26 Jun 2010

UALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

-- BERNAMA

Posted on Sabtu, Jun 26, 2010 by ismiqbal

4 comments

Pagi jumaat tadi aku terbangun merasakan tekak aku tak selesa,,pastu mula batuk2...Selepas je solat subuh aku sambung tido balik...berbungkus jer dalam selimut.....Hari yang tidak larat....

Selepas je solat jumaat, online jap pastu tido lagi...bangun dalam kul5 ptg gi mandi jap & makan panadol 2 biji selepas makan nasi sesenduk jer....huhu..

Kuarantin kan diri dalam bilik sambil layan Movie Korea "Grandma Gangster" sambil berbungkus sampai berpeluh2....Lepas isyak aku tertido lagi menanti jam 10.30 mlm untuk kuar makan KFC..(since takde lauk pun kat umah..huhu..siannya..)

Dengan badan masih panas lagi, kami pun gi KFC makan dengan kurang berseleranya...huhu..(paksa makan jer untuk alas perut...).

Ni baru jer makan panadol activefast...tak rasa ngantuk lagi since dah ''oversleep"...huhu...

p/s: dah hampir 4 bulan lepas since aku kena demam..tu pun coz keracunan ubat antibiotik + ubat lain....tgh berpeluh baring atas katil ni...kekenyangan makan KFC tak leh nak tido lagi...

Posted on Sabtu, Jun 26, 2010 by ismiqbal

7 comments

19 Jun 2010

13 Jun 2010
Keesokan harinya, selepas sarapan..aku main game SPORE jer (since aku bawak laptop ke sana..nanti balik jeti terus ke kelas.), Mama tengah kemas umah, Papa lak tengah masak & buat sandwich...


[Jeti Pulau Redang]

Sekitar jam 9.00 pg kami bertolak ke jeti menaiki motor...Kelihatan ramai pengunjung beratur menaiki bot masing2, kami pula sedang menunggu bot tempahan (telah di atur dengan bantuan 'pak guard' skolah Papa dapatlah harga tawaran RM25/perhead untuk ke Marine Park, Redang sahaja..)


[Taman Laut P.Pinang, Redang]

Dengan menaiki bot kecil lebih kurang 5 minit, sampailah di Marine Park,Redang...Adalah perubahan skit 'since last time i was here....'
Rehat kejap pastu adik bongsu aku dengan 'excited' nya ajak Papa 'snorkelling'..kemudian Mama, aku & adik pompuan bongsu aku turut serta 'snorkelling'..

Musim cuti sekolah memang di penuhi pengujung berkeluarga...Bak kata 'pak guard', snorkelling kang kick-boxing r""..since ramai sangat pengunjung masa snorkelling tu sampai tak sedar tertendang orang di belakang..


[Taman Laut P.Pinang, Redang]

Pesisiran pantai tu memang takde pape untuk snorkelling, hanya pasir & ikan biasa jer...so, untuk mendapatkan view snorkelling yang lebih menarik kena berenang ke tengah (tetapi masih dalam kawasan snorkelling)..barulah nampak batu karang berbentuk meja, bercabang2, nampak ikan warna warni...


Aku snorkelling mulanya bersama adik pompuan bongsu aku...kemudian Mama, Papa, Adik-adik bongsu & aku snorkelling bersama-sama...Aku memang tak selesa snorkelling dengan pakai life jacket (since aku suka berenang dan menyelam)..Life jacket hanyalah sebagai pelampung aku...jadi dapatlah aku 'Skin diving' (menyelam tahan nafas)..rasa lebih bebas dalam air.


[Taman Laut P.Pinang, Redang]

Adik pompuan, Mama & aku dah keletihan snorkelling, Papa lak layan kerenah adik lelaki bongsu aku jer yg 'over-excited' nak snorkelling....Setelah salin pakaian kering di surau Taman Laut, kami pun berehat di bawat pohon nyior sambil di ulit bayu laut...
Bertolak balik ke Pulau Redang (Pulau Utama) sekitar jam 2.00ptg.


Semua balik kepenatan petang tersebut, tersedar petang tu nampaklah Guru Besar & Keluarga tiba di kuarters tersebut (satu umah ngan Papa)..

Lebih kurang jam 5.45 Ptg, Papa membawa kami ke Pantai belakang Berjaya Beach Resort..
Suasana pantai di kelilingi bukit membentuk lagun yang sesuai mandi manda kerana air yang cetek...



[Pantai Berjaya Redang Resort]


[Pantai Berjaya Redang Resort]


[Pantai Berjaya Redang Resort]
Ketak batu yang aku berusaha tangkap..(hidup lagi tu..)

Aku pun turut mandi bersama adik lelaki bongsu & Papa...Mama & adik pompuan hanya lihat dari pantai dan batu.


[Pantai Berjaya Redang Resort]

Air di sekitar laut memang jernih, perlulah bawah goggle & snorkel untuk snorkelling di sini..Di tepian batu terdapat rumpai laut, jadi terdapat jugak ikan dan gamat.


[Pantai Berjaya Redang Resort]
Spesis gamat yang aku temui di celah batu...

Suasana semakin gelap, masing2 beransur pulang...

14 Jun 2010
Bangun awal pagi coz feri di jadualkan bertolak Jam7.00pg...Setelah kemas-kemas, kami bertolak ke Jeti untuk menaiki bot ke darat dengan kadar tambang yg sama kami perolehi (RM20 utk Dewasa, RM15 utk Kanak2)

Tertarik sunrise dari laut tetap diabadikan dalam photo....


Setibanya di Jeti, aku terus siap2 untuk ke kelas
BYE-BYE REDANG

Posted on Sabtu, Jun 19, 2010 by ismiqbal

14 comments

18 Jun 2010

12 Jun 2010
Tengahari tu sekitar jam 1.30 ptg, kami berlima bertolak dari umah ke Jeti P.Redang di Taman Syahbandar, K.Terengganu untuk beli tiket feri awal [Feri bertolak jam 3.00 ptg]...Papa dah beli tiket feri untuk 5 orang (4 dewasa -RM20 & sorang Kanak2- RM15 [bukan harga pelancong tp dengan mendapat harga tawaran maybe harga Guru])

Sekitar Jam 3.00 ptg, kami semua menaiki feri menuju ke PULAU REDANG! Perjalanan selama jampir 1 jam 45 minit bagaikan tidak terasa


[Taman Laut Pulau Pinang, Redang]

Setibanya di Jeti Pulau Redang..Kami menaiki motosikal yang ditinggalkan Papa secara bergilir untuk ke tempat penginapan kami iaitu Kuarters Guru Sek.Keb Pulau Redang

[Pantai Dalam, Redang]

Setelah berehat seketika di Kuarters, Papa mengajak kami ke Pantai Dalam, berhampiran Berjaya Redang Resort menaiki dua buah motosikal coz perjalanan agak jauh...
Suasana cukup menarik, pasir yang putih lembut bagaikan baldu, air yang jernih & persekitaran yang di kelilingi bukit bukau...


[Pantai Dalam, Redang]

Suasan menjadi meriah apabila beberapa keluarga mandi-mandi bersama...kelihatan terdapat sekumpulan belia mendirikan khemah di sini....dah ada juga mat moto di sini..haha!


[Taman Laut Pulau Pinang, Redang]

Dah penat mandi-manda, kami pulang ke kuarters & malamnya Papa membawa kami melawat 'pak guard' Sek.Keb.Pulau Redang...
nite

Posted on Jumaat, Jun 18, 2010 by ismiqbal

1 comment

07 Jun 2010

Demam Bola sempena Piala Dunia FIFA 2010 kini melanda seluruh dunia....Bagi rakyat Malaysia yang inginkan Jadual Piala Dunia 2010 Waktu Malaysia Bergambar (hasil usaha Torrent Jiwang) boleh muat turun link di bawah.





JWG Jadual Piala Dunia 2010 Waktu Malaysia Bergambar.rar

p/s: selepas 'download' kena 'extract' fail terlebih dahulu....

credit:
This Torrent file is tracked by Torrent Jiwang

http://torrent.jiwang.cc
- Private Tracker
- Invitation Only Registration

http://torrent.jiwang.ws
- Malaysian TV-Shows
- Official Jiwang MediaTeam Release
- Open To Public Registration

Posted on Isnin, Jun 07, 2010 by ismiqbal

6 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll