, dah la aku ni jenis lemah Math, tapi berbanding dengan MTeST pertama, aku berjaya menjawab dengan cool down jer..Cuma satu soalan jer yang aku shoot coz kelemahan mengira aku sendiri. Huhu~

Buku C : Bahasa Inggeris (25 Soalan)
Komen : Bahasa Inggeris aku pun still lemah lagi, tapi still dapat manage jawab semua soalan dengan cool down ice-ice baby ^__^

Buku D : Analitikal (20 Soalan)
Komen : Alamak..analitikal ni tak ingat lak soalan camne, tapi ikut huraian dia untuk uji keupayaan analitikal dan logikal.kalau teringat update la...

Buku E : Verbal (25 Soalan)
Komen : Yang ni kiranya soalan Bahasa Melayu Ilmiah la. Kena padankan kesamaan ayat, kefahaman teks. Bahasa Melayu kalau ikut Tatabahasa ni memang confuse skit. Percakapan harian kita pun bukan ikut Tatabahasa kan.

Kesimpulannya :  Kali ni aku cool down as always sokmo gitu...

INGAT :  
03 DISEMBER 2010 NI TARIKH UNTUK CALON-CALON MTeST NI SEMAK KEPUTUSAN YER!! SELAMAT BERJAYA!!
KLIK SINI UNTUK KALENDAR AKTIVITI KPLI JAN 2011





Posted on Sabtu, November 13, 2010 by ismiqbal

8 comments

12 November 2010

 Entry lepas aku tulis pasa ikan puyu ni 'ter'paksa di tamatkan riwayat akibat terlalu agresif dia dalam akuarium. Bukan aku yang letak dalam tu..huhuhuhu. Kali ni aku cite apa terjadi kepada ikan-ikan puyu tersebut selepas meninggal. Jeng! jeng! jeng!
 
 Sila lihat sebelah mata yer....tak pun melihat jangan guna mata.

 Dah lama aku tak guna 'dissection set' ni..So amik kesempatan la bedah puyu ni. Ada sekor puyu tu betina kot, dah besar dah, telur dia ke tu? huhu~ Sian kan...Meninggal bertelurkan sulong....Pasni jadi Puyu Pontianak kah????
Ohhhh Tidakkkk! 
Aku tak tau camne dan sape masak ikan puyu ni, aku cuma bedah jer...tak sanggup aku makan ikan puyu yang brutal ni....huhuhu~

Posted on Jumaat, November 12, 2010 by ismiqbal

3 comments

11 November 2010

Quick Posting..Quick ker?? Kali ni saje nak share kenapa Aku edit gambar dulu sebelum postingkan dalam Blog. Kalau Gambar tu ihsan Google lain citer lak..

1# Rujukan - Gambar pun kenalah ada rujukan gak, mana tau tu gambar kita amik sendiri ker, gambar orang lain ker, gambar dari internet ker? (stop! ehhh..kenapa rasa laju jer aku taip ni..wahhh! Prasan kan....korang bukan tau pun....)

2# Promosi - So, dengan rujukan gambar tu pembaca dapat tau la sumber Gambar tu, Kalau gambar tu hasil sendiri, lebik baik la letak 'watermark' sebagai tanda dan juga sebagai promosi blog.. Korang pernah search picture dalam internet kan. Bila kita copy gambar tu gak ada skali URL dan gambar tu pun tau la siapa yang punyer. SKit sebanyak promosi gak Blog kita kan.

3# Kecilkan Saiz -  Aku biasanya edit guna Adobe Photoshop ni kira leh kecikkan saiz, Kalau guna Kamera Digital tu setiap gambar saiz 1MB ke atas, (kalau gua DSLR?? Wahh! Kalau kamera Phone 3,4,5MP pn lebih kurang gak) nanti nak upload lambat lak, so, Aku kecikkan saiz gambar ni, tak lah lama tunggu.. Lebih-lebih kalau line slow.

4#Fokus - Biasanya aku amik gambar mestilah ada benda yang nak fokuskan, so, aku try edit untuk SERLAHkan lagi objektif letak gambar dalam Blog ni...

5# ...ermmm....dah habis kot..kata quick-post....huhuhu~ Spontan!

Posted on Khamis, November 11, 2010 by ismiqbal

2 comments

Hhuhu~ Aku tak dapat pergi ke Premiere Screening of Skyline yang berlangsung Semalam 10 Nov 2010; 9.00 Malam kat Wangsa Walk. Sedihnya..Aku memang berhajat nak gi ni tapi apakan daya, macam mana lah aku terlupa cek jadual KPLI tu. 13 Nov ni ada Ujian MTeST! Wish me luck la yer! Kena lah korbankan untuk sesuatu yang lebih penting. Nasib la ada orang tolong wakilkan aku..Tak lah kena banned dengan Nuffnang ni (Dapat tak souvenir dari Nuffnang??? huhu~). Mana lah tau kan pasni dapat Invitation Premiere Screening Nuffnang lagi dan masa tu aku free-to-go ker...


Thank You for Attending Premiere Screening of Skyline
From:
Nuffnang
To:homosapiensz@yahoo.com


Blog Kit - Skyline.zip (1456KB)

Dear Nuffnanger,

Thank you for attending the Nuffnang Premiere Screening of Skyline!

We hope that you've enjoyed the Alien Invasion last night. Some of us are now in fear of our brains leaving our body. :-/

Please find an online press kit for Takers attached with this email, which would be helpful should you wish to review the movie.

Once again, thank you for attending the screening and we look forward to seeing you at other Nuffnang screenings in the future. :)

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

P/S: Since aku tak dapat pergi, tak dapat la nak review cite ni..huhuhuhu~ Nanti cari gak la cite ni...downloading.....

Posted on Khamis, November 11, 2010 by ismiqbal

1 comment

10 November 2010

nak testing je ker??? (ini adalah soalan)

Answer here

Posted on Rabu, November 10, 2010 by ismiqbal

2 comments

 Hari Khamis 28 Okc 2010 merupakan, 2nd last day aku praktikal di MARDI Kuala Terengganu ni. Hari Khamis ni macam biasa ada bacaan Al-Quran dan pengumuman skit, kiranya ni perjumpaan mingguan la. Dan pada hari tu gak selepas perjumpaan tu ada Ceramah Keselamatan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat




 Selepas jer ceramah dalam lebih kurang 2 jam tu, kenalah tunjuk praktikalnya lak.. Selepas jer makan pagi, demo pengendalian pemadam api bermula.
 Tu lah rupa Pengarah MARDI Terengganu bila nak padam api kalau nak tau..hehhe
Yang ni bukan pengarah yer... Naib Pengarah kot...


Ok dah habis dah....hehe..tak banyak tulis pun. Takpe lak.korang tengok jer gambar-gambar tu faham la citer dia erk. Cuma nak bagitau Ceramah Keselamatan Kebakaran jer..


Posted on Rabu, November 10, 2010 by ismiqbal

2 comments

08 November 2010

Semalam cek Kalendar KPLI Ambilan Januari 2011 ni katanya 08 Nov 2010 dah boleh Semak Panggilan Ujian MTeST  KPLI-SR ni. Semalam dah tido jam 4.00PG lebihTut-tut kul 10.00PG lebih-lebih tadi Semakan Panggilan MTeST dah Kuar..!!!

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 (08 November 2010 - 13 November 2010)

 
 Klik la kat Gambar tu untuk Semak Panggilan Ujian MTeST yer..Klik la memana leh klik. Aku attach skali link dia!!


 Syukur Alhamdulillah aku dapat menduduki Ujian MTeST buat kali ke dua. Doakan kali ini aku berjaya yer.Amin! Menjadi seorang pendidik! Kali ni amik Pengajian Sains SJKC.
http://kpli.moe.gov.my/mtest11/

Posted on Isnin, November 08, 2010 by ismiqbal

3 comments

04 November 2010

Tanggal 31 Oktober 2010 genaplah 3 Bulan IX menjalani praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu (Bermula 01 Ogos 2010) di bawah seliaan Puan Hajjah Che Rahani Binti Zakaria, Pegawai Penyelidik Prinsipal Stesen MARDI Kuala Terengganu.

Banyak benda baru yang IX belajar di bawah seliaan beliau, kebanyakkannya teknologi makanan seperti membuat mee kuning, kordial, jus buah, halwa, membuat design label dan lain-lain la...
Sepanjang praktikal di sini telah 'trigger' IX untuk menjadi seorang Usahawan ^__^V Aminn!
Tidak lupa juga staf-staf di sana yang banyak memberi tunjuk ajar, pengalaman dan detik-detik yang berharga kepada IX dan pelajar-pelajar praktika; Nazri, 
En.Khalid, En.Ghani, Kak Ani, Kak Ti, Hajjah Rahani, Haji Hassan, Pak Yunus, Pak Rahim, Pak Jat, Khairi, Khairul dan semua staf di Stesen MARDI Kuala Terengganu..Sob~Sob~~Sob...

Sudah2!! tak dapat tahan kesedihan ni.....Huhuhuhuhuhuhuhu.....

p/s: Kalau bukak Butik Online ok x?? AN Alamanda \(^__^)/

Posted on Khamis, November 04, 2010 by ismiqbal

9 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll