27 Julai 2010

Sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke-23 pada 9 July 2010 lepas....Aku dengan ini menghadiahkan untuk diri aku sendiri ikan hiasan yang cantik ni...lebih di kenali sebagai "Swordtail Fish"
(siapa lagilah nak bagi hadiah untuk aku ni kan...besday celeb aku blom habis lagi sampai 31 July ni...AHAHAH!!)


[Apabila aku search internet pasal "Swordtail Fish ni, baru ku tahu rupanya kesemua ikan aku beli di pasar tani adalah jantan..sesama Jantan Fishy ni tak 'ngamm'..akan berlaku persengketaan..Jantan & Betina "SwordTail Fish" dibezakan dengan 'anal fin' ikan...Jantan lebih kecik & tajam..Betina lebih lebar ]

Aku beli "Swordtail Fish" ni pada 10 July 2010 di Pasar Tani berhampiran perpustakaan Terengganu tu..RM5 untuk 6 ekor(s) tapi....(nanti la 'tapi')
masa 10 July ni kebetulan aku gi amik adik aku (darjah 3 baru) kat jeti P.Redang berhampiran Taman Syahbandar coz dia 'follow' ayah aku untuk program penyu kat P.Redang weekend tu...Bot dari P.Redang memang sampai awal.

Aku kuar dalam jam 8.00pg..Sebenarnya dah janji dengan blogger ni untuk jupe dalam kul 9 lebih la..(coz dia nak belanja aku utk birthday aku!). Selepas amik adik aku..tetiba jer rasa nak makan KFC ..(dah lama tak makan KFC kan..mengidam lak...)
ishkk! air apa menitik kat keyboard ni!! 18SX btol la Mr.HS ni...air liur aku rupanya...meleleh-leleh lak air liur taip2 pasal KFC ni)..
Aku pun terus gi KFC 24 jam di Batu Buruk..(adik aku 'follow' jer coz memang aku kena bayar pun...).
Nak tunggu Blogger terhormat tu lambat lak..Lepak di KFC jap..tak ramai orang pun awal2 pagi ni..(tak sampai 5 orang customers)

Then, aku & adikku pun gi lepak2 kat Giant dulu tetiba SMS dari Y.A.B Blogger telah tiba...Aku sebenarnya masih kenyang makan kat KFC tadi tapi orang nak belanja kan..rezeki kenalah di sumbat..makin maju 'millenium' dah perut ni..so, kami gi McD 24 jam berhampiran tu jer...Lepak2,, bual2 antara bloggers & friends...Ni kali pertama kami berjumpa sepanjang perkenalan di Blog...Alang-alang tinggal di Terengganu tapi takde masa nak jupe...

Memperkenalkan Yang amat berhormat Blogger terhormat yang sudi belanja & menemani Blogger Birthday July Boy, Cik Yana (Miss Yana)!! (sorry..Blog beliau hanya untuk VVIP sahaja yer..). Terima kasih yang tak terkira Cik Yana coz sudi memenuhi aktiviti Jadual Birthday Mr.HS yang ke-23 ni...Moga Cik Yana sentiasa hepi sentiasa..Amin!


[Gift from Mr.HS to Cik Yana]
Couple Keychain
Very LIMITED Edition..Only this pair in whole time!

Berbalik kepada my Birthday "Swordtail Fish" ni..Selepas kekenyangan ni, balik umah terus curah dalam akuarium bersama ikan Guppies..tapi sedihnya, beberapa hari kemudian aku dapati seekor daripadanya mati, kemudian selepas balik je dari Shah Alam, Mam & abang aku bagitau lagi 4 ekor mati..Huhu! Poor my "Birthday Fishy'..Nasib la ada sekor yang dominan ...kesian lak Fishy tu sekor2, aku pun cari la "pengantin2" fishy ni...lagi 2 ekor "SwordTail Fish" betina sebagai teman hidup Fishy dalam akuarium bersama Family Guppies yang dah beranak pinak dah...(aku pun turut membeli 2 ekor Guppies betina yang lebih menarik)


Female & Male SwordTail Fish
[Photo from Google]

http://www.aqua-fish.net/show.php?h=swordtail

Posted on Selasa, Julai 27, 2010 by ismiqbal

7 comments

26 Julai 2010


Tak pasti la bila masa 'cuties' ni ada dalam umah aku...tetiba je nampak 'cage' hamster..Pastu nampak lak adik, mama, abang aku berkumpul dekat 'cage' tu..
TADAA!! Our new family members!!

 
(Male & Female)


Kesian kat hamster Teddy Bear a.k.a Long Haired (Angora) Hamster ni coz di kacau oleh aku untuk amik gambar2 ni.
(masih tiada nama dalam 'surat beranak' lagi....)


Hamster ni kan kategori 'rodent' so, biasanya diorang aktif pada waktu petang /malam....Since aku kacau waktu tido diorang...aktif kejap...yang bersaiz besar, fluffy, manja ni adalah Jantan/Male...Yang Betina/female bersaiz kecik skit, agak garang, dan suka berbunyi (sound normal to female???)


Susah btol nak tangkap gambar 'cutie' ni...Nasib la ko 'fluffy'..
 
Longhaired Golden (Angora) Hamster
Mesocricetus auratus
Photo © Animal-World: Courtesy David Brough

p/s: dah tau nama leh la google untuk info yang lebih.....

Posted on Isnin, Julai 26, 2010 by ismiqbal

10 comments

23 Julai 2010

Ni hasil daripada kumpulan aku yang 'join' Makmal Molekular Biologi bawah seliaan Pn.Rafidah Saadun & En.Zool Hilmi Ibrahim dengan bantuan dua pelajar praktikal daripada UiTM Shah Alam, Husna & Sue



Aku 'try' terangkan camne proses analisis protein ni berjalan (setakat pengetahuan aku jer..)


Yang ni dari Makmal Mikologi (Mycology (from the Greek μύκης, meaning "fungus"). Dalam "test tube" tu terdapat kulat (fungi) yang telah di kenal pasti spesisnya.
(group aku cuma melawat makmal mikologi ni sementara tunggu gel mengeras)


Dua orang student praktikal sedang meng'extract' daripada fungi tersebut, di hancurkan bersama nitrogen cecair. (fungsi: tak tahu)

Dalam makmal molekular biologi kami, sampel telah di sediakan. Jadi kami hanya menjalankan analisis kehadiran protein dalam sampel tumbuhan (Temugiring, Temuputih & etc.-tumbuhan kategori halia, lengkuas, kunyit camtu la-)

Proses ni di kenali sebagai SDS-PAGE (Sodium Dodecyl (lauryl*) Sulphate Polyacrylamide Gel Electrophoresis)
Tujuan: untuk linear(samakan protein kepada bentuk sama) & cas yang sama


Mula-mula,Penyediaan resolving (bottom) gel (10%APS+30%acryamide+Tris Base buffer+TEMED+20%SDS +lupa lak)
Semua mengikut sukatan yang telah di tetapkan mengunakan micropipette.
Cermin electophoresis tu kena pastikan betol2 bersih dari sebarang habuk.
Setelah semua larutan di campur+di kacau, masukkan ke dalam electrophoresis cermin tu dan biarkan ia mengeras (biasanya dalam 30 minit)


Masukkan larutan dengan berhati2 supaya tiada buih terbentuk
(letak n-butanol untuk meratakan permukaan gel & menyingkirkan buih yang terbentuk)


Setelah bottom gel mengeras, wat top gel lak bersama dengan comb untuk wat 'telaga' bagi mengisi sampel nanti.

Bila sampel dah di isi ke dalam 'telaga' tersebut, masukkan dlm electrophoresis menggunakan 200volt constant selama lebih kurang 30 minit (sepatutnya 1 jam)
Lama kelamaan, sampel yang mengandungi dye akan turun ke bawah & band protein akan terbentuk. Protein tersebut akan di rujuk bersama dye protein marker.


Gel tersebut di masukkan ke dalam Bio-Imaging System untuk scan gambar & kami pun 'present' la aktiviti kami dalam bilik mesyuarat tu.
Klu tengok kat gambar tu, yang ada nampak garisan2 tu menunjukkan sampel tu ada protein (sebab kami guna penanda untuk protein)

Bila dah kenal pasti protein tersebut, pastikan protein yang dikehendaki kemudian lalui proses western blot dimana antibodi protein di kehendaki akan bertindak balas dengan antibodi tersebut menunjukkan kehadiran protein itu dalam sampel.

contoh protein yang diorang hendak kenal pasti ialah Tyroxinase, iaitu sejenis enzim yang menggalakkan pembentukkan melanin (yang menyebabkan kulit gelap). Jika protein Tyroxinase di kesan dalam sampel, jadi sampel tersebut tidak boleh di gunakan dalam produk pemutihan (sampel tersebut dari makmal kosmetik..diorang nak wat whitening product.)

p/s: makmal ni mmg kena sentiasa sejuk coz ada peti yang -20 darjah celcius...fuhh

Posted on Jumaat, Julai 23, 2010 by ismiqbal

8 comments

18 Julai 2010

Masih ingat "Silver Plated Artistic Wire"?? (refer entry: Order Artistic Wire dari KL!)
Setelah mendapat dua 'order' daripada Lukman (my BEST classmate). Aku berjaya menyiapkan tempahan tersebut. (tapi tersalah wat 3 lak..huhu!)


White Seaglass Keychain : Code: A0001 [SOLD]


White Seaglass Keychain : Code: A0002 [SOLD]


White Seaglass Keychain : Code: A0003 [
SOLD]

p/s: These are my FIRST three (3) edition of my Seaglass Keychain Silver Plated Artistic Wire!

Posted on Ahad, Julai 18, 2010 by ismiqbal

10 comments

15 July 2010
PIKOM PC Fair kembali lagi di Terengganu, Bermula 15-17 Julai 2010 di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, Asia Tenggara, Benua Asia, Planet Bumi, Galaksi Bima Sakti (<--ayat biasa aku tulis masa zaman2 skolah dulu dalam biodata..hahha!!)

Aku sememangnya menanti-nanti PC Fair ni coz beberapa items aku nak cari. Aku pun mengajak kawan2 temankan aku."Jom gi PC Fair", Secara on the spot nya aku tnya mamat ejaq da c1over tu...

Kami bertiga janji nak jupe kat TTC tu lebih kurang jam 9.20 mlm (padahal aku janji kul 9 mlm..hahha!)

Usha punyer usha..survey demi survey, penuh rintangan terpaksa aku tempuhi, rintangan dari pengunjung, dan yang paling tabah aku hadapi, rintangan dari salesman/women yang nak promote....


Akhirnya items menjadi hak milikku..Cooler (RM8), USB Lamp (RM7), Mouse (RM18-asalnya RM20-), Mouse Pad (RM1)
Kini 'Aceron'ku mempunyai teman dah, Siap bela 'pet' mouse lagi.^_^V

Harga yang berpatutan untuk aku miliki.

Lepas je setel gi PC Fair, kami try makan kat T-Cafe (tak sure nama per), medan makan baru tepi Giant Kuala Terengganu. Kami bertiga; aku, Nazri & Ejaq da C1over lepak2 sana. Suasana/servis hanya leh RATE: 1.8/5 jer la...

p/s: Updated on bed at Hotel Laman Seri, Shah Alam \(^__^)/

Posted on Ahad, Julai 18, 2010 by ismiqbal

7 comments

13 Julai 2010

Pagi ni (13 Julai 2010), kami pelajar BEST di kejutkan dengan berita yang menluluhkan hati kami...Berita pemergian kawan sekelas kami; Norhayati Isa amat mengejutkan....
Hari ini merupakan kelas terakhir kami bagi program BEST (Biotechnology Entrepreneurship Special training). Tanpa disangka, sudah tersurat dalam Qada' & Qadar, hari ini juga merupakan hari terakhir buat Allahyarhamah
.

Hari ini merupakan hari penilaian program kami. Semua pelajar sibuk menyiapkan 'assigment' yang di beri untuk 'presentation' pagi ini.. Sekitar jam 9.00 pg tadi, kami di kejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah melalui panggilan telefon daripada 'classmate' kami.

Setelah menyiapkan 'assignment', kami terus bertolak melawat ke rumah Allahyarhamah. Kelihatan rakan-rakan sekelas sudah tiba di sana bersama Dr.Jaafar, Dr.Neelam & Kak Najihah (pengajar kami). Dr.Neelam membuat keputusan bahawa 'presentation' di teruskan juga pada tengahari tersebut.

Kami semua tabah menghadapi dugaan berita ini. Kumpulan Allahyarhamah juga kuatkan hati untuk 'presentation' kali ini.. Ini mungkin adalah hasil kerja terakhir Allahyarhamah. Allahyarhamah juga merupakan ahli kumpulan saya dalam satu 'assignment', saya amat senang bekerjasama dengan Beliau dengan komitmennya yang tinggi dan seorang yang amat rajin.

Setelah kelas terakhir kami selesai, berehat seketika dan kemudian kami bertolak lagi ke kubur Allahyarhamah yang baru sahaja di tanam, Kelihatan ramai pelawat menziarahi kubur beliau. Cuaca bagaikan meratapi pemergian Allahyarhamah.Mendung dan hujan rintik-rintik.

Sempat kami bersalaman dengan ayah Allahyarhamah sebelum berangkat pulang.


Pemergian Allahyarhamah memberi kesan kepada kami semua, Beliau merupakan seorang yang ceria, sentiasa gembira, suka mengusik, mesra dan komitmen tinggi.

Ketika ini kita gembira, gelak ketawa..
Mungkin esok ia tiada..
Hidup tidak sentiasa di akhiri dengan gembira
hanya kenangan yang gembira menjadi ingatan sentiasa
Nama yang pernah kita kenali,
wajah yang pernah kita tatapi,
suara yang pernah didengari.
usikan menjadi penyeri suasana.....
kini senyap selamanya......
semoga aman di sana..semoga bersemadi dengan tenang...
Al-fatihah buat Hayati Isa

(BEST classmate 2010 -28 Jun 1985-13 Julai 2010-)

p/s: Dalam masyarakat kita, istilah Almarhum di gunakan bagi kerabat raja..Sila ikuti penjelasan
Almarhum, Benarkah Sebutan Ini? ..
"Direct translate" kata nama untuk Almarhum ialah 'Orang yang mati'
(Kita hidup berlandaskan Agama, bukannya Adat semata-mata)
Thanx to Mohd Harief (FaceBookers/Blogger) yang share link ini & Sofi for some explaination....

Posted on Selasa, Julai 13, 2010 by ismiqbal

16 comments

09 Julai 2010

Sempena Hari Jumaat yang berbahagia ni...Aku nak ucapkan HAPPY MARVELLOUS BIRTHDAY [9 July] kepada Diri aku sendiri dan kepada Cik Aini, Encik Mikey
(yang share tarikh besday yang sama dengan aku )
Semoga kita di murahkan rezeki dan di panjangkan umur untuk menghadapi masa mendatang!!

[bila belek pic lepas2 jupe lak skecth time bosan aku...masa ni dapat MMS free!! Send MMS sketch ke my Buddy jer!! coz takde sape nk share..huhu]

Kita sambut Ulang Tahun Kelahiran ni adalah untuk mensyukuri nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa..Syukur ke Hadrat Ilahi bagi kita peluang untuk menikmati kehidupan yang penuh warna-warni ini....Dengan izin-Nya kita masih bernafas pada hari ini..(sudah 23 tahun dah!)


Sempena ulang tahun kelahiran ini juga mengingatkan kita bahawa usia kita semakin meningkat, dan juga masa kita semakin suntuk dalam menghadapi hidup di dunia ini...Kita mohon panjangkan umur supaya kita di bagi peluang untuk menikmati kehidupan mendatang..Semoga nikmat usia yang di kurniakan-Nya di guna sebaik mungkin..

p/s: celebration my 23rd birthday will update soon! Menikmati sisa-sisa hari bermulanya aku berumur 23tahun ni..!!!

p/p/s: tengah nk cat bilik...new birthday kena la ubah mood!! nak sambut besday kena la MOOD happy2...

p/p/p/s: walaupun kita keseorangan menyambut ulang tahun kelahiran ni...jangan biarkan diri kita bersedih..Tuhan kurniakan nikmat kehidupan ini kepada kita...Kita perlu manfaatkannya untuk diri kita sendiri...Jangan biarkan orang lain memberi kesan tak baik kepada kita...walaupun di hari ulangtahun kelahiran ini hati kita dilukakan..anggap je ia sebagai ujian.. kita...Jadikan ia sebagai Hari ulang tahun kelahiranPENDORONG untuk kita menjadi lebih baik di masa akan datang!!!
SELAMAT HARI LAHIR!!!

Posted on Jumaat, Julai 09, 2010 by ismiqbal

20 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll