31 Disember 2009

[scheduled post]
12/31/2009
11:59PM


60 saat sebelum 2009 menutup tirai malam
60 saat sebelum 2010 membuka tirai pagi

Tahun 2009 yang penuh dengan kenangan manis dan pahit
2009 yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri

TARIKH PERIBADI
09.07.09 : Ulang Tahun Kelahiran yang ke-22.
15.07.09 : KOnvokesyen ke-7 UMT (B.Sc.Marine Biology)
09.12.09 : Interview Photographer (Walaupun xde study background tp skill photography aku di iktiraf dengan temuduga ni.)


TARIKH 2009 (yang "CooL")
09.09.09 : Suatu tarikh yang hanya wujub sekali seumur hidup
20.09.2009 : Hari Raya Aidilfitri
Jam 12:34:56 Tarikh 07.08.09

ISNIN
Tahun Baru Cina (26 Jan), Maulidur Rasul (09 Mac), Israj & Mikraj (20 Julai), Hari Merdeka (31 Ogos), Nuzul Al-Quran (07 Sept), Aidilfitri ke-2 (21 Sept)

JUMAAT
Hari Pekerja (1 Mei), Solat Terawih Pertama (21 Ogos), Aidiladha (27 Nov), Awal Muharam 1431 Hijrah (18 Dis), Krismas (25 Dis)

01 Januari 2010


Nota : Dapat new year present dari Mama~~ pencuci muka jer...

Posted on Khamis, Disember 31, 2009 by ismiqbal

8 comments

28 Disember 2009

Cuti-Cuti Terengganu kali ni yg di 'hos'kan oleh Mr.Homosapiensz yang hensem, cute lagi macho suka berjalan ni bertempat di
KOLAM AIR PANAS LA, BESUT, TERENGGANU.
Kali ni (21 Dis 2009,Isnin) Mr.HS dengan family+driver extra (coz x cukup transport menampung penumpang ;-D)
Bertolak dalam jam 10:50 Pagi bertolak dari umah dengan pakaian mandi+makanan+minuman untk picnic..Sekitar jam 1:00 ptg sampai kat Kolam Air Panas tu...coz jalan nak masuk sana penuh selekoh dan lembu 'trafik wat roadblock sana'..

SELAMAT DATANG KE TAMAN REKREASI AIR PANAS LA HOT SPRING, BESUT
(ntah bila lak start bayar 'entrace' rm2 ni....)

Air terjun kecik jer kat kolam air panas utama utk tatapan...


Dalam 45 minit pertama kami duk berehat2 jer dulu..'usha2' permandangan dlu..makan tengahari 1st round..ting!ting!
~~bebudak dua org tu jer yg 'over'excited' gi mandi kat 'stream' tu dulu~~

Berehat melepas letih di benteng aliran (stream)
DI SEKITAR/DALAM KOLAM AIR PANAS
Kolam Air Panas Utama..
(Memang panas..agak2 dlam 40-50 Degre's Celsius kot)
Bau di sekitar air panas ni agak tidak menyenangkan coz mengandungi sulfur (klu x silap ler..) menyebabkan agak x selesa untuk bernafas...
Nota : jangan terlalu dalam menghirup udara di sekitar air panas..

Kolam Air Panas ke-dua
(Agak kurang panasnyer coz aliran daripada Kolam Air Panas utama...kurang r dalam 10 Degree Celsius kot)

Baru boleh berendam menahan kepanasan air....
Panas ler jugak tapi lama-lama jadi terbiasa ngan suhu


Terdapat juga lumut yang mampu hidup di dalam air panas ni...
(agak2 camne le biologi lumut ni erk...? )


DI SEKITAR ALIRAN (STREAM) AIR SEJUK

Air cetek jer tapi sejuk gak...Masa ni duk cari tanah liat yang warna agak kebiruan pudar..

Tengok haiwan ni seakan-akan LALAT biasa jer yg duk hinggap kat jari aku padahal....Haiwan ni hisap darah macam nyamuk.!!!

Tak pernah tengok gak haiwan ni jadi aku biarkan jer isap darah aku..HAHAHA!! bila dah agak kenyang...

Haa!! Kang dah kena selam tapi degil gak haiwan ni...xnak mati2 so aku amik jer letak dalam botol bawak balik umah.....tapi malangnya.....
Aku terlupa lak nak tutup bekas tu..huu..habis jadi makanan semut.....sayap jer yang tinggal...huu...xdapat menjadi koleksi serangga aku....Too Bad!!


Scrollbox Code from KillerKiwi.net

Ahaks!! Sempat lagi bermain ngan lumpur yang berwarna kebiruan pudar tu...Aku sempat gak bawah balik lumpur tu..hehhe
~~coz dengar kata lumpur jenis camtu mengandungi kandungan mineral yg agak tinggi & baik utk kulit..hehe~~

On the way balik, terserepak dengan kemalangan yg terbalik lintang pukang ni.....
Dalam jam 07:30 gak kami sampai di umah....

Keletihan btol mandi air panas ni....



Posted on Isnin, Disember 28, 2009 by ismiqbal

16 comments

26 Disember 2009

Cuti-Cuti Malaysia dalam kalendar Disember 2009 di Terengganu
"Monsoon Cup 2009"
Terengganu. Malaysia


(Lupa lak bila 'event' ni....)

-Silalah layan gambar berikut-






"eh wau bule..eh wau bule....eh wau bule teraju tigo~~"
(eh wau bulan~eh wau bulan~eh wau bulan teraju tiga)

entah siapa ntah yg wat persembahan ni
(n aku x kisah..hahahha!)


Balik dah.....


Nota : wat masa ni xde 'feeling' nk blogging lagi...just update utk menghidupkan blog jer...huhu

Posted on Sabtu, Disember 26, 2009 by ismiqbal

6 comments

18 Disember 2009

Petikan Metro, Rabu, 16 Dis. 2009

Peluang saksi Gerhana Bulan 1 Januari depan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian Gerhana Bulan Separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari depan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Gerhana itu akan bermula dengan Fasa penumbra pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana yang jelas dapat dilihat ketika bulan memasuki bayang umbra bumi mulai jam 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi,” kata kenyataan itu.
Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di perkarangan luar Masjid Negara mulai 1 hingga 6 pagi pada 1 Januari. - Bernama

Posted on Jumaat, Disember 18, 2009 by ismiqbal

9 comments

15 Disember 2009

Pada suatu hari, seorang lelaki telah berkata, "Duit cek nuffang dah masuk dah....Jom!! Pizza ker McD ke KFC? Pizza jer x pernah mkn skali lg..."
Aku dengar tiada pertanyaan kepastiannya terus....JOMM!!!!!!!!!!!!!

Nak gi Pizza Hut kat bandar ke kat Giant?? Malas sgt nk g jauh2..singgah Giant jer ler....
(Nak complain skit..walaupun tahap kebersihan tahap A tapi xde ler A sgt bg aku...bagi B jer..xpn B+ jer....huhu....pelayan x mesra sgt...)

Sesiapa yg melihat silahlah melelehkan/menegukkan air liur anda coz memang aku sengaja bg korang terliur dengan gambar ni....

Pizza Super Supreme
(Memang amik yg utk 2 org...)
Aku x faham sgt ler Pizza ni..kata xde cheese pizza pe ntah...tp bila mintak tambah cheese ada la plak...x pasal2 kena charge extra-cheese...huhu


Dengan senyuman yg paling menawan & menggoda menikmati makanan free....

Terima Kasih Daun Keladi,
Pasni Belanja ler McD!!

Posted on Selasa, Disember 15, 2009 by ismiqbal

7 comments

13 Disember 2009

DIALOG TEMUDUGA AHLI FOTOGRAFI MUZIUM
(walaupun x sebijik aku jawab camtu..tp lebih kurang gitu ler...)
(panjang lak entry ni..huuuu...penat ler korang baca...Next entry ler letak semua pic tu..nak wat copyright dlu..hehe.)

(knock! Knock!....Aku buka pintu ruang temuduga menghala ker meja 'interviewers' -4 orang intrviewers..ada juga dari SUK [SetiaUsaha Kerajaan]-..)

Aku : Ini 'resume' & dokumen asal saya, ini pula hasil kerja, 'artwork' saya, ini softcopy artwork (sambil menghulur fail & cd kepada interviewers..)
Tuan#1 : ok..silakan duduk (aku pun berlalu duduk di kerusi di hadapan 4 org interviewers..)
Tuan#1 : Baik...Boleh awak kenalkan diri, ceritakan tentang pengalaman awak.
Aku : Saya Muhammad Ikmal Abdullah...Seorang graduan Sarjana Muda Sains Marin Biologi..Tiada pengalaman keje tetap dan sekarang menjalani latihan sementara di !@#$%^&*(&......
Tuan#1 : Di Universiti mana?
Aku : Universiti Malaysia Terengganu.Saya konvo pada bulan Julai 2009
Tuan#1 & Puan#2 : kursus apa?
Aku : Marine Biology...Biologi Marin..(aku kena ulang coz maybe interviewer tu x pernah dengar kot kursus tu..)

--Tuan#3 tu mula pasang cd artwork aku & tayangkan guna projector di sebelah kiri aku...satu demi satu gambar di tayangkan..dari reaksi Tuan#3 tu agak kagum dengan 'underwater photography' aku...Aku pun senyum jer ler...--

Aku : Ini gambar yang saya amik masa saya SCUBA semasa melakukan kertas kerja tahun akhir menganalisis populasi ikan di sekitar tukun tiruan di pulau bidong. Saya menganalisis menggunakan gambar2 ni..

----Interviewers tu cuma diam jer sambil mengisi 'evaluate form'...----

Tuan#4 : Jadi ni gambar kat Pulau Bidong la...
Aku : Ya..Gambar Pulau Bidong semasa saya buat kertas kerja tahun akhir.
Puan#2 : Jadi gambar ni awak amik guna kamera macam mana?
Aku : Gambar ni saya guna kamera digital biasa tapi ada 'cover' kalis air..-

--Aku pun kena ulang pasal kamera digital yg guna 'cover' kalis air tu pada interviewers ...Macam semua tu benda baru bg mereka...--

Puan#2 : kamera ni awak amik dari mana?
Aku : saya pinjam di makmal SCUBA masa kertas kerja tahun akhir.
Aku : Kesemua gambar yang saya amik menggunakan kamera digital biasa jer.....(walaupun kebanyakannya aku guna kaemra hanset Sony Ericsson aku 3.2MP jer..hihi)

---Diam lagi sambil diorang mengisi 'evaluate form'---

Aku pun bersuara dalam suasana senyap tu..
"Muzium ini juga ada Jabatan Maritim. Oleh itu sebagai Ahli Fotografi di bawah jabatan mengumpul maklumat, perlu juga mengumpul maklumat di bawah air dan di daratan untuk tatapan dan pendidikan....(huhu..lupa lak nak tambah tatapan pengunjung..Tuan#1 tu menyampuk untuk taman laut...huu..). Di Pulau Bidong juga ada Galeri bawah laut..(tetiba jer kuar galeri bawah laut..,hahhah)
Puan#2 : Jadi Awak amik Biologi Marin tapi mintak jawatan ahli fotografi...boleh ker?? Kang awak kerja x lama kang....
Aku : Saya MEMANG minat dengan fotografi sebab tu saya mintak kerja ni...(dengan nada agak tinggi....). Memang Impian saya untuk menjadi JURUGAMBAR BAWAH LAUT DAN DARATAN YG PROFESSIONAL...!!

Tuan#4 : Woooo....bawah air...atas air...dua2 boleh....

--Slide gambar terus di tonton satu persatu...Ada gambar yang menjadi perhatian interviewers..ada yg jadi pertimbangan..

Tuan#4 : "Ni gambar original ker edit???"...--
Puan#2 : Ganas gambar...(dia cakap slow jer tp aku tetap dengar dan terus senyumm....)
Tuan#4 : haaaa!! gambar pinnakote....
Tuan#3 : nape??
Tuan#4 : Pinnakote....mu kenal x pinnakote...??? (Tuan#3 tu geleng jer kepala sambil tersenyum)

---Diam lagi...diorang terus mengisi 'evaluate form'....----

"Walaupun saya tiada pengalaman dan basic yg formal..tapi saya ada bakat dan kemahiran dalam bidang fotografi.."

--slide terus berjalan...tetiba ternampak ler gambar yg aku edit letak alamat BLOG aku..terus aku menyampuk di kala kesenyapan--

"Homosapiensz.blogspot.com tu merupakan alamat blog saya..biasanya saya mengambil gambar dan letak dalam blog untuk tatapan pembaca..."

---Bila sampai kat Folder Editter...interviewers terus melihat gambar yg aku edit..---

"Gambar yang di edit ni hanyalah untuk menunjukkan kemahiran saya dalam edit gambar...guna software photoshop..Biasanya saya edit gambar untuk banner blog saya, blog kawan-kawan...Biasanya saya belajar sendiri untuk mengedit gambar dan fotografi..."

---Mereka pun tengok ler yang mana menarik....(sorry ler x mintak izin header blogger yg terlibat...To Sofi, Iema & Erika....header korang menjadi tatapan interviewer..)---

Tuan#1 : Jadi kalau awak jual gambar dalam internet laku ker??
Aku : Saya yakin..laku..

---Diam & macam biasa mereka isi 'evaluation form'---

Tuan#1 & Puan#2 : Ok...terima kasih....
Aku : Terima Kasih..

(aku pun berlalu keluar dengan puas hati...aku dah menjawab semua soalan dengan yakinnya..sambil tersenyum..bersalam2 dengan penjaga & calon lain...terus berlalu pulang..)

This is what i call, "Sell Yourself for a Job"

Posted on Ahad, Disember 13, 2009 by ismiqbal

7 comments

Sambungan Kisah 09 Disember...
Pada hari temuduga Ahli Fotografi Muzium Terengganu..
(Arini dah 13 Dis. ..bru update pasal 09 Dis yg paling bermakna buat aku tu....!!!)

Temuduga sepatutnya jam 8.30 PG...Lebih kurang jam 8 PG bertolak ke Kompleks Muzium..Amik masa dalam 15-20 Minit je naik moto...sampai sana kat parking motor tu ada ler 2 org nak temuduga gak...bertegur sapa jap...pastu kami berlalu ler masuk ke kompleks muzium..

Masuk kat ruangan menunggu tu lepas 'sign' senarai calon...huhu..kesemuanya ada 21 orang yg layak utk jawatan ni, manakala 15 org yg hadir utk merebut 1 jawatan Ahli Fotografi B27/28 Muzium Terengganu!!!

(Sebelum temuduga kena le rambut kemas..ni rupa aku yg dah 2,3 bulan x potong rambut...)

Tunggu ler kat ruangan tu..dah kul 8.30 PG ni..xde pape pun..tunggu ler situ ..menguapnya..pandang kiri kanan..jam 9.13 PG baru ler calon pertama (perempuan..) di suruh masuk..mula lah proses temuduga...sorang2 kuar ngan wajah biasa jer..xde le senyum sgt..
(Orang lain guna kamera DSLR..aku guna kamera digital & kamera handphone biasa jer)
Lupa lak aku no. brapa..maybe dlm no. 8,9,10 kot...dalam jam 11 PG aku pun masuk ruangan temuduga...

(HAhhah..memang aku nekad potong sependek yg mungkin...Macam ni le aku gi temuduga.)

NOTA : Panjang lak entry ni...next entry aku letak DIALOG semasa temuduga itu berjalan....

Posted on Ahad, Disember 13, 2009 by ismiqbal

3 comments

12 Disember 2009

Kisah 09 Disember lagi....
Semalam dah 'wish' birthday pada 'birthday boy'.. Dalam Jam 6.00 PAGI aku dah bangun solat jap pastu terus 'online' (habit biasa klu bgn terus 'online'..tp aku 'online' coz nk baca skit pasal interview nnti...). Sesambil tu siapkan 'resume'..huhu..dah le x 'print' lagi..

Tetiba Pak Sedara aku datang (coz dia jaga nenek aku sebelah umah malam tu..)
Dia nak kejutkan abg aku tp ternampk ler aku & bertanya,
Pak Sedara : "Mal berani tangkap ular x?"
Aku : "Berani gakk...Ular nape? besar x?",...
Pak Sedara : "Kecik jer...anak ular sawa kot..."
(Aku pun terus ikut dari belakang gi umah nenek aku sebelah umah tu jer....pak Sedara tu tunjuk ler mana ular tu....)

Ni ler ular tu...x nampk mcm ular sawa pun....
Ular tu tgh berlingkar kat bucu dinding celah pasu...
Aku ngan selamba badak berendam jakuzi jer tangkap anak ular 'barehand' jer...

Nakal gak anak ular ni....HAHHAHH!! memang bermain ngn nyawa btol aku ni kan!! Giler2 gak aku ni...!!!
Dengan selamba & x kisah jer biar anak ular ni gigit jari aku...memang ler luka tapi x sakit pun..tgk2 ada darah skit...
Aku still wat x kisah....HAHAH!! Crazy rite??!! Yeahh!! i know i am!!!

Klu skali tengok ada gak r rupa mcm anak ular sawa...tp aku rasa bukan ular sawa kot coz ada merah bawah badan dia ni kan...Lidah ular tu hitam lak...

Lepas jer tangkap anak ular tu, sebelum nak campak ke dalam semak..aku pun amik gambar2 kenangan skit...pak Sedara aku tengok jer dari jauh jap..geli katanya...hehhe..Papa pun baru je balik dari masjid...Tunjuk ler kat dier ular tu....
Well, macam biasa Papa x menunjukkan reaksi 'surprise' pn..senyum jer tgk aku pegang ular.hehhe

lepas tu terus campak ular tu dlm semak..aku pun siapkan resume & nak print lak...Oppsss...x install lagi printer tu..huhu....lambat lak nk tunggu..

Posted on Sabtu, Disember 12, 2009 by ismiqbal

5 comments

11 Disember 2009

Kisah yang berlaku 2 hari yg lepas...09 Disember 2009
Beberapa peristiwa yg aku nk wat entry utk arini....Oleh kerana peristiwa tu berlaku pada hari yg sama..aku pun nk update utk arini ler....bersedialah!!!

9 Dec's Eve...
Petang tu dlm kul 4.13 PM aku call Studio tmpt aku wat gambar pasport tu...jadi nnti bila turun bandar terus g amik pic yg dah siap....Opss..tnya lak diorg brapa kna caj klu cuci pic dari pendrive? Diorang kata 50 sen jer utk 15 keping ke atas..
so aku nk cuci 35 kepingX50sen = rm17.50..okler..

Masa g bandar sekitar 6.15 ptg, lepas g kat kedai gambar tu amik pic passport, terus cuci yg dari pendrive punyer (coz nk wat artwork folio utk interview esoknya..)...
Sejam lagi nak kena tunggu....


nak tunggu sejam tu kitorg gi cari kedai utk minum2, singgah ler Taman Syahbandar....
(lama sungguh aku x minum kat kedai ni...ada 2,3 bulan kot...biasa ler "Homeboy" jer.makan je kat umah lagi jimat n sedap...)

Sekitar jam 7.30 ptg, gi semula kat kedai gambar tu....lepas bayar baki, belek2 jap gambar...agak teruja gak aku coz smua pic tu memang menarik atas kertas foto tu....hahhah...riak lak aku....

Malam tu try study skit pasal2 photography, kamera, info pasal muzium tu..kot2 ler diorang tnya...nak 'burn' dalam cd softcopy tu xde software Nero lak....bersusah payah ler besday boy tu download..aku pun dah ngntuk giler...lentookkkkk!!

Pape pn TQ ler besday boy tolong aku ngn persiapan interview utk esoknya.....

Ada lagi citer menarik berlaku pada 09 Disember tu...

Posted on Jumaat, Disember 11, 2009 by ismiqbal

2 comments

06 Disember 2009

Hari Khamis yang lepas....
Baru sudah kekenyangan makan tengahari di RASAMAS guna kupon 20% daripada TM...
Sampai je rumah, Papa bagitau, "Ada surat temuduga hok Mal tu..."

Bila capai jer surat tengok kat sampul tu Logo Muzium Negeri Terengganu....
Lebih kurang 7 Bulan!!! AKu 'apply' masa Bulan 4 haritu lepas final exam!!!

TEMUDUGA JAWATAN AHLI FOTOGRAFI B27/28 !!!
Woww!!! My Dream job!!!
Untuk jadi Professional Underwater & On Land Photographer!!!

Temuduga 09 Disember 2009 ni...
(sama tarikh besday member aku tu..so, aku cuti ler aritu utk celeb besday dier...)
Jam 08:30 Pagi

Sekarang ni tengah keje biasa2 jer....
I want this Job!! x kisah pun gajinya brapa...asalkan dapat keje yg aku tersangat minat ni!!!

Masa bulan April lepas, aku ada wat 'entry' pasal MUZIUM NEGERI TERENGGANU (click) citer aku gi amik borang untuk isi jawatan kosong sbg PHOTOGRAPHER MUZIUM ni....

Masa 'apply' untuk jawatan ni gak...aku ada 'attach' MY TOP 10 PHOTOS (click) bersama resume' + form....

Tentu ler aku AKAN wat sehabis baik masa temuduga ni!! Agak kecewa ler klu diorang 'reject'!!
KELEBIHAN aku adalah...
SAYA BERPENGALAMAN DALAM MENGAMBIL FOTO DI DALAM AIR/LAUT!! SAYA MEMPUNYAI LESEN SCUBA DIVER OPEN WATER SELAMA 3TAHUN!


WISH ME LUCK GUYS!!! ADA SESIAPA NAK SHARE TIPS UTK JAWATAN PHOTOGRAPHER NI DIGALAKKAN! I'M LOOKING FORWARD!

p/s : FOLIO ARTWORK X WAT LAGI....SOFCOPY & HARDCOPY

Posted on Ahad, Disember 06, 2009 by ismiqbal

15 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll