28 Oktober 2008

Nitrogen narcosis or inert gas narcosis is a reversible alteration in consciousness in scuba divers at depth. It produces a state similar to alcohol intoxication or nitrous oxide inhalation.


dengan kata ringkas..nitrogen narcosis ni menyebabkan orang bertindak gila-gila masa dalam air, otak tak dapat berfikir dengan betul masa diving...(tapi tu masa dive..ni atas darat..)


lepas aku balik dari pulau bidong, aku rasa excited sangat2, hepi sangat2 yang tak terkata...
aku rasa aku ni nak gila2 dah...waahahrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
huahahaaaa......
hepi giler.....
akhirnya sampling untuk PTA aku berjaya gak....lega sangat2 aku rasakan....tak terkata...
hang out ngn my BFF melepaskan ke'gila'an ini...hauhauhaahaahhahaa......!!!!

rasa nk menjerit kegembiraan.......

sebelum aku pulangkan digital kamera dari makmal..aku habis-habisan teruskan kegilaan aku dengan bergambar...huahahahhaa..!!
****
Malam 1:
baru ptg tu aku balik dari pulau..my BFF call nk amik my jr. so amik ler aku skali..kitorg g lepak2 n minum2 jer....aku punyer lapar tahap kebulur..makan nasi lemak+laksa penang+milo ais...

on the way nk balik umah sofi lepas beli minuman....

bosan punyer pasal amik ler pic benda yang ada kat umah sofi ni...
dia punyer koleksi naga dan sebagainya..

aarrrgghhhhhhhh,,,,,nakal punyer naga gigit tangan aku...kang aku hempuk baru tau...nah korg..huahahahaha...

********
Malam 2 :
sofi mintak aku temankan dia ...ntah per punyer pasal...last2 pasal sorg tu....pesal ler nk suspicious klu dah bertiga....sepatutnya malam 1 kitorg dah g karaoke tp sofi sakit mata kena batalkn....teruskn hajat ke malam 2....


AWAS!! JANGAN TIRU AKSI INI DALAM KARAOKE BOX...

lepas melalak tengah malam, kitorg g ler lepak2 kat waterfront Pulau kambing....
yeaaa....bersuka kanak2 riang kitorg...lala.aa....

jongkangggg................

jongketttttttttttt....................

sofi xnk gelongsur coz takut baju putih dia kotor.....

aku bantai jer gelongsor........kui2...


****
Malam 3:
karaoke (lagiiii.....)
malam ni sofi x puas hati x dpt nyanyi lagu yg dia nk cari....aku pun tumpang gila2 ler.......hehhehhe......

huahaha..ada kete wat hal....ada ker salah masuk lorong..nasib baik plat luar terengganu...

sesi english vs malay songs...


rap time...nyanyi lagu Blue - One love...
(One love is all i need....)

lepas jer habis 8 lagu (4+4), sebenarnya kitorg bayar rm 6 = 6 lagu jer...tp dapt extra 2 lgu lak..apa lagi..melalak ler....
**cuma malam2 jer kitorg melalak coz 2 malam jer..klu 3 malam berturut2 bru ler 'tiap2 malam"..

then turun minum air kat bawah tu...as usual..milo ais vs nescafe ais,,,pastu malam awal lg..
aku pun ikut ler moto aku menghala ker batu buruk jap....

my style....
lepas jer batu buruk..moto aku g lak ke taman syahbandar....meng'gila' lagi ler aku...(kitorg kot...)





next stop : waterfront Pulau Kambing...
taman permainan tetap jadi perhatian kitorg untuk melepaskn kegilaan ini...hehehe



thanx sofi coz layan jer ke'gila'an remaja ni..ahaks...
friendship stay forever...

Posted on Selasa, Oktober 28, 2008 by ismiqbal

No comments


Dari Jeti Teluk Pasu ke Pulau bidong kami naik bot khas fakulti kitorg..
sepanjang perjalanan tu kami lalu la Taman Tamadun Islam (TTI), Waterfront Pulau Kambing, Taman Syahbandar...bila keluar je ke laut luas tiada apa-apa nak tengok melainkan warna biru langit dan laut jadi tidur je..amik masa 2 jam lebih kurang...( coz malam tu aku tidur 2jam setengah je prepare barang-barang ni..)
Pulau Bidong : Stesen Penyelidikan UMT



prepare for PTA sampling..

23-25/11/2008 lepas aku g ler bersama 5,6 org kosmate aku ke Pulau Bidong..
melaksanakan Projek Tahun Akhir (PTA) aku...aku dah prepare untuk ni...
Inilah peluang aku untuk menyempurnakan keperluan graduat aku....(wish me luck..)
oleh kerana dah hampir musim tengkujuh..susah gak nak pindah barang dari Bot Besar ke bot kecil untuk ke pulau..tapi atas kerjasama semua ianya berjalan lancar...
Kami stay kat chalet yang sememangnya di bina untuk kemudahan penyelidik..selama 3hari 2 malam..

bergaya kat tempat pemandu Bot Fakulti..

**byk sgt pic nk upload jd aku edit pic ni..sorry klu x clear sgt..

perjalanan naik bot baru fakulti kami...gambar selebihnya semasa setting nak angkut barang...
malam yang bosan, aku tolong ler kawan aku ngan dia punya samples...
makhluk tu nama COT (Crown Of Thorn- Acanthaster plancii).pemangsa utama batu karang, sememangnya dihapuskan oleh divers..juga amat beracun..

preparation untuk PTA aku...
tajuk PTA aku:
"Fish Population Study Around and Within An Artificial Reef"
prepare pelampung, GPS, underwater camera

Dive 1:
masa ni takde gambar lagi coz aku ngan buddy aku prepare tali, pelampung untuk PTA site aku....

Dive 2:
selepas aku selesai kerja aku amik gambar ikan sekitar tukun tu..sesambil berenang ke pantai, amik ler gambar yang menarik...

Dive 3:
gambar2 ni plak amik sekitar tukun tu..PTA aku punya site...
ada nampak batu karang baru nak tumbuh, sponge, gamat, giant clam, landak laut, ikan buntal yang berehat situ...gorgonian (mcm kipas tu..) dan soft coral...

Diver 4:
leisure dive..(selaman suka2..)
dive ni kami selam kat belakang Pulau Tengkorak...memang sukar digambarkan dengan kata2 permandangan dasar laut..kat sini kedalaman 17 meter (Paling dalam aku pernah selam kot)
sayangnya tak dapat amik gambar banyak-banyak..bateri kamera dah habis....huhu..

ikan Nemo (Clownfish...) dan sea anemone memang tak dapat dipisahkan...
ada beberapa jenis ikan tak tau apa nama ...tapi menarik warna dia...
dunia bawah air yang amat menkajubkan...

Posted on Selasa, Oktober 28, 2008 by ismiqbal

1 comment

16 Oktober 2008


minggu lepas bebudak kos aku gi Tumpat, Kelantan utk subjek Ekologi Muara Bakau....(klate...)..
MISI PAYA BAKAU...hehhehhe....
kat sana kitorang duk kat Chalet Pantai Sri Tujuh....bilik aku 5,6 org gitu ler....
macam2 gak r kitorang wat sana.....

1- mengira bilangan pokok bakau yang ada dalam sana....ikut keluasan yang tertentu..
2-mengecam ikan yang ada kat kawasan muara (kitorang tak tangkap..diorang tahan pukat.)
3-penanaman anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) [pokok yang sedia ada di sana ialah pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata)

aktiviti sampingan :
1- main bowling (2 game...)
2-mandi laut..( keruh ler air laut..maybe coz dekat muara kot..)
3-makan ikan bakar....(wahhhhh....!!!)

Marine Biology......
tengah dengar penerangan oleh pensyarah pasal cara2 nk ukur dan bilang pokok bakau..

Malaysia...negara yang kaya dengan tumbuhan bakau..
negara yang mempunyai ekosistem bakau yang terkaya di dunia..
negara yang mempunyai arang kayu bakau yang paling berkualiti di dunia.
(pensyarah aku yg bagitau...)



...:::joy's jumping:::....

bowling dalam KB Mall..

spesis ikan yang di pukat kat muara..
1-bari-bari
2-bakak daun
3-beliak mata
4-lidah
5-sebelah
6-gelama papan / gelama gigi jarang
7-sebekah


setelah penat (penat ker.....seronok jer...)..
berjaya seramai 73 org bebudak kos aku tanam 700 anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata)

GOODLUCK BOYS...!!
ada yang tukang gali lubang untuk anak pokok..ada yang tanam..ada yang amik gambar (aku le tu....)


uisshhhh...kotor btol main lumpur kat sana..tapi 1 pengalaman yang menyeronokkn.
(berbakti kepada alam untuk kesejahteraan bersama)

ok team.....time to go home...CAMPUS UMT....


Sedikit maklumat untuk pengetahuan awam mengenai Hutan Bakau.

(http://www.dgukenvis.nic.in/A%20mangrove%20ecosystem.JPG)
(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau)
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
  • melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.
  • menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
  • tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
  • Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
  • mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

Masalah hutan bakau

Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
  • penukaran tanah
  • penebangan hutan
  • penebusgunaan
  • pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
  • akuakultur
  • ternakan ikan dalam sangkar
  • kolam ternakan udang dan ikan air masin
  • Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
  • Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
  • Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
  • Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.

Posted on Khamis, Oktober 16, 2008 by ismiqbal

No comments

12 Oktober 2008

Assigment video yang telah di edit dari post yg lepas 'very tough week..!!'



sila bg komen positif n negatif...

(cam best je klu leh wat filem..)

Posted on Ahad, Oktober 12, 2008 by ismiqbal

No comments

07 Oktober 2008

ntah ler pe yg terjadi kat aku ni....
pergolakan emosi, konflik dalaman..tp aku tak stress langsung...

Insomnia (biasa berlaku sejak sebulan lepas),
semalam lak aku dapat migrain...berdenyut2 kepala ni...

pastu harini tengah tunggu order kat kedai mkn..(lambat btol order sampai aku dpt gastrik..last2 aku suruh dia bungkus makn kat umah..)


no smoking : bad 4 ur lungs...

lama btol tunggu order sampai dpt gastrik...(dh blacklist kedai tu..)
1 jam aku menunggu nasik aku..huhu..last2 bungkus bawak balik...

haaa......!!! ni le kedai yg lambat sampai order (sampai2 dh sejuk nasi aku..)
Restoran Sri Bayi Bistro (hampeh...!!!)

nasib baik kawan aku bagi ubat gastrik ni kat aku....balik2 terus makan ubat ni (Alucid)..pastu minum susu..kul12 tengahmalam baru dapat makan nasi aku....huhu

kawan2 pembaca blog ni...

maafkan tangan yg menaip...
ampunkan otak yg berfikir...
maafkan hati yg prasan...
....

Posted on Selasa, Oktober 07, 2008 by ismiqbal

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll